CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17985|Reply: 110

[Tempatan] Trend wanita obses besarkan 'aset', pengusaha produk ambil kesempatan

   Close [Copy link]
Post time 15-10-2019 10:36 PM | Show all posts |Read mode
Usah obses besarkan 'aset'



KES 1:

Seorang wanita di Pahang, maut selepas mengambil pil membesarkan payudara tanpa mengetahui dia tidak boleh mengambil ubat-ubatan sembarangan disebabkan ada masalah G6PD. Menurut rakan baik wanita itu, hanya selepas seminggu mengambilnya dia mengadu sakit perut dan terus tidak sedarkan diri.

Selepas pemeriksaan, didapati sel darah merahnya meningkat dengan banyak. Sebelum ini dia yang obses untuk cantik turut mengambil beberapa produk lain bagi mencantikkan kulit dan mendapat bentuk badan menawan.

KES 2:

Noraini, 26, terjebak mengambil pil membesarkan payudara disebabkan terpengaruh dengan rakan transgender (lelaki lembut) yang rata-rata mendapatkannya untuk memiliki payudara idaman.

Mulanya dia membeli produk tempatan sebanyak dua botol berharga RM69 sebotol. Malangnya ia langsung tiada kesan. Selepas ditanya kepada penjual mereka meminta Noraini meneruskannya untuk beberapa botol lagi.

“Namun saya menghentikan pengambilan kerana bimbangkan kesihatan diri. Selepas itu saya mencuba pula produk dari Thailand juga dalam bentuk kapsul yang harganya lebih murah berbanding produk tempatan. Malangnya selepas sebulan, haid tidak datang, pinggang pula sakit-sakit.

“Teruja mendengar nasihat rakan, saya meneruskan pengambilan selama empat bulan. Memang ada kesan pada payudara seperti membengkak, sakit dan terlalu sensitif terutama apabila berenang. Saya andaikan kesakitan ini disebabkan haid tidak keluar. Takut memikirkan kesan yang lebih buruk saya terus menghentikan pengambilannya,” katanya yang menasihati pengguna supaya berhati-hati mengambil makanan tambahan untuk cantik kerana ia sememangnya tidak berkesan, hanya taktik pemasaran sahaja.

Taip sahaja kata carian pil besarkan payudara atau montokkan dada di laman Google, puluhan jenis krim sapuan, kapsul dan jamu tertera di skrin.

Baca pula testimoni pengguna yang memberikan maklum balas positif. Adakah benar wujudnya krim dan makanan tambahan bagi membesarkan ‘aset’ wanita ini? Apakah kesannya kepada tubuh sehingga wanita berlumba-lumba memiliki ukuran payudara idaman mereka.

Menurut Pakar Kecantikan Estetika, Dr Shaharom Sulaiman, secara teori tiada sebarang krim atau makanan tambahan yang membantu membesar atau menganjalkan payudara wanita seperti yang diiklankan di laman media sosial.

Malah jika digunakan dalam tempoh lama, dikhuatiri akan memudaratkan kesihatan terutama wanita yang mempunyai sejarah keluarga mempunyai kanser payudara disebabkan kebanyakan produk ini mengandungi hormon estrogen.

BACA kandungan produk sebelum mengambil sebarang pil kecantikan.

“Kajian yang pernah dibuat di luar negara menunjukkan produk mengandungi hormon akan menggalakkan lagi pertumbuhan sel kanser terutama mereka yang mempunyai keluarga menghidap kanser. Lebih malang ia boleh membawa maut bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti G6PD disebabkan kandungan yang tidak diketahuinya,” katanya.

Jelas Dr Shaharom, ukuran payudara dipengaruhi genetik sebelah ibu atau bapa juga hormon wanita (progesteron dan estrogen). Kanak-kanak yang mencapai usia akil baligh akan mengalami pertumbuhan payudara disebabkan perubahan kedua-dua hormon ini.

“Apabila datang haid, payudara akan membengkak begitu juga ketika hamil kerana persediaan menyusukan bayi. Namun saiznya akan kembali normal sekiranya tidak lagi menyusu.

“Dalam hal ini pengguna berasakan payudara mereka sedang membesar sedangkan ia disebabkan peningkatan progesteron ketika haid dan juga pertambahan cecair dalam payudara,” ulasnya.

Kebanyakan pil yang dijual juga berasaskan pil perancangan (mengandungi progesteron) yang kononnya boleh membengkakkan payudara selagi pengguna mengamalkannya. Namun pil ini menyebabkan haid tidak teratur dan pertambahan berat badan.

“Ada kesan pada payudara juga namun ia disebabkan pertambahan cecair dan bersifat sementara. Bagi ubat yang mengandungi fito-estrogen atau estrogen tumbuh-tumbuhan ia akan menghalang kehadiran estrogen secara semula jadi dalam badan. Ini sangat bahaya,” katanya.

Dr Shaharom menasihati wanita yang ingin mendapatkan maklumat mengenai payudara bertemu pakar pembedahan plastik bagi menilai sama ada mereka dibenarkan atau tidak untuk melakukannya.

“Di Malaysia dengan perkembangan teknologi kecantikan, pelbagai cara lebih selamat digunakan seperti pembedahan implan, suntikan ‘filler’ atau memasukkan lemak sendiri ke dalam payudara. Risikonya lebih rendah berbanding menggunakan produk yang tidak diketahui bahan-bahannya,” katanya.

Hal yang sama turut diakui Pakar Bedah Pusat Pakar Payudara, Dr Patricia Alison Gomez, yang menyatakan sebarang produk kecantikan mengandungi hormon termasuk krim atau pil membesarkan payudara boleh memberi kesan kepada payudara. “Sekiranya diambil terlalu banyak dan berpanjangan ia akan meningkatkan risiko kanser payudara.

“Ini kerana hormon estrogen diperlukan bagi memberikan ciri-ciri kewanitaan atau tampak cantik. Oleh itu bahan ini kerap digunakan dalam produk kecantikan bagi memberikan kesan kewanitaan tanpa disedari ia mampu meningkatkan risiko kanser,” katanya yang menasihati wanita berhati-hati dalam penggunaannya.

AMBIL KIRA HUKUM SYARAK

“Isteri dilarang membuka aib di hadapan orang ramai lebih-lebih lagi membabitkan hal seksual. Misalnya menceritakan mengenai kegembiraan selepas menggunakan produk membesarkan payudara secara terbuka sehingga membawa mudarat dan fitnah,” kata Ustazah Asmak Husin mengenai penjelasan testimoni produk yang keterlaluan dalam penjualan produk kecantikan di pasaran.

Selain itu apa yang perlu dilihat wanita adalah tatacara memilih produk mengikut hukum Islam. Ini termasuk tujuan pengambilannya dan adakah ia mengubah bentuk asal kejadian Allah.

“Penggunaan produk membesarkan payudara perlu dilihat daripada hukum syarak iaitu tujuan pengambilannya, adakah ia mengubah bentuk asal, berasaskan sumber halalan dan toyyiban serta tidak memudaratkan iaitu mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Semua ini perlu diambil kira bagi menentukan sesuatu produk itu haram atau tidak digunakan,” katanya.

Jelas Asmak yang juga Ahli Jawatan Kuasa Pusat Persatuan Ulama Malaysia, walaupun kehidupan berumah tangga bukan berdasarkan hubungan seks semata-mata, perlu diingat pengabaian boleh menyebabkan konflik rumah tangga.

Namun kita perlu melihat kebahagiaan daripada pandangan Islam yang membabitkan pelbagai perkara supaya konsep keluarga sakinah, mawaddah dan rahmah tercapai.

“Sakinah adalah mendapatkan ketenangan dan ketenteraman, mawaddah adalah kasih sayang, nafsu, berahi suami isteri manakala rahmah mendapat keampunan, rahmat dan rezeki Allah.

“Seks bukanlah penentu kebahagiaan kerana pasangan harus melihat kasih sayang secara holistik. Malah lebih penting dan harus dipegang punca kasih sayang sebenar adalah daripada Allah,” ulasnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Oktober 2019
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2019 10:44 PM | Show all posts
Nak nampah hot, sanggup buat mcm2,
Telan pil sana sini, makan benda yang ntah hape2.
Si penjual plak, overclaim ckp product tu bagus gila.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Masuk lemak sendiri dlm breast??siyeslaa???

Tp knp nak sgt bnde2 tu bsr ek?breast n butt..x ke rasa susah nak cover nti?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak bersyukur
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2019 11:00 PM | Show all posts
bukan ke cara mudah ialah pakai pad bagi nampak menonjol
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2019 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang kecik nak jadikan besar
Yang sedia besar kalau bole nak jadikan kecik. Malulah mcm jalan mendada
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2019 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
teknologi makin maju tp otak btambah2 bodoh. drpd dok google product bsarkn itu ini baik la ko google btul ke pil2/krim2 gtu btul boleh bg effect yg ko nk tnpa prjudikan ksihatan dri. klau btul bkesan doc2 plastic surgeon tu semua dh join bukak kedai dpn rumah jual produk2 montok utk korang. sapa xnk btmbah kayoooo ye dak.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2019 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Takut hakak org sekarang punya obses bab kecantikan, segala macam ubat ade, putihkan kulit la, besarkan tetek laa, besarkan bontot la...sempitkan pohkey pun hade...seremmmmm, rupenya ramai wanita insecure di luar sana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2019 02:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni semua trend segera, makanan segera, kecantikan segera, kurus segera, ketek besar segera, ada ka benda yang segera ni tak memudaratkan, semua nak cepat, agak2 lah, Kim K operation pun berperingkat sis, bukan sekali harung dia buat,

orang zaman dulu badan nak mantap makan jamu pior tunggu 3 tahun baru nampak kesan, sabar ja, tau2 badan mantap dan sihat, orang zaman now malas nak cakap kalau boleh hari ni makan esok ketek dah macam semangka
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2019 05:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Pegi je la siam masuk silikon. Buat jenis tear drop nampak neutral dan cantik. Org siam apa brg makan ubat besarkan ketet. Mmg tak jalan.   
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2019 05:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Jadi perempuan.. Kalau kecik.. Suami komplen kecik.. Nak jaga suami dari ke sailang dgn perempuan lain yg boobs besar.. Maka ramai yg sanggup makan pil dan krim.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2019 05:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Pada wanita yg boobs besar tu bersyukur laaa.. Jaga elok2..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2019 05:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat apa besar
Pada aku elok ciput2 je
Nak lari, nak pilih baju, nak beraktiviti senang nnt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2019 06:41 AM | Show all posts
lps ni kena tgk size bumper pulak
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2019 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Dua dua patut sedor diri
Lelaki kalau dh dpt yang biasa..jangan komplen nK cm pamela anderson plak...diri tu takat tu je..
Pompuan plak..jangan kerana jantan nak yang besor..sanggup serah diri kt produk tah pape...
Apa yang ada je lah kan..

Semua nak tang besor la..panjang la..
Tapi empunya diri ..sedehhhhh
Sayangi dirimu yersssss..lari dari org suka komplen neh
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2019 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 16-10-2019 05:51 AM
Buat apa besar
Pada aku elok ciput2 je
Nak lari, nak pilih baju, nak beraktiviti senang nnt

Kan...
Kamg jadi hormon x stabil ..tetek besor kelapa kang..baru nyesal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2019 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah ala2 aku suka lepak shopee.. Nah aku tlg tempek.. Ada byk cara utk besarkan dgn cara selamat.. Salah satunya benda ni.. Selain tu senaman.

Bagi aku....kalau perempuan nak besarkan sbb keyakinan diri.. Tak salah pun.. Cuma jaga kesihatan..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2019 08:14 AM | Show all posts
motip nak besar2 kan nak tunjuk kat sapa?
kalau menunjuk2 tu dapat apa?
bersyukur la dengan apa yang dianugerahkan
yakin diri
sayangi diri

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2019 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Sibuk sangat dok teruja dgn marketing overclaim. Nak putih, nk besor, nk Mcm2.. Hakikatnya kau sendiri yang tak sayang dan hargai body sendiri. Accept n love you body..ini pun tak boleh , mmg berteraburlah hidup. Tiada keyakinan diri etc
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2019 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Muda2 pn gigih nk alter bg besar buat apa?? Tetek tu utk menyusu anak je..kesah lah besar ke kecik kelanjar, kilang susu dlm tu sama je... laki kaki porn je demand nk pmpuan big boobs..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:40 PM GMT+8 , Processed in 0.080857 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list