CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1307|Reply: 5

Penyerang Malaysia, Luqman Hakim Diiktiraf Antara 60 Bakat Muda Terbaik Dunia

[Copy link]
Post time 15-10-2019 11:40 AM | Show all posts |Read mode
Sebelum ini nama penyerang muda Malaysia, Luqman Hakim pernah disebut-sebut sebagai nama yang membanggakan Malaysia kerana telah menandatangani kontrak professional bersama kelab divisyen satu Belgium, KV Kortrijk selama lima tahun.

Kredit Foto: The Sun Daily


Kini, nama Luqman Hakim sekali lagi melonjak di mata dunia apabila beliau diletakkan dalam senarai 60 Bakat Muda Terbaik Dunia oleh The Guardian. Menurut artikel dari akhbar UK itu, Malaysia sudah lama mencari bakat yang mampu menggantikan Allahyarham Mokhtar Dahari, dan Luqman Hakim dilihat sebagai orang yang sesuai untuk peranan tersebut.


Rekod Luqman pada Kejohanan Bawah 16 Tahun Asia 2018 sebagai penjaring terbanyak dalam kejohanan tersebut dikatakan telah menarik perhatian beberapa kelab dari Jepun.



Kredit Foto: The Guardian



Buat masa ini, Luqman dikatakan masih di Malaysia sebelum mula berlatih bersama kelab yang bermain untuk kejohanan EFL Championship, Cardiff City hingga Mac 2020, ketika usianya genap 18 tahun.


Selepas itu, barulah beliau dibenarkan bermain bersama KV Kortrijk. Kedua-dua kelab tersebut, Cardiff City dan KV Kortrijk dimiliki oleh ahli perniagaan dan pelabur Malaysia, Tan Sri Dato' Seri Vincent Tan.



Kredit Foto: Vocket



Sebagai warganegara Malaysia, ia merupakan satu pencapaian yang membanggakan bagi Luqman Hakim untuk disenaraikan dalam kalangan pemain-pemain muda hebat di serata dunia.



Antara pemain lain yang turut berada dalam senarai termasuklah Ansu Fati dari FC Barcelona dan Tomas Esteves dari Porto. Syabas atas kejayaan ini, Luqman! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2019 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Nice jugak luqman ni.. Safawi pun lagi niceeeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia ni bukan xde bakat yg bagus. Tp pembangunan dan pengurusan bakat tu yg kelaut.. what next for bakat2 muda berbakat mcm ni? Sekadar megah 2-3 tahun. Lps tu sendu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 12:40 PM | Show all posts
harap dia ada dlm FM20
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia banyak bakat muda, tapi bila dah masuk skuad senior jadi sendu.. Tak boleh bersaing dgn bakat2 dari negara lain
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah. Harap jauh dari gossip dengan artis2 perempuan Malaysia murahan.{:nose
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:55 PM GMT+8 , Processed in 0.089524 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list