Kredit foto: Google
Dewasa ini sering kedengaran kisah lelaki berkeluarga dilanda sindrom malas bekerja. Kalau malas membantu isteri di rumah tu, memang perkara biasa lah dan tidaklah mengejutkan sangat.
Sikap malas suami ini bukan hanya untuk diceritakan apatah lagi ditangisi oleh para isteri. Walau rumit keadaannya, bukan bererti masalah ini tidak boleh ditangani dan untuk menanganinya, isteri perlu tabahkan hati, kuatkan tekad dan semangat dan ubah sikap menjadi seorang yang agak keras hati.
Menerusi Facebook Mohd Fadli Salleh,beliau berkongsi cerita mengenai seorang wanita yang terpaksa menahan sabar dengan sikap pemalas suaminya.
Lebih menyedihkan, wanita itu terpaksa menanggung kesemua perbelanjaan harian dan hutang secara sendiri termasuk duit poket suaminya. Sedihnya!
Segala tanggungan dibahu isteri. Bacaan lanjut:
Suami yang dikahwini hanya menjadi biawak hidup. Siap mencuri duit darah daging sendiri malah sering pukul isteri.
Anak-anak sendiri berharap si ayah tak pulang lagi...
Susahkan isteri dan anak-anak...
Pada asalnya wajib suami menafkahi isteri dan anak-anaknya. Namun jika isteri menafkahi suami dan anak-anaknya, maka itu adalah ihsan dan pahala yang besar ke atasnya.
Namun begitu betapa besar dan tingginya kasih sayang kepada suami, jangan sampai menjadi hamba suami. Sepatutnya seorang isteri disara, dijaga makan minum, pakai dan lain-lain kemudahan untuk hidup di dunia ini serta juga sepatutnya dilindungi.
Jjika semua ini gagal anda perolehi daripada suami, apa gunanya lagi status sebagai isteri. Fikirkanlah! - CARI |