CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1194|Reply: 4

[Tempatan] Berita biasa. Pergaduhan mesyuarat Amanah Kluang. Jangan risau kita buat semula

[Copy link]
Post time 11-10-2019 08:47 AM | Show all posts |Read mode
Video pergaduhan mesyuarat Amanah Kluang tular
| | 11 Oktober 2019


SHAH ALAM - Mesyuarat Parti Amanah Kawasan Kluang, Johor yang berlangsung di sebuah hotel bertukar kecoh malam kelmarin susulan satu insiden pergaduhan.

Video berdurasi 29 saat mengenai insiden pergaduhan tersebut tular di media sosial sejak malam tadi.

Difahamkan sekumpulan individu yang juga dipercayai ahli parti berkenaan meminta mesyuarat itu dihentikan.

Seorang lelaki yang mengenakan baju warna jingga menjerit menyuruh beberapa ahli supaya balik daripada mesyuarat tersebut.

Seorang lagi lelaki memaki baju warna hitam dilihat menolak meja dan menghempas kerusi di dalam bilik mesyuarat itu.

"Peti undi masuk tau. Kau jangan main gila dengan aku.

"Balik laa balik, nanti masuk hospital. Aku cakap mesyuarat ni berhenti, berhenti!," kedengaran suara seorang lelaki daripada kumpulan yang mencetuskan pergaduhan pada mesyuarat itu.

Berdasarkan pencarian Sinar Harian di Facebook, mesyuarat Amanah Kawasan Kluang tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan.

Aminolhuda difahamkan sempat membuat ucapan perasmian sebelum itu berdasarkan video dan foto sekitar program yang dimuat naik di akaun Facebook, Wartawan Rakyat Page.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sewaktu pergaduhan itu, Aminolhuda yang juga Exco Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri Johor masih berada di situ atau sudah pulang.

Pada September lalu, Amanah Pusat mengarahkan sebanyak 655 cawangan dan 81 kawasan termasuk sayap Pemuda dan Wanita mengadakan mesyuarat tahunan dan pemilihan semula selepas mesyuarat sebelum ini tidak sah.

Difahamkan, isu itu berbangkit kerana kelemahan pengurusan Amanah di peringkat ibu pejabat yang tidak meneliti atau menyerahkan minit-minit mesyuarat daripada pelbagai peringkat parti kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.

Sinar Harian sedang cuba mendapatkan penjelasan daripada pemimpin utama parti itu susulan insiden pergaduhan terbabit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2019 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana video nya
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu..,
DAP:  bergaduh bergasak sebab AJK bodo guna excel.
PKR: gaduh baling kerusi.
UMNO: si katik Isa Samad selamba je bg justifikasi sbb2 dia guna duit beli undi perwakilan

Gila kuasa, gila nama, gila darjat, gila harta..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2019 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Bidio mana bidio mana bidio mana bidio mana  bidio mana bidio mana bidio mana  bidio mana bidio mana bidio mana
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2019 05:51 PM | Show all posts

Isu kekecohan AMANAH Kluang tak serius – Mat Sabu
14 October 2019


KUALA LUMPUR – Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu menegaskan insiden kekecohan yang melibatkan bahagiannya di Kluang minggu lalu disifatkan bukan sesuatu yang serius.

Beliau berkata, perbezaan pendapat dan perbalahan akar umbi ketika mesyuarat merupakan sesuatu yang lazim berlaku dalam mana-mana parti politik.

“Itu biasa saja, bila mesyuarat itu. Mana-mana parti politik (semestinya) ada yang puas hati dan tak puas hati.

“(Kekecohan) Tidak serius,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar berhubung mesyuarat AMANAH Kawasan Kluang, Johor yang berlangsung di sebuah hotel bertukar kecoh susulan satu insiden pergaduhan.

Menurut salah seorang ahli parti, mesyuarat tersebut bertukar tegang apabila berlaku perselisihan faham mengenai isu pemilihan ahli jawatankuasa kawasan tersebut.

Perselisihan itu timbul selepas pemilihan kawasan itu telah diatur oleh pihak tertentu tanpa persetujuan cawangan-cawangan.

Rakaman video klip berdurasi 29 saat insiden kekecohan dan pergaduhan itu tukar di media sosial sejak malam Rabu lalu.

Berdasarkan rakaman video tersebut, seorang lelaki yang mengenakan baju warna jingga dilihat menjerit menyuruh beberapa ahli supaya balik daripada mesyuarat tersebut.

Pada rakaman yang sama juga kelihatan juga seorang lagi lelaki memaki baju warna hitam dilihat menolak meja dan menghempas kerusi di dalam bilik mesyuarat itu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:26 PM GMT+8 , Processed in 0.063502 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list