View: 7959|Reply: 42
|
[Tempatan]
Pesta kerang bulu di Terengganu
[Copy link]
|
|
Edited by Boomibulat at 14-11-2019 09:02 AM
Pesta kerang bulu di Pantai Rhu Dua, Rusila
BERNAMA | | 14 November 2019
MARANG - Kemunculan ribuan kerang yang terdampar di Pantai Rhu Dua, Rusila di sini menarik kunjungan ribuan orang ramai ke pantai itu.
Sejak petang kelmarin berita mengenai kemunculan spesies kerang bulu itu tular di laman sosial Facebook sekali dan gus mencetuskan suasana seolah-olah ada pesta di kawasan berkenaan.
Tinjauan di lokasi tersebut mendapati orang ramai yang datang bersama keluarga masing-masing membawa pelbagai peralatan seperti baldi, jaring dan sauk untuk mengutip kerang yang harganya agak tinggi di pasaran.
Seorang pengunjung, Zukri Mamat, 57, dari Kampung Sentul Patah, berkata dia datang bersama tiga anak lelakinya untuk mengutip kerang selepas berita tersebut tular di laman sosial.
Zukri berkata, kali terakhir fenomena ribuan kerang naik ke pantai itu berlaku empat tahun lalu pada musim tengkujuh.
"Saya sudah datang sejak 8 pagi untuk mengutip kerang dan hasilnya agak banyak iaitu kira-kira lima kilogram.
"Tetapi petang ini hasil kurang sedikit sekitar dua kilogram sahaja kerana ombak agak besar berbanding waktu pagi," katanya ketika ditemui di pantai berkenaan lewat petang semalam.
Seorang lagi pengunjung, Ahmad Hariz Haikal Mohamad, 17, berkata, dia mula menyedari kehadiran kerang tersebut petang semalam ketika bersiar-siar bersama rakan-rakan selepas menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Dia juga tidak melepaskan peluang mengutip kerang berkenaan dan sebahagian direbus untuk dimakan manakala sebahagian lagi dijual kepada jiran-jiran bagi mendapatkan wang saku.
"Dua tiga hari ini ombak agak besar. Mungkin sebab itu banyak kerang naik ke pantai. Keadaan ini sebenarnya biasa sahaja pada musim tengkujuh kerana tahun lepas pun ribuan remis naik di Pantai Kelulut
"Tetapi menurut kata orang-orang tua jika ada banyak hidupan naik ke pantai, itu adalah petanda akan berlaku banjir besar di kawasan itu," katanya yang tinggal di sekitar kawasan pantai berkenaan.
Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenal Kol Che Adam A Rahman berkata, pihaknya telah menghantar beberapa anggota untuk memantau keadaan dan keselamatan orang ramai di pantai berkenaan.
Menurutnya, dalam keadaan ombak dan arus yang tidak menentu ketika Monsun Timur Laut adalah berbahaya dan tidak sesuai untuk sebarang aktiviti pantai.
"Agensi keselamatan sentiasa mengingatkan orang ramai supaya menghindari kawasan pantai apatah lagi melakukan aktiviti mandi-manda dan mengutip kerang sehingga ke kawasan lima meter dari tepi pantai.
"Oleh itu saya nak ingatkan orang ramai supaya jangan terlalu ghairah mengutip kerang sehingga mengabaikan keselamatan diri kerana tidak mahu tragedi yang menimpa tiga beradik yang lemas di Johor ketika bermain di pantai berulang," katanya ketika dihubungi. - Bernama
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 14-11-2019 09:02 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Berkat kepimpinan MP Marang.. |
|
|
|
|
|
|
|
hakak nak gelak....sebab dlm porem kerang tu adalah poen, poen berbulu kisahnyaaaa.....hakak mudah terhibur harini |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 14-11-2019 11:12 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
fliphair8 replied at 14-11-2019 11:02 AM
hakak nak gelak....sebab dlm porem kerang tu adalah poen, poen berbulu kisahnyaaaa.....hakak mudah t ...
Dulu i pun x tau kewujudan kerang jenis bulu ni..ingtkan refer bnda lain..rupanya mmg ada spesis ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
guane rupa kerang bulus ni |
|
|
|
|
|
|
|
Keselamatan juga harus dijaga jangan leka mengutip sampai dihanyut ombak sudah, ombak pun tinggi jugak nampaknya tu |
|
|
|
|
|
|
|
jgn lupa pesan orang tua dulukala, suka-suka akibatnya duka. jgn lah dok ghairah mengutip kerang, tak alert dgn keadaan sekeliling ye.
sekian pesan untuk hari ini
|
|
|
|
|
|
|
|
dlm happy kutip kerang tu kena beringat2 lah jugak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kerang bulu...
Memang betul la ada bulu halus pd cengkerang
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 14-11-2019 12:34 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
helicornia replied at 14-11-2019 12:20 PM
guane rupa kerang bulus ni
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Tak suka kerang bulu...suka kerang kecik2 |
|
|
|
|
|
|
|
eeii tetibe geli |
|
|
|
|
|
|
|
helicornia replied at 14-11-2019 12:20 PM
guane rupa kerang bulus ni
Mcm kerang biasa je. |
|
|
|
|
|
|
|
Kerang bulu ni iols suka kalau masak sambal..sebab besar isinya. Cuma kalau rebus or bakar, kureng sikit sebab isinya macam liat sikit.. dulu geli gak makan kerang ni, tapi sedap rupanya. Puas la makan..kerang besar kan |
|
|
|
|
|
|
|
pertama kali lihat kerang berbulu ini |
|
|
|
|
|
|
|
fliphair8 replied at 14-11-2019 11:02 AM
hakak nak gelak....sebab dlm porem kerang tu adalah poen, poen berbulu kisahnyaaaa.....hakak mudah t ...
Ku terpikir kan perkara yg sama..adoii lebat ke idok?hahah |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 14-11-2019 05:49 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
multinicky replied at 14-11-2019 05:25 PM
patut @Modngengade yg bukak thread ni
Dia pun ada buka.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|