CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1628|Reply: 10

Walt Disney Bakal Lancar TV Streaming - Mahu Cabar Netflix

[Copy link]
Post time 17-10-2019 12:33 PM | Show all posts |Read mode
Kredit foto: Tw!tter Disney Plus



Syarikat Walt Disney akan melancarkan perkhidmatan televisyen streamingnya pada 12 November 2019 di Amerika Syarikat (AS), Australia, Kanada, New Zealand dan Belanda.


Memetik laporan Daily Mail UK, ia akan menawarkan filem dan hiburan TV termasuk Star Wars dan francais Marvel serta kandungan ABC dan 21st Century Fox.



Kredit foto:  techcrunch.com



Lebih 600 tajuk filem dan hiburan TV termasuk kandungan yang berusia lebih 100 tahun akan tersedia dalam perkhidmatan streaming TV itu dan telah mula didedahkan menerusi bebenang di Tw!tter rasmi Disney Plus.





Setiap tajuk tersebut turut boleh ditonton di saluran Youtube Disney.( Awas! Durasi video senarai tajuk adalah selama 3 jam 17 minit)














Kredit foto: Twitter Disney+ : Antara tajuk kandungan Disney Plus Streaming TV





Antara filem francais Marvel Cinematic Universe (MCU) yang tersenarai ialah Iron Man 2008. Ia juga termasuklah kompilasi filem Thor: The Dark World, 2011's Iron Man 3, Guardian of the Galaxy 2014, Ant-Man dan Avengers 2015: Age of Ultron dan filem blockbuster tahun ini, Captain Marvel.



Dalam pada itu, gergasi hiburan itu turut mengumumkan tawaran untuk Disney Plus yang turut tersedia di Apple, Google, Microsoft, Roku dan peranti internet Sony.


Pasaran streaming TV yang semakin kompetitif akan memaparkan platform HBO Max, Apple dan NBCUniversal serta Netflix dan Amazon Prime.


Disney Plus akan dilancarkan pada harga langganan AS$6.99 (RM29.22) sebulan di AS.


Tidak pasti adakah perkhidmatan ini akan memasuki pasaran Malaysia. Jika ada, sudah tentu perkara ini akan menjadi berita gembira buat peminat-peminat mahakarya Walt Disney pelbagai lapisan usia.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2019 01:55 PM | Show all posts
patutla apple tv bagi list apps kemudian expect user langgan semua apps tuk bagi keluar semua list videos gabung semua kat belah atas skrin. bossku mampu la nak buat petik jari langgan semua camtu, aku terpaksala guna website haram lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 02:08 PM | Show all posts
aku lebih rela tonton netflix or disney channel

dr tengok youtube yang semakin banyak content sampah .....
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 02:14 PM | Show all posts
ok..kena standby utk marvel disney+ series
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 03:31 PM | Show all posts
Lebih banyak pilihan tentunya lebih baik untuk pengguna
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Bye2 Astro, TV3
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-10-2019 04:51 PM | Show all posts
Artemesiaa replied at 17-10-2019 03:31 PM
Lebih banyak pilihan tentunya lebih baik untuk pengguna

betul..bila banyak saingan baru lah syarikat yang ada ni berlumba-lumba untuk jadi yang terbaik

Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 04:52 PM | Show all posts
damian_lee replied at 17-10-2019 02:08 PM
aku lebih rela tonton netflix or disney channel

dr tengok youtube yang semakin banyak content sam ...

ye..skrg semua dh nk jadi youtuber..ngn retisnya..ngn bekas2 bloggernya..sbb situ lubuk duit..tp tu la content plak hauk..sekadar syok sndiri..mcm org kisah dgn life hidup engkorg..aku klu sub just yg resepi, makan2..retis2 sorry ckup la kat telebisen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2019 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Youtube dh makin n mengarut
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2019 08:14 PM | Show all posts
yayasbs replied at 17-10-2019 04:52 PM
ye..skrg semua dh nk jadi youtuber..ngn retisnya..ngn bekas2 bloggernya..sbb situ lubuk duit..tp t ...

Yes, mmg. Dulu best je kot youtube. yang trending but benda yang bagus.
Now, yang trending semua benda sampah.
Nak termuntah tengok.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2019 12:14 PM | Show all posts
Duit pun habis bayau bill camni klu dah semua nak bukak streaming platform.. aku Netfilx ngan amazon klu tambah disney.. dah berapa sebulan tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 02:33 PM GMT+8 , Processed in 0.226888 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list