CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 323|Reply: 0

[Tempatan] HANYA 40 peratus rakyat percaya produk buatan Malaysia ada standard

[Copy link]
Post time 19-10-2019 08:45 AM | Show all posts |Read mode
Jangan takut beli barang buatan Malaysia - Chong
Oktober 19, 2019 00:00 MYT

KUCHING: Orang ramai perlu mengikis tanggapan bahawa barangan buatan Malaysia adalah kurang berkualiti, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen.

Beliau berkata, terdapat banyak produk tempatan yang berjaya melepasi pasaran antarabangsa setiap tahun, malah, industri pengeluaran menyumbang sekitar 28 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) negara.
"Ini bertentangan tanggapan ramai yang minyak dan gas sebagai penyumbang besar kepada GDP negara," katanya menambah bahawa industri berkenaan hanya menyumbang sekitar lapan peratus kepada GDP negara.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Karnival Kempen Beli Barangan Malaysia dan Sambutan Hari Penjaja dan Peniaga Kecil 2019 di sini, malam ini.
Chong berkata berdasarkan tinjauan didapati hanya 40 peratus rakyat tempatan memandang barangan keluaran dalam negara mempunyai standard walaupun 70 peratus dari mereka sedar mengenai kempen beli barangan buatan Malaysia.

"Ini menunjukkan sebanyak 60 peratus lagi masih berpandangan yang barangan buatan tempatan adalah sub standard kualitinya jika dibandingkan barangan import," katanya.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.050012 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list