View: 3544|Reply: 30
|
[Tempatan]
AKHIRNYA Tun Dr Daim berjaya habiskan PhD dlm Sastera dan Sains Sosial (UM)
[Copy link]
|
|
'Selagi ada hayat kena cari ilmu...' - Daim
KUALA LUMPUR: Berpegang kepada prinsip selagi ada hayat harus mencari ilmu, Tun Dr Daim Zainuddin tekad menghabiskan pengajian di peringkat ijazah doktor falsafah (PhD) sehingga dianugerahkan PhD dalam bidang Sastera dan Sains Sosial pada Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya (UM) Ke-59 di sini hari ini.
Meskipun mengambil masa 11 tahun untuk menghabiskan pengajiannya, tempoh panjang itu ternyata berbaloi buat bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan itu kerana akhirnya menyiapkan tesis bertajuk ‘Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baharu: Kejayaan dan Kegagalan 1970-2008’.
Lebih manis, hari bersejarah bagi bekas Menteri Kewangan itu dikongsi bersama isteri, Toh Puan Naimah Khalid serta lima anak, enam cucu dan seorang cicit pada majlis konvokesyen untuk memberi sokongan.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah selaku Canselor UM berkenan menyampaikan ijazah berkenaan.
Bercakap kepada pemberita selepas menerima ijazah itu, Daim yang berusia 81 tahun, berkata faktor kesihatan dan kesibukan menjadi halangan utama untuk menghabiskan pengajian dalam tempoh sepatutnya, malah terpaksa menangguhkan pengajian selama lima tahun akibat masalah kesihatan.
“Saya mula sejak 2008, daripada boleh berjalan sekarang sudah bertongkat... daripada sihat, sekarang sudah tidak kuat.
“Selagi ada hayat kena cari ilmu kerana ia penting untuk mencapai kejayaan tetapi ilmu juga mesti digunakan untuk kebaikan, tidak boleh digunakan untuk keburukan.
“Memang banyak (cabaran)... sakit, macam-macam penyakit antaranya penglihatan tidak jelas. Itu salah satu sebab ambil masa, apatah lagi saya ada tugas lain. Jadi kena buat secara separuh masa, ” katanya.
Ditanya faktor dirinya mahu menyambung pengajian meskipun kini berada di usia emas, Daim berkata ia rentetan kekerapan beliau diminta memberi syarahan berhubung isu Dasar Ekonomi Baharu yang memerlukan penyelidikan mendalam.
“Justeru, saya perlu melakukan banyak penyelidikan dan tempat terbaik untuk membuat penyelidikan adalah di universiti (menyambung pengajian). Saya akan datang ke UM dua kali seminggu untuk membuat penyelidikan,” katanya.
Beliau berharap penemuan dalam tesisnya itu mampu menjadi panduan buat kerajaan khususnya dalam aspek pendidikan demi memastikan rakyat mendapat pendidikan terbaik kerana kejayaan seharusnya berdasarkan pencapaian dan bukannya hanya memenuhi kehendak.
“Negara kita mempunyai bilangan tertinggi bagi individu berpendidikan tinggi, namun masih ramai yang tidak bekerja kerana kesilapan dalam memilih pekerjaan di pasaran kerjaya,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Wow..11 tahun
Semangat juang yg tinggi |
|
|
|
|
|
|
|
Dia bawak wife lain ke..bukan Ada wife Nama mahani? |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah Tun Dr Daim!
Inspirasi bagi anak muda yang dah malas nak sambung belajar |
|
|
|
|
|
|
|
Nak cuba fahamkan ayat terakhir tu.. salah memilih pekerjaan? Macam mana tu? Sedangkan nak minta kerja, kena ada resume, ada kelulusan yg diperlukan oleh pekerjaan.. kalau lulusan ekonomi atau bisnes, mana ada diterima kerja bidang teknikal... |
|
|
|
|
|
|
|
PhD for Daim Zainuddin on the New Economic Policy
Bernama -
October 12, 2019 7:36 PM
KUALA LUMPUR: Former finance minister Daim Zainuddin has received his Doctor of Philosophy (PhD) degree after a break of five years because of health, and the 2018 general election.
Daim, 81, received his PhD scroll from Universiti Malaya chancellor Sultan Nazrin Shah for his dissertation entitled “The Implementation of the New Economic Policy: Success and Failures”.
His three sons, two daughters, six grandchildren and great-grandchild were present at the university’s 58th convocation ceremony at Dewan Tunku Canselor here to celebrate his achievement.
He told the media that he started pursuing his PhD in 2008 but had to take a five-year break due to health issues.
When he returned to finish what he had started, he was appointed as the advisor to the new Pakatan Harapan government.
Despite his hectic schedule, Daim managed to complete his dissertation.
Daim said he was often called to give talks where he had to do a lot of research beforehand and this is what lured him to do research and write a thesis for his PhD.
“Knowledge is power but knowledge must be used for good. When we have the knowledge we can use it to give out our opinions on things for the benefit of the people around us,” he said.
“There are a lot of success and failures; the important thing is we have to learn from our failures to not repeat them, and whenever success is found we should exploit it to our advantage,” he said.
Daim added that Malaysia is one of the countries that produced high numbers of people with university degrees, but today there were many still unemployed.
“We must ask the question, are we producing the right graduates to face today’s challenging job market? Because education is one thing but the right education for our people to logically solve problems should also be considered,” he said.
At today’s convocation, some 6,500 people received postgraduate and undergraduate degrees as well as diplomas. |
|
|
|
|
|
|
|
Siap bawak cicit.. Tahniah la yer |
|
|
|
|
|
|
|
Bung Nuwar sementara tggu nk jd PM tu elok laa smbg phd mcm Tun Daim...buat mengisi masa terluang... |
|
|
|
|
|
|
|
Inspirasi betul la, kita yg muda lg ni malasnya nk further study. Konon2nya byk sgt la komitmen. |
|
|
|
|
|
|
|
Kagum dengan orang yang gigih seperti ini. |
|
|
|
|
|
|
|
mesti menteri2 fake degree terkedu
jgn lupa menteri2 fake degree delete profile lama |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah... congrats Tun
Boleh dijadikan contoh ni,usia bukan penghalang |
|
|
|
|
|
|
|
msxx replied at 12-10-2019 09:51 PM
Inspirasi betul la, kita yg muda lg ni malasnya nk further study. Konon2nya byk sgt la komitmen.
Betul pun kita muda ni baru nak start hidup, nak bayar yuran pun terkulat kulat..
Tun Daim dah stabil serba serbi. Tp dia pun cintakan ilmu jugak so add point kt situ.
Mcm kwn i ayah dia dah pencen pastu sambung PhD. Tanya kenapa sebab nak isi masa lapang. Kwn i ni org kaya i salute betil ayah dia. |
|
|
|
|
|
|
|
dikongsi bersama isteri, Toh Puan Naimah Khalid serta lima anak,
Jap..
Nak tanya
Pada yang boleh jelaskan
Sebelom ni selalu disebut nama isterinya
MAHANI DAIM
Dalam petikan diatas nama beza.
Ada tukar ke |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah tun!
Tetiba nak makan cekelat Daim |
|
|
|
|
|
|
|
Ni aku kagum pada dia.. Semoga aku diberikan kekuatan dan kelebihan rezeki nak sambung balik apa yg aku tinggalkan |
|
|
|
|
|
|
|
respek aku dgn org tua ni. Dia kaya tp still ikut jln yg lurus utk dptkan phd.
bkn mcm ada usahawan tut, buat phd guna jln short cut. Muda2 da kaki kencing merata. |
|
|
|
|
|
|
| |
|