CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4668|Reply: 31

TIGA ASPEK SEBELUM BUKA BISNES

[Copy link]
Post time 10-11-2019 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by KIM.K at 12-11-2019 12:52 PM

Hi rakan-rakan. Harini Kim ingin berkongsi pesanan small business owner seperti Kim kepada rakan-rakan yang bercadang ingin memulakan bisnes. Ramai penjawat awam, profesional swasta yang makan gaji ingin memulakan bisnes tepi yang mudah dengan memberi orang lain menguruskan wang mereka. Mereka menggunakan wang graduiti dan KWSP masing-masing untuk modal permulaan setelah diyakinkan oleh agen MLM. Adakah perniagaan kita boleh diuruskan orang lain?

Saya berikan tiga asas dimana hendak bermula dalam perniagaan

1) KAJIAN BERBULAN-BULAN
Sudahkah anda mempunyai produk atau servis yang ingin ditawarkan? Adakah anda ingin menjual mee rebus, buat kebun nenas MD2, katering, kedai printing, MLM atau restoran? Jika anda tidak tahu, buat kajian pasaran bagi produk dan servis tersebut dahulu (walaupun baru merancang)
Persoalan yang perlu difikirkan ialah siapa pembeli anda, dimana lokasi, berapa harga bahan mentah, modal. Berapa harga nak jual, margin berapa, untung berapa, targat sales, semua ini memerlukan mentor industri dan anda kena pulun dulu belajar selok belok game sebelum bersetuju dengan temptation membeli dengan modal pertama
Jika ingin melabur dalam perniagaan franchise dan MLM tanya siapa founder bisnes ini, apakah review bisnes ini dalam forum-forum online? Baca financial report syarikat tersebut. Anda tidak mahu dumped money dalam sebuah syarikat ketika syarikat tersebut sedang bungkus, mengalami masalah dalaman atau penyelewengan. Loan bank anda akan hangus begitu sahaja jika syarikat tersebut tidak diselia dengan baik
Lebih buruk lagi, anda berikan duit sekelepuk ke tangan scammer kerana termakan pelan bisnes yang menarik. Semua situasi ini biasa sekali terjadi kerana langsung tiada pengetahuan dan pendedahan latar belakang pemain serta bidang perniagaan tersebut
Anda boleh bersara dari satu jawatan eksekutif yang berjaya dalam satu institusi, tetapi ketika menguruskan perniagaan sendiri itu adalah pertempuran yang berbeza. Kaji, kaji dan kajilah produk yang anda ingin tawarkan, luangkan masa menyelidik latar belakang perniagaan. Jika potensi tidak baik teruskan dengan pelan lain yang lebih bermutu

2) MODAL KENA URUS SENDIRI
Modal urus sendiri bukan bermaksud micro-managing, tetapi duit anda jangan beri orang lain urus seperti mana anda beri kepercayaan kepada agen unit trust untuk mentadbir modal anda awal sampai akhir. Bisnes bukan pelaburan yang mendatangkan pasive income dan anda tidak boleh duduk sahaja sain cek seperti Mustapha Kamal. Perniagaan adalah pekerjaan yang perlu diuruskan oleh boss. Saya ambil contoh slogan 'Pertanian Adalah Satu Perniagaan' sangat tepat menggambarkan pertanian itu satu pekerjaan walaupun mereka sedang berniaga
Belajar menguruskan modal, wang pusingan, pantau kerja yang anda outsource pada pihak ketiga, jangan dumped all your money pada pihak ketiga, pilih service provider yang dipercayai. Jangan berjoli dengan keuntungan syarikat, pastikan anda mentadbir wang titik peluh anda sendiri dan tidak mengharapkan orang lain menguruskan perniagaan anda bulat-bulat

3) BRANDING SEBELUM SALES
Sebelum mula membuat jualan, anda perlu melakukan persediaan menjadi jenama yang di ingati dalam hati khalayak, ini sangat penting. Sebelum anda menjual apa-apa, pastikan branding anda sudah siap. Pembungkusan, grafik, logo, label produk, papan iklan, brochure, arahan penggunaan, imej dan warna korporat syarikat anda semuanya sudah siap
Sebaik sahaja anda buat jualan pertama, itulah marketing tools yang anda akan ulang-ulang setiap hari untuk berbulan-bulan kepada customer baru anda. Branding tools automatik akan jadi SOP perniagaan anda yang anda akan pakai bertahun-tahun. Anda perlu established jenama dahulu sebelum menjual kerana anda perlu SOP sebaik sahaja bakal pembeli mesej anda
Gambar produk yang customer bagi saya, saya pakai berbulan-bulan kerana ada vibe dan sentimental value. Pastikan anda tidak menjual produk tanpa label dan imej kerana setahun kemudian anda hanya mempopularkan produk tersebut untuk pesaing. Pesaing dengan imej dan jenama akan melekat di mulut dam fikiran pengguna

Harap point tersebut berguna untuk anda yang ingin memulakan perniagaan. Pastikan modal anda cukup besar untuk suntik 2-3 kali lagi belajar tentang HR dan penjenamaan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2019 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Good info tt
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2019 06:44 PM | Show all posts
good info tt...nk tya tt buat bisnes apa? apa yang membuatkan tt confident nak berbisnes?
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2019 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Good info utk yg bminat utk mula bisnes nih
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2019 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul tu. Sekarang ni kalau tengok dekat group cari dropship/agen/stokis rata2 nak cari produk viral kononnya tak perlu nak promote banyak terus orang nak beli walhal produk viral pun nak yakinkan orang bukan nya senang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2019 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
missinpiece replied at 10-11-2019 05:48 PM
Good info tt

Thank you sis @missinpiece
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-11-2019 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
rosli_nurizzati replied at 10-11-2019 06:44 PM
good info tt...nk tya tt buat bisnes apa? apa yang membuatkan tt confident nak berbisnes?

Terima kasih @rosli_nurizzati
TT buat distributorship dalam industri organik..
Agen TT majoriti orang makan gaji..buat network dengan bisnes
TT sejak zaman belajar dah tau business minded. Sukar pun takpernah mengalah..itu kot ciri-cirinya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2019 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Donutfilling replied at 10-11-2019 07:53 PM
Good info utk yg bminat utk mula bisnes nih

Thank you @Donutfilling
Nak sangat sampaikan pesan sebab iols jumpa banyak kes macamni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-11-2019 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Miss.H replied at 10-11-2019 08:01 PM
Betul tu. Sekarang ni kalau tengok dekat group cari dropship/agen/stokis rata2 nak cari produk viral ...

Bisnes ni yang penting jaga agen, tapi tak semua start-up mampu bagi perhatian dan training
Sedikit sangat syarikat yang pandai provide support utk agen. Biasanya harga produk memang premium baru boleh majukan agen
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2019 08:28 PM | Show all posts
KIM.K replied at 10-11-2019 08:13 PM
Terima kasih @rosli_nurizzati
TT buat distributorship dalam industri organik..
Agen TT majoriti  ...

wah.. nak bisnes kena berani dan kental.. me jenis penakut.. tpi dah bosan makan gaji.. hehehe... all the best tt... nice sharing
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2019 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
bagusnya.. tq tt
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2019 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
bagi saya research tu paling susah bagi saya dan selalu fail.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2019 09:01 PM From the mobile phone | Show all posts
rosli_nurizzati replied at 10-11-2019 08:28 PM
wah.. nak bisnes kena berani dan kental.. me jenis penakut.. tpi dah bosan makan gaji.. hehehe...  ...

Hehe..mekasih awak
Even orang meniaga pun selalu terfikir nak makan gaji je
Punyalah tough. Mana-manalah sis demi rezeki halal
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2019 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
rayriff replied at 10-11-2019 08:32 PM
bagusnya.. tq tt

Heee~ terima kasih @rayriff <3<3<3
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2019 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
rayriff replied at 10-11-2019 08:33 PM
bagi saya research tu paling susah bagi saya dan selalu fail.

Susah juga..macam cari jodoh. Kadang2 kena buat dulu baru tahu serasi ke tak
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 10-11-2019 08:13 PM
Terima kasih @rosli_nurizzati
TT buat distributorship dalam industri organik..
Agen TT majoriti  ...

product organic apa ni kim..
makanan ke..pertanian ke..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2019 12:59 AM | Show all posts
Product dia best. Tq kim tulis sini...good one @KIM.K
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus thread ni..
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2019 02:04 AM | Show all posts
Zaman sekarang ni bisnes kena untungkan orang lain sebelum kita untung. kalau untung tu pergi kat kita je tak ke mana bisnes tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2019 05:53 AM From the mobile phone | Show all posts
yuki812 replied at 11-11-2019 12:00 AM
product organic apa ni kim..
makanan ke..pertanian ke..

Part ni I tak reveal sebab we are household name. Itu personal
Iols tak akan gunakan pseudoname untuk cari agen. Lagipun I'm notorious online
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.064699 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list