CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5615|Reply: 35

[Tempatan] Isteri kongsi kisah dlm FB. Si suami bermesraan dengan perempuan lain KETIKA sar

[Copy link]
Post time 12-10-2019 02:55 PM | Show all posts |Read mode
“Aku doakan tak keluar anak tu nanti” – Kantoi foto cium tangan perempuan, suami doa isteri tengah sarat mengandung mati masa bersalin

ISTERI tunggu masa nak bersalin, suami pula bermesraan dengan perempuan lain.

Begitulah ringkasan kisah duka yang dilalui seorang isteri, sebagaimana yang dikongsi menerusi laman Facebook dan kemudiannya tular.

Wanita itu berkongsi kisahnya, disertakan paparan skrin perbualan WhatsApp antara dia dan suami menerusi page Kelab Soal Jawab Ibu dan Bakal Ibu Comel.


"Tadi saya bergaduh dengan suami. Memang salah dia dah tiga hari tak balik rumah. Saya tengah menunggu hari nak bersalin.

"Tak larat anak kecil-kecil dengan sarat. Saya risau saya sakit malam-malam je. Saya call suruh balik dia kata ada OT (kerja lebih masa). Tak apalah saya diam.


"Tadi keluar beli barang anak saya nampak suami tengah mesra dengan perempuan lain," dedah wanita itu.

Sambungnya lagi, dia terus menghantar mesej WhatsApp kepada suaminya untuk bertanyakan tentang perkara itu.

Namun, lelaki berkenaan enggan mengaku biarpun dia sudah menghantar bukti dalam bentuk gambar.

"Suami saya mendoakan saya mati bila bersalin nanti. Adakah doanya diterima?



Paparan skrin perbualan pasangan suami isteri itu.

"Saya takut juga memikirkan takutnya nak bersalin. Serabutnya saya," tulis wanita itu.

Dalam paparan skrin perbualan WhatsApp yang dimuatnaik, lelaki itu turut memaki isterinya.

"Wey celaka kau sedar diri kau tu nak beranak. Aku doakan tak keluar anak tu nanti.

Antara komen-komen netizen.

"Aku doa kau mati je beranak nanti, Amin," tulis lelaki itu.

Posting berkenaan sehingga kini menerima lebih 1,600 tanda suka dan dikongsi lebih 1,100 pelayar Facebook.

Rata-rata netizen turut memberi komen berhubung kes berkenaan.

"Semoga masa akak tu tengah sakit bersalin, suami dia pula sakit kena laknat.

"Simpati dengan sis. Tabahkan hati sis demi kesihatan sis dan bayi sis.

"Doa ibu mengandung lebih makbul dan mustajab sis. Awak doalah semoga kandungan awak dengan awak sekali selamat apabila menempuh hari beranak nanti," tulis beberapa netizen.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2019 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Jantan tak guna lagu yuna mmg tepat betul ngan jantan skrg
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 03:10 PM | Show all posts
Akak tidak terkejut jika lelaki ini orang Melayu

@peterpan 17  marilah kita tulis apa apa yang patut
@chazey marilah
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 03:12 PM | Show all posts
oklah laki melayu curang dari laki singapore sweet2 terus kerat 8.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 03:14 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 12-10-2019 03:12 PM
oklah laki melayu curang dari laki singapore sweet2 terus kerat 8.

Melayu dari mana mana sudit muka bumi semuanya serupa

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Sang_Pencinta at 12-10-2019 06:06 PM

https://bm.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=50392

Ada dibincang di thread ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2019 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Adui binik nye bahasakn diri dia syg ke..ke mmg panggilan manja dr kecik fmly dia..tgh berserabot blh lg nk bersyg2 hishh..klu ai dh ber aku kau kot..nk lembut2 dgn jantan mcm tu mmg tak kan.lahhh
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 03:38 PM | Show all posts
white_musk replied at 12-10-2019 03:10 PM
Akak tidak terkejut jika lelaki ini orang Melayu

@peterpan 17  marilah kita tulis apa apa yang ...

aku padankan saja muka pompuan tu sebab kahwin dgn jantan haprak. Pompuan Melayu ni suka bad boy yg penuh misteri gitu. dah kahwin mendapatlah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2019 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai... masih bersayang2 lagi tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kisah benar ke nie...tgok ayat wassup tu mcm org yg sama taip jea...tapi  jantan haprak sebegini sememangnya wujud dgn pesat nye kan...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk muntah aku.. bini pon nk msg abg syg abg syg. Jenis lembik meleweh
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Fake wasap. Cara menaip pun sama. Lepas titik x tekan space bar
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
unguaurora replied at 12-10-2019 05:22 PM
Fake wasap. Cara menaip pun sama. Lepas titik x tekan space bar

Bbnu dalam alam fantasi ...byk sgt thk slot akasia
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa nama hasben tinggal mana,  boleh panggil kami datang 1 bas kasi pukul kasi potong itu barang dengan Kapak Wakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau benar simpati pada wanita tu, dengan anak kecil2 lagi. Semoga dipermudahkan perjalanan hidupnya.
Suami pula sedang asyik mabuk cinta baru memang lupa diri, semoga dia sempat insaf sebelum terlambat.
Kalau akak ditempat wanita itu pasti akak tinggalkan saja lelaki tak guna macam tu. Bukti pun ada untuk ditunjuk pada hakim.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm hasanah. Gaya penulisan laki bini tu mcm org yg sama.  Fullstopppppp
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2019 10:31 PM | Show all posts
hasanah ni, tkde gmba laki tu pun.

cuba search 'whatsapp generator screenshot' dlm google, mcm2 teks ko leh create sendiri

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye ke
Betul ke tu
Bukan rekaan ke

Susah juga ye jantan dpt ppuan subur pun nak curang
Suami2 lain yg lama tggu x dpt anak jarang2 nak curang. Ada tapi jarang la
Mmmm

Pastu mesra ber abg syg pun x bahagia kan

Aneh
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 12-10-2019 03:12 PM
oklah laki melayu curang dari laki singapore sweet2 terus kerat 8.

Suami hang tak curang pon..

Saje je makan kat luar.. bosan kot ngan hang
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2019 10:39 PM | Show all posts

mengong segala cerita sampah dari whatsap dahjadi bahan cerita CI.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:09 PM GMT+8 , Processed in 0.159867 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list