CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 682|Reply: 2

[Tempatan] Apa kata MB, KM tentang Belanjawan 2020

[Copy link]
Post time 12-10-2019 07:09 PM | Show all posts |Read mode
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini membentangkan belanjawan kedua kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Dewan Rakyat sejak gabungan itu berkuasa.

Sebanyak RM297.020 bilion diperuntukkan untuk Bajet 2020, iaitu penurunan 5.57 peratus berbanding peruntukan sebanyak RM314.55 bilion dalam Bajet 2019.

Walaupun kelihatan menguncup, kerajaan sebenarnya tidak mengurangkan perbelanjaan pada operasi normal dan perbelanjaan pembangunan.

Beberapa menteri besar dan ketua menteri memberikan maklum balas mengenai belanjawan tahun ini.
Iklan


KM Sabah

Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal berkata kerajaan negeri berpuas dengan kadar kenaikan Pemberian Khas kepada RM53.4 juta kepada negeri itu dan menyifatkan pemberian itu munasabah dengan keadaan negara berdepan cabaran ekonomi dan hutang yang tinggi.

“Ada peningkatan dari RM26 juta kepada RM54 juta, sekurang-kurangnya boleh membantu kita walaupun sebenarnya tidak begitu besar untuk menampung keperluan kita,” katanya, lapor Bernama

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, dalam pembentangan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat hari ini antara lain mencadangkan akan menggandakan kadar Pemberian Khas sehingga RM106.8 juta untuk Sabah dan RM64 juta untuk Sarawak dalam tempoh lima tahun.

Sejak 1969, kadar Pemberian Khas untuk Sabah dan Sarawak belum pernah disemak semula.

MB Pahang

Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail berkata peruntukan sebanyak RM69.5 juta untuk kerja menaik taraf Pelabuhan Kuantan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dapat menggalakkan kehadiran lebih ramai pelabur ke Pahang.

Katanya, pengumuman itu juga 'tepat pada masanya' kerana selari dengan hasrat kerajaan negeri untuk mewujudkan sebuah lagi taman perindustrian berhampiran pelabuhan itu pada masa depan.

Taman perindustrian baru itu, menurut Wan Rosdy mengikut perancangan akan dikenali sebagai Taman Perindustrian Antarabangsa Kuantan (KIIP) dengan keluasan kira-kira 1,215 hektar.

"Peruntukan itu sudah pasti menjadi penggalak tambahan kepada bakal pelabur untuk mendirikan kilang di KIIP selain kawasan perindustrian berdekatan seperti Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP).

"Pelabuhan Kuantan yang dinaik taraf sudah pasti memudahkan kerja pengangkutan masuk dan keluar bahan serta barangan khususnya dari China," katanya menerusi kenyataan media di Kuantan, hari ini.

Wan Rosdy juga mengalu-alukan peruntukan sebanyak RM810 juta untuk kebajikan masyarakat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) temasuk RM100 juta untuk bekalan air dan RM70 juta bagi perumahan generasi baru.

"Peruntukan ini tentunya akan dimanfaatkan kira-kira 43,124 peneroka, yang merupakan yang paling ramai di negara ini serta anggota keluarga mereka di sini.

"Saya juga menyambut baik pengumuman membina klinik kesihatan baru termasuk di Cameron Highlands kerana klinik kesihatan sedia ada ialah di pekan kecil Tanah Rata," katanya.

MB Kedah

Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir berkata kerajaan negeri gembira dengan peruntukan tambahan sebanyak RM50 juta untuk menggalakkan kerjasama awam-swasta bagi kawasan Zon Ekonomi Sempadan Khas Kota Perdana di Bukit Kayu Hitam.

"Defisit belanjawan kali ini tidak boleh dielakkan kerana rakyat mengharapkan pembangunan yang akan benar-benar memberi manfaat kepada mereka," katanya.

mana dia anak2 pakatan haramjadah yang kata PeeH nak pulihkan hutang negara.....kita jumpa lagi bajet 2021.......wakakakakakakkakakakakakakakakakakakak

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2019 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Lama tak nmpk joni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2019 10:31 PM | Show all posts

tau la ramai rindu saya ceq... wakakakakakakakakkakakaka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:09 PM GMT+8 , Processed in 0.324062 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list