Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
3708
View
145
Reply

[Tempatan] Penduduk tertekan anjing liar, Persatuan Haiwan sibuk nak bela nasib anjing. Ending cite 6 anjing mati diracun. SELESAI!

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 14-11-2019 11:42 PM | Show all posts |Read mode
Enam anjing mati akibat diracun




PERSATUAN Haiwan Malaysia (MAA) kesal dengan perbuatan individu tidak bertanggungjawab yang menyebabkan kematian enam anjing jalanan dipercayai akibat diracun di Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor.

Presidennya, Arie Dwi Andika berkata, individu terbabit tidak seharusnya bertindak mengikut emosi hanya kerana mahu melepaskan kemarahan mereka.

Beliau berkata, meskipun berasa terancam dengan anjing berkeliaran, individu itu sepatutnya menyalurkan maklumat kepada wakil rakyat dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mencari penyelesaian dan bukannya membunuh haiwan terbabit.

Kita tahu ada kemarahan dan persatuan dihubungi wakil penduduk mengatakan mereka sudah membuat aduan kepada wakil rakyat di kawasan berkenaan, tetapi tidak dilayan.

Akhirnya, isu ini berpanjangan dan antara inisiatif persatuan adalah mengadakan pertemuan dengan wakil rakyat dua minggu lalu bagi membincangkan mengenai aduan diterima.

Namun, orang ramai perlu tahu persatuan tidak mempunyai kuasa dan peruntukan untuk bertindak, sebaliknya hanya berperanan memperjuangkan nasib haiwan dizalimi.

Penyelesaian kes sebegitu (kacau ganggu dan serangan) menjadi tugas rasmi PBT dan wakil rakyat yang perlu peka dengan masalah setempat, katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Justeru, Arie berharap supaya masyarakat faham dan tidak meletakkan kesalahan kepada persatuan sekiranya berlaku kes seumpama itu.

Pada masa sama, beliau meminta kerjasama pemilik anjing untuk bertanggungjawab dan memastikan haiwan peliharaan mereka dikawal dengan rapi.

Ada golongan mempertikaikan peranan persatuan, namun ingin dijelaskan bahawa ada kes serangan membabitkan kes terpencil dan kebiasaannya bukan disebabkan anjing jalanan, tetapi bertuan.

Jadi, tidak adil jika anjing lain termasuk di jalanan dihukum bunuh, berterusan diganggu dan dibuli sewenang-wenangnya.

Jika benar anjing jalanan baka mongrel itu agresif, mengapa ada yang boleh menjinakkan dan memberi makanan kepada haiwan berkenaan?

Oleh itu, kita harap orang ramai faham dan membuat tuntutan dengan pemilik sekiranya menjadi mangsa anjing peliharaan mereka selain membuat aduan terus kepada berkuasa, katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 November 2019

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh babi. Anjing liar ni angkara non-muslim yg pelihara anjing pastu main lepas suka ati mak bapak dia dan beranak la gejala anjing liar tak bertuan. Kimek tul la set2 non sampah ni. Suh persatuan sayang binatang ni pelihara la senang citer. Kalau anak2 dorang exposed kepada anjing liar ni, suh bagi betis kunyah kalau takde makanan. Citer macam hero.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapa yang lepas kan anjing2 tu?
Mana tuan nye? Inilah yg akan berlaku kalau xde respond dpd tuan anjing dan penguatkuasa.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
I pun x berapa suka strays
Tapi tak tergamak la nak bunuh racun
Tapi kalau report majlis pun sama je kan depa ambik pastu bunuh gak kan
Ntahlah

I xleh fikir nasib strays nanti rasa sedih
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 12:36 AM | Show all posts
So memang betul la org tanya apa fungsi NGO/persatuan mana2 binatang ni? Aku suggest lepas ni ahli2 sila amik bela kat rumah. Kata memperjuangkan hak binatang.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Tergamak bunuh binatang..
Tak suka la cara macamni.. tak ada perikemanusiaan lansung.. Rugi jadi manusia tapi tak guna otak pikir elok2, baik jadi binatang jek sapa yg bg idea bunuh anjing2 ni!
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 01:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by chilly at 15-11-2019 01:47 AM

So apa penyelesaiannya? Kemahen beria aku baca kot ada idea yang bernas terselit. Nan hado.

Haih. Aku tak suka strays tapi aku tak sokong racun, tembak, spray kaler2  semua tu.

Tempat aku ni viral orang photoshoot kekonon Disniland bagai tapi anjing dengan lembu bersepah.  Disniland hapooo chemmtu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 02:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pyropura at 15-11-2019 02:51 AM

Aku pun heran napa tertekan benor dgn stray dog? Pakcik aku kat kampung baru2 ni bagi makan kat 2 strays yg datang, terus stay put kat situ, dan kedua2 nya well behave, disciplined, mendengar kata. Berak kencing pun depa pegi jauh2 dari rumah. Hasilnya settle masalah monyet, babi utan, biawak, ular, tupai tanah semua. Lembu/kambing org kampung yg main lepas tu pun dah tak masuk kawasan rumah dah. Aman2 je pakcik aku sekarang dapat  bercucuk tanah semula. Bagi makan beras hancur dgn. sadin/ikan rebus/sosej murah tu je
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 04:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Serba xkena.. buat aduan kat majlis.. majlis dtg tangkap.. persatuan marah sbb aniaya binatang masa tangkap
Marah persatuan kat situ
Lps tu.. buat aduan kat persatuan.. xde tindakan
Ambik tindakan sendiri.. persatuan pulak yang marah
Lepas tu??? Tunggu rabies virus membiak baru bertindak ke mcm mana?
Mohon persatuan tangkap bwk blk rumah bela...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 06:15 AM From the mobile phone | Show all posts
tungkai replied at 15-11-2019 12:36 AM
So memang betul la org tanya apa fungsi NGO/persatuan mana2 binatang ni? Aku suggest lepas ni ahli2  ...

Ckp aje sayang.. tp tak nal bela.. bosan org mcm.nii
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 06:17 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 15-11-2019 02:49 AM
Aku pun heran napa tertekan benor dgn stray dog? Pakcik aku kat kampung baru2 ni bagi makan kat 2 st ...

Masalahnya bela laa anjing tuu.. ini tak ckp aje.. kena gigit cmn.. aku kalo boleh bela aku belaa.. rumah aku pun penyangak takut
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 06:21 AM | Show all posts
baguslah dah kojol anjeng2 tu..
xde la mengganggu org lagi

sapo lah yg racun anjing2 tu..
mesti dia dah lama geram  
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 06:35 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 15-11-2019 02:49 AM
Aku pun heran napa tertekan benor dgn stray dog? Pakcik aku kat kampung baru2 ni bagi makan kat 2 st ...

Then panggil lah pakcik kau dgn kau2 sekali pi bwk balik anjing2 yg bersepah tu...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 06:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Problem stray ni tak berkesudahan. Kalau majlis ambik pon diorang takde tempat last2 cucuk bagi mati je. Ada cadangan untuk ambik stray2 ni dan mandulkan. Aku setuju cara ni. Tapi sape nak buat tu entah lah acik takut binatang kehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
setori_mori replied at 15-11-2019 06:57 AM
Problem stray ni tak berkesudahan. Kalau majlis ambik pon diorang takde tempat last2 cucuk bagi mati ...

Mcm shelter kat Johor buat.. Dia ambik stray dan mandulkan.. Kmdn lpskan semula.. Jadi populasi stray x membesar.. Tapi akan berkurangan la
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa persatuan penyayang anjing nak suh rabies merebak merata baru nak kekang ker?anjing tu bukan sbb jinak ka agresif dia pi makan racun tu...aku rs org pi ltk dlm makanan...
Meh ni story kt kawasan aku...'berkurun' dah kami lapor ke pbt...yg aku igt anak aku buat last year...jejiran aku pun ads buat...2-3 hari lepas baru nampak unit penangkap anjing mai...anjing tu plak nampak ja lori tu mcm kenai..mula la berpindah..sembunyi2 la wehh..bukan senang rupanya nak tangkap jerst depa ni hidup2...before tu sbb tgg lama sgt dah pbt tak mai...kami panggil org asli....ada kelibat anak org asli tu dah lari si anjing tu...lom pak dia lgk..hahah...tp lepas tu mai balik..beranak pinak plak...helok dok melepam bwh kete jejiran aku...paling tensen dok ngorek tong sampai plak...ada yg agresif dok kejar org pi balik surau...sekian laporan anjing...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 08:41 AM | Show all posts
Kat area umah ai byk jah stray dogs ni... kalo x mengganggu, x de hal la.
Tp 1 of my officemate yg duk area umah ai kena kejar & digigit oleh stray dogs kat kaki ms sheols nk gi amik kereta kat parking time nk gi keja pepagi. Sheols trauma gile... kena gi klinik & follow-up sampai hospital bagai sbb takut ada rabies... kena MC few days..

Sejak tu ai pun cuak gile setiap kali nampak stray dogs. Pihak PBT x de buat apa2 tindakan pun walopun sheols dh buat report, termasuk pihak Jabatan Haiwan.  Sampai skrg stray dogs bersepah2 kat bwh flyover area umah ai & beranak pinak... dh multiply jumlahnya nowadays.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Forfoxache replied at 15-11-2019 12:14 AM
Bodoh babi. Anjing liar ni angkara non-muslim yg pelihara anjing pastu main lepas suka ati mak bapak ...

Betul sgt.....

Sejak persatuan pencinta haiwan nienyalak, tempat aku pun berkeliaran anjing.....dlm ni pun ramai yg menyalak....bawak balik le anjing tu bela....
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 08:45 AM | Show all posts
saya sarankan lepas ni racun kucing pula secara berjaamah
barulah 0-0
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2019 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 15-11-2019 02:49 AM
Aku pun heran napa tertekan benor dgn stray dog? Pakcik aku kat kampung baru2 ni bagi makan kat 2 st ...

adik iols pnya anjing kuat propa. bila ada tuan je br acah2 jaga ladang. bila tuan xde anjing tu bkawan je dgn babi2 dlm ladang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.085326s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list