CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11057|Reply: 174

[Tempatan] 60 peratus muflis adalah golongan millennial (25 - 44 tahun). Banyak buat person

  [Copy link]
Post time 11-12-2019 08:19 PM | Show all posts |Read mode
60 peratus muflis adalah golongan muda - Bank Dunia


KUALA LUMPUR: Golongan millennial, yang merujuk kepada golongan muda berumur 25 hingga 44 tahun, di negara ini mencatat peningkatan membimbangkan dalam jumlah individu yang diisytihar muflis, demikian mengikut satu laporan kajian Bank Dunia.

Laporan kajian Pantauan Ekonomi Malaysia Disember 2019 yang diterbitkan Bank Dunia, menganggarkan sejumlah 60 peratus daripada keseluruhan individu muflis di Malaysia adalah dari golongan berkenaan, ekoran daripada tabiat berbelanja melebihi pendapatan.

Tabiat berkenaan disifatkan berbahaya kepada golongan millennial jika dibiarkan berterusan tanpa pengetahuan dan kemahiran pengurusan kewangan.

“Kadar muflis yang tinggi disebabkan membuat pinjaman bagi untuk penggunaan peribadi bukannya untuk pelaburan dan pengumpulan kekayaan. Ini semakin membimbangkan. Ia berlaku dalam kalangan peminjam muda yang mempunyai pengetahuan kewangan yang terhad dan tidak begitu celik kewangan.

“Kegagalan membayar balik pinjaman peribadi dan kenderaan menyumbang hampir separuh daripada jumlah kes muflis dengan terbaharu, 49 peratus pada 2018.

“Jumlah peminjam muflis disebabkan pinjaman peribadi dan kredit kad juga meningkat sebanyak 104 peratus dan 43 peratus, masing-masing pada 2018 berbanding 2012,” kata Bank Dunia dalam kajian berkenaan.

Berdasarkan laporan itu, satu daripada empat isi rumah di Kuala Lumpur memperoleh gaji bulanan kurang daripada anggaran paras kehidupan yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) iaitu RM2,700 bagi individu tidak berkahwin, RM4,500 bagi pasangan tanpa anak dan RM6,500 bagi pasangan dengan dua anak.

Isi rumah dengan pendapatan di bawah paras berkenaan cenderung untuk mengambil pinjaman peribadi dan kad kredit bagi menampung serta meningkatkan standard kehidupan masing-masing.

“Memandangkan proses untuk mendapatkan kredit kad itu lebih mudah, lebih ramai isi rumah yang beralih kepada kad kredit untuk memenuhi keperluan masing-masing.

“Kebanyakannya berhadapan dengan cabaran untuk mengawal perbelanjaan dan pengurusan hutang yang lemah. Walaupun jumlah hutang kad kredit menunjukkan isi rumah menggunakan hutang berkenaan untuk meningkatkan standard hidup mereka dalam jangka pendek, ia juga turut menunjukkan bahawa orang ramai berbelanja melebihi apa yang mereka mampu.

“Menjadi kebiasaan bagi rakyat Malaysia untuk mempunyai lebih daripada satu kad kredit dan ia sebenarnya membuka lebih banyak peluang kepada individu dan isi rumah untuk berbelanja melebihi apa yang mereka mampu,” kata kajian itu.

Data itu turut mendedahkan bahawa isi rumah dengan pendapatan di bawah wang sara hidup juga cenderung untuk mengambil pinjaman peribadi untuk tujuan penggunaan.

“Pinjaman peribadi sering dipilih untuk mengekalkan gaya hidup yang disifatkan sebagai kehendak yang menyediakan penambahbaikan dalam hidup melangkaui aspek asas yang diperlukan untuk terus hidup.

“Daripada pelanggan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) yang berpendapatan di bawah RM5,000, sejumlah 32 peratus daripada pinjaman peribadi yang dibuat dibelanjakan untuk barangan kehendak, malah sehingga dua kali ganda lebih banyak daripada yang dibelanjakan untuk barangan keperluan,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2019 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok boomers



Zaman ktorg purchasing power tak setinggi zaman acik-acik. Harga barang naik berganda-ganda, harga rumah naik berapa kali lipat, tapi kenaikan gaji tak sama padan dengan kenaikan harga barang.

Golongan milenial ni ramai je yang moonlighting kerja dua tiga sekaligus sbb nak tampung perbelanjaan. Ada yang keje sambil belajar sambil raise up small family sbb nak naik tingkat gaji. Ramai je yg sanggup keje odd jobs demi nak dapatkan income.

Maybe acik-acik ni byk sgt spend masa kat facebook tengok org itu beli keta baru, org ni makan kat restoran mahal.

Bukan aku kata takde org yg biar papa asal bergaya tp there is really a bigger problem out there yang kita kena solve which is gaji yang stagnant tak selari dgn harga barang.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 08:50 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 08:50 PM | Show all posts

ok snowflake...wakakakakakakkakakakakakaka
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Hiburan byk sgt jadi duit habis kat situ.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
JohnnySins replied at 11-12-2019 08:50 PM
ok snowflake...wakakakakakakkakakakakakaka

Bagi pandangan ja tak suka gaduh2 bazir ayaq lioq
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-12-2019 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
tpi memg ramai kwn2 yg dpt keje gomen buat p.loan maksimun tapi bkn untuk beli aset pun
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Cakap psal personal loan tetiba bank 2-3x call aku tnye nak buat overlapping loan x sbb aku da tggal 3 thun lagi setel loan..saje je kn nk bgi aku berhutang lagi..dpt duit memang sedap tapi nk membayar tu azab
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2019 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa lega sangat bila aku selesain personal loan baru ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
X penah buat personal loan.. Beli barang mcm home appliances guna instalment credit card yg 0% interest tu pernah lah.
Kalau terdesak sgt aku keluar kan duit epf pengeluaran utk kurang kan installment rumah. Sekali keluarkan 6 bulan xpyh byr rumah guna duit gaji. Joli sakan aku
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Pokoknya ukur baju badan sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Keje gormen kan cyst..selayaknyalah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 11-12-2019 10:37 PM
Aku rasa lega sangat bila aku selesain personal loan baru ni

Tahniah..aku PL tggal 3 tahun n kereta tggal 7 tahun..ptptn belas tahun kalu ikut kontrak..nangesss!!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Biarlah muflis pun
Hidup kejap je
Bila lagi nak enjoy
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2019 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tagas at 11-12-2019 11:54 PM

bank offer pl last week

slip gaji aku leh santak smpai 100k kata nya

nyams nyams tgh pk nak dok joli sakan utk ape

umah tanah sume da ade keta da abis byr

(nak beli inbes umah lg mmg tak la malas

nak simpan rete bebyk mati tinggal cukupla 2 umah

skang ni..tanah 2 ekar dpt free from pusaka..tukar keta pun

idokla keta masih elok lg)

maybe dok pulun manipulate loan asb la kot then pi umrah

(takat travel puas da oversea & jln2 satu mesia)

lebih nya tambah saving dlm tabung haji kot

rilex2 wat peace sudah
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 05:37 AM From the mobile phone | Show all posts
chicozinn replied at 11-12-2019 11:25 PM
Tahniah..aku PL tggal 3 tahun n kereta tggal 7 tahun..ptptn belas tahun kalu ikut kontrak..nangess ...

Huhuhu... Ni rest jap.. 1/2/20 aku nak start byr hutang kesilapan berniaga dulu.. Aku target claer hutang ni dlm masa 10 bulan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2019 08:09 AM | Show all posts
PL aku mmg byk...guna utk beli rumah, reno rumah dgn beli tanah...tp lagi 3-5 thn nk habis byr semua PL...xsabarnya..cc nak habiskan byr thn depan...sambil berjln2...syukur ada gj bln2 utk byr semua2...

hari tu rasa mcm nk tmbh anak..tp hold dulu la...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 08:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah lah
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 08:39 AM | Show all posts
bahaye kad kredit ni, sebab tu berhati hati.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
PL beli rumah second pastu loan lppsa beli rumah bru, pastu loan bank beli lgi satu rmh
kad kredit bulan2 byr rm1k+, bru balance transfer dh naik rm10k balik
nie kereta, bgi mak, org rmh, duit dapur, xcukup duit tenyeh kad lgi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:54 PM GMT+8 , Processed in 0.164954 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list