CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1851|Reply: 5

[Tempatan] Bukan Sekadar Topi Biasa, Ini Sebab Kenapa Graduan Perlu ‘Hormat’ Ketika Memakai

[Copy link]
Post time 14-10-2019 03:54 PM | Show all posts |Read mode
Musim konvokesyen yang sedang berlangsung sekarang sudah pastinya antara detik yang sangat ditunggu-tunggu oleh para graduan. Bukan itu sahaja, segala pengorbanan dan penat lelah menimba ilmu pelajaran sama ada di peringkat diploma mahupun ijazah bagaikan dihargai melalui majlis konvokesyen yang dijalankan.

Perasaan bangga yang menebal di dalam hati juga dihiasi dengan kehadiran ibu bapa serta saudara terdekat yang sama-sama meraikan kejayaan seorang alumni yang telah berjaya mengenggam segulung ijazah. Pakaian rasmi konvokesyen seperti jubah dan ‘mortar board’ yang disemat pada tubuh para graduan juga yang akan menghiasi dewan besar tempat sidang konvokesyen itu dijalankan.

Namun begitu, pernahkah anda terfikir signifikan pemakaian topi konvo atau mortar board yang dipakai?
Gambar: OPB

Ramai yang beranggapan bahawa pemakaian jubah dan mortar board (topi) konvokesyen berasal dari negara Barat yang merupakan tradisi penganugerahan kepada sarjana-sarjana ilmuan. Namun, ianya mempunyai sudut pandangan yang berbeza dari segi agama Islam.

Menurut Amirul Islam, Presiden Persatuan Islam Universiti Oxford, topi konvo yang dipakai oleh para graduan merupakan simbol kepada al-Quran yang diletakkan pada tempat yang tertinggi oleh seseorang. Tambahnya lagi, apabila seseorang itu membawa  ‘mortar board’ bersama, ianya seolah-olah membawa ‘al-Quran’ bersama dirinya.

Menerusi portal Islamicate pula, topi mortar board berasal daripada para ulama yang meletakkan al-Quran di atas mortar yang berbentuk segi empat. Ianya bagi melambangkan keutamanaan kitab tersebut yang mengatasi segala ilmu intelek.

Rumbai yang terdapat pada bahagian atas topi konvo pula adalah sebagai penanda untuk halaman-halaman al-Quran yang dibacakan. Pemakaian sedemikian dapat membuktikan ketinggian ilmu yang dimiliki dan akan bertanggungjawab dengan ilmu yang diperolehi setelah beberapa tahun bertungkus lumus.

Disebabkan perkara itu, budaya melambung ‘mortar board’ dilihat sebagai satu perbuatan yang kurang sopan kerana ianya dikaitkan dengan al-Quran. Walaupun jubah dan ‘mortar board’ hanyalah merupakan pakaian rasmi bagi sidang konvokesyen, namun adab terhadapnya juga perlu dipelihara agar dapat membuktikan sifat hormat para graduan pada ilmu pengetahuan.

Sumber: Youtube Abdullah Faiz Zain / Islamicate
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2019 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa grad, aku tak lambung pun topi tu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Lambung mortar board takpe jgn lambung mortar bomb..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Topi lah... topiiiiiii...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2019 06:21 PM | Show all posts
patutnya SK merempan pasal ni instead of perkataan takwim
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 09:01 AM | Show all posts
alaaa..xbest la kalau xde gmba gile2 masa convo...

gamba wajib mase convo:
1. gamba lambung mortar board
2. gamba background buku2 giler bapak tebal
3. gamba peluk bouquet bunga
4. gmba peluk teddy bear
5. gamba peluk boipren/gopren--> hat ni gmbr wajib khuenn....

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.083629 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list