CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24933|Reply: 144

Seram Habis, Plot Twist Padu - Filem Pusaka Filem Terbaik Malaysia Tahun 2019?

  [Copy link]
Post time 6-11-2019 10:27 AM | Show all posts |Read mode

Kredit foto: Instagram Astro Shaw





Dari penerbit filem Dukun, kini sebuah lagi naskhah seram sedang hangat ditayangkan.



Filem ini dibintangi oleh Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Sweet Qismina, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi bintang popular kini mencetuskan fenomena nya tersendiri.








Kredit foto: Google





Mula ditayangkan sejak 31 Oktober yang lalu, filem Pusaka terus menerima pelbagai komen positif dari penonton.



Seronok sangat ke filem ini? Ramai yang memuji dan memuja filem ini sehinggakan majoriti mengatakan filem Pusaka adalah filem terbaik Malaysia untuk tahun 2019.


















Kredit foto: Twitter #pusaka




Ada juga warganet yang menyarankan untuk menonton filem ini.









Kredit Foto - Twitter #filempusaka





Dalam pada itu, mungkin kerana dirasakan filem ini terlalu seram, ada warganet yang terpaksa check in hotel kerana terlalu takut untuk pulang ke rumah.






Maka tidak hairanlah filem ini telah meraih RM2 Juta kutipan dalam masa empat hari tayangan. Perkara ini dimaklumkan menerusi perkongsian dari Instagram rasmi Astro Shaw yang merupakan terbitan syarikat itu dengan kerjasama Director???s Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47.



Lebih menggembirakan, menerusi perkongsian di platform yang sama kebanyakan tiket yang dijual juga hampir habis dijual setiap hari di kebanyakan pawagam.



  



Sinopsis Pusaka



Balqis dan Qistina merupakan sepasang adik beradik kembar perempuan yang ditemui oleh Inspektor Nuar dalam sebuah rumah kosong, yang mana kedua-duanya telah dikurung secara misteri.





Bagaimanapun, selepas penemuan itu, pegawai polis yang cekap itu kini perlu segera menyelesaikan misteri di sebalik kembar tersebut kerana dia bukan sahaja diganggu pelbagai kejadian aneh selepas menjumpai mereka, malah setiap orang yang berkait dengan kes itu juga mula mati seorang demi seorang.



Masih belum terlewat pada yang belum menonton filem ini kerana filem ini masih lagi ditayangkan di pawagam-pagawam utama berhampiran anda.



Selamat Menonton. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2019 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Ntah la minat filem seram plus x minat capik kail.. So xde rasa nk tgk, kalau kluar astro first pon x rasa nk langgan jgk
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2019 10:37 AM | Show all posts
lepas tertipu dgn movie2 melayu lain kekonon best, hebat etc2... akak tunggu je la tunjuk kat netflix...cerita pontianak bodoh missfake pun dh lama kat netflix still akak tak kowser nk tgk...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2019 10:41 AM | Show all posts
Ritacomels replied at 6-11-2019 10:33 AM
Ntah la minat filem seram plus x minat capik kail.. So xde rasa nk tgk, kalau kluar astro first pon  ...

uols je kot yg xnk tgk sapik.....
bbnu rmai ok tgk citer sapik ni................
2juta lebih dh collection.....ahgitu kita nengok brpa juta collection filem ni
penangan sapik kyle.........boleh lwn julpin uols ke tidak
laku keras la sapik kyle lepas ni blakon filem jer...................
tp iols tetap rs heols ssuai blakon drama sbb muke heols xde aura bintang pilem

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2019 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
rotijohanz replied at 6-11-2019 10:41 AM
uols je kot yg xnk tgk sapik.....
bbnu rmai ok tgk citer sapik ni................
2juta lebih dh ...

Mesti uolls dh tgk byk kali semata nk tgk capik kan hahhahahah....bbnu ni bkn kira ada aura bintang pilem ke x.. Yg penting diaorng suka bbyface camtu.. Kalau x, xkan la kpop yg muka cam mayat idup n lembik tu pon dorang gilakan kahkahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2019 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Kembar tu lakonan mimilana ke. Kenapa teruk nampak editing muka poster tu. Cengkung2 sgt. Hotel2 patut promo juga cerita ni, sbb ada yg blk check in hotel takut nk balik rumah. Hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2019 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Tetibe rase nk tgk tp rengsa dgn kak ogy . Haihh
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2019 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
CrowneGlory replied at 6-11-2019 10:37 AM
lepas tertipu dgn movie2 melayu lain kekonon best, hebat etc2... akak tunggu je la tunjuk kat netfli ...

iols dah layan... dr segi cinematografi.... teknikal tu not bad.. kslh utama jln cerita...

skala menguap 4 dari 5.. haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-11-2019 11:00 AM | Show all posts
CrowneGlory replied at 6-11-2019 10:37 AM
lepas tertipu dgn movie2 melayu lain kekonon best, hebat etc2... akak tunggu je la tunjuk kat netfli ...

saya setuju... macam citer pontianak remy n fazura tu pun kurang umph..pelakon hebat dah... n tak sangka ada adegan kurang sopan remy tu hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2019 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Tolong la ya.. X best langsung. Kalo cerita seram siangnya pun suram je.. Cubalah realistik sikit, rumah suram, pej polisnya suram.. Doktor, nurse, pesakit seketul tu je.. Pun suram jgk.. Ngantuk tengok
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2019 11:02 AM | Show all posts
dino replied at 6-11-2019 10:57 AM
iols dah layan... dr segi cinematografi.... teknikal tu not bad.. kslh utama jln cerita...

ska ...

Kslh tu apa? So cerita ni best ke tak best. Baru jumpa few yang kata cerita ni tak best.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2019 11:03 AM | Show all posts
capik belakang cket capik

tunggu tayang time raya sudahhh
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2019 11:57 AM | Show all posts
yg review tu tah2 dapat free ticket masa previu ke mcm mana? sama lah asal cite seram jek gelap xde lampu, iolss suka tgk cite hantu thailand jalan cite dng plot twist mantap
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2019 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Intanmahsuri replied at 6-11-2019 11:02 AM
Kslh tu apa? So cerita ni best ke tak best. Baru jumpa few yang kata cerita ni tak best.

keseluruhan haha
org bg 2 bintang sajork... masih bleh ditonton skdr buang masa..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2019 12:39 PM | Show all posts
iols bagi 7/10 jurr
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2019 12:40 PM | Show all posts
iolss lagi excited nk tgok frozen2 dari cerita ni,
walaupon dengan umur iolss yg dah kertu ni, frozen tetap jd pilihan untuk buang duit iolss dari cerita seram yg review semua ckp best, dah p tgok menyesal tak sudah. raya puasa 2020 mesti tayang kt astro cerita ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2019 12:40 PM | Show all posts
CrowneGlory replied at 6-11-2019 10:37 AM
lepas tertipu dgn movie2 melayu lain kekonon best, hebat etc2... akak tunggu je la tunjuk kat netfli ...

pontianak kat netflix tu saya baru tengok minggu lepas...adoii...ade ker malam2 tak tutup tingkap...gila ke apa?. lepas tu sangat tipikal filem seram, mesti kawasan rumah gelap memanjang, pasang ler lampu kalimantang ke kat luar bg terang. Lepas tu boleh pula perintah berkurung selepas maghrib, apa Isyak surau / masjid dekat kampung tu tak diimarahkan ker hanya kerana serangan pontianak?. Diorang lebih takut pontianak dari Allah yang maha esa tu ke?.



Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2019 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya peminat hardcore capik je yg review cite bagus..bbnu ni mmg bodoh simpan sorg2 bodoh tu blh x.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2019 12:53 PM | Show all posts
CrowneGlory replied at 6-11-2019 10:37 AM
lepas tertipu dgn movie2 melayu lain kekonon best, hebat etc2... akak tunggu je la tunjuk kat netfli ...

oooooooo kak...me dah tertengok hari tu citer kaka faz jadi ponti..x seram tapi sedapla bang remy kena gomol dengan siti..kemain lagi tido bersama sambil bkemban kak ooiiiii..siti yang berkemban bukan kaka faz..
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2019 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
kodoksilver replied at 6-11-2019 12:40 PM
iolss lagi excited nk tgok frozen2 dari cerita ni,
walaupon dengan umur iolss yg dah kertu ni, froz ...

Wah ada geng rupanya.... Hahahahaha
Kaka pun tunggu frozen 2 nk keluar dekat nk hujung bulan ni, nmpk promising
Citer scream suram mmg kaka x layan melainkan x heavy plus ada lawak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.087694 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list