CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8026|Reply: 96

[Tempatan] Semakin ramai generasi muda nak jadi YouTuber. Income ribu-ribu, juta-juta #89

  [Copy link]
Post time 12-12-2019 10:29 AM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 15-12-2019 02:28 PM

Jutawan bintang YouTuber
12 Disember 2019

HANYA dengan mencipta akaun secara percuma di dalam platform saluran YouTube dan memuat naik video menarik, durian runtuh boleh diperoleh sekelip mata! Tidak percaya?

Itulah yang dilakukan 10 YouTuber yang berjaya meraih pendapatan luar biasa pada usia yang muda. Lebih sukar diterima akal, kanak-kanak yang berusia tujuh tahun pun boleh menjadi kaya-raya hasil penangan kuasa media sosial itu.

Tidak hairanlah jika mereka bijak menggunakan peluang yang ada untuk menarik perhatian pelayar Internet dengan pelbagai video menarik, rakaman muzik dan aksi bermain permainan atas talian yang hangat di pasaran.

Sebenarnya, bukan mudah untuk menjadi popular sebagai bintang Youtube. Lebih-lebih lagi memerlukan keyakinan yang tinggi dan content yang mampu memenuhi selera pelayar Internet yang sentiasa ‘laparkan’ input baharu dan video tular.

Namun dengan wujudnya lebih 1.3 bilion pengguna media sosial, mereka mampu mencipta ‘duit segera’ sekelip mata bergantung kepada jumlah langganan yang diterima seluruh dunia.

Berikut serba ringkas mengenai kejayaan hidup dan jumlah kekayaan yang dikumpulkan selepas mencipta nama dalam saluran Youtube masing-masing.


1-Daniel Middleton

Siapa kata menghabiskan masa dengan bermain game tidak menguntungkan? Lelaki kacak kelahiran British itu membuktikan minat mampu memberikan kekayaan sehingga mencecah $16.5 juta (RM68.82 juta).

Dengan 22.3 juta langganan, usahawan yang berusia 28 tahun itu meraih kekayaan hanya dengan video Minecraft sahaja dan pemilik akaun saluran Youtube DanTDM yang cukup popular seluruh dunia.


2.Evan Fong

Meskipun memiliki lebih empat juta langganan berbanding DanTDM, namun pendapatan yang diterima hanya $15.5 juta (RM64.65 juta) sahaja meletakkan pemilik akaun Youtube VanossGaming itu di tempat kedua.

Bukan sahaja memiliki kepakaran suntingan video kerana berpengalaman sebagai pengarah kreatif permainan video, Dead Realm, penulis bersama siri animasi komputer, Paranormal Action Squad itu juga berjaya menarik 9.3 bilion tontonan menerusi The VanossGaming Channel yang diwujudkan pada September 2011 lalu.


3.Dude Perfect

Lain pula kisah lima sahabat termasuk pasangan kembar terkenal, Cory dan Coby Cotton yang berjaya mencipta nama selepas rancangan sukan hiburan, Dude Perfect mendapat sambutan luar biasa.

Bukan sahaja memiliki saluran Youtube bernilai $14 juta (RM58.39 juta), lima sahabat yang juga bekas penuntut Universiti Texas A&M itu turut memegang pelbagai rekod dunia Guinness selain meraih 43 juta langganan seluruh dunia.


4.Mark Edward Fischbach

Seorang lagi produser video permainan yang merupakan anak kelahiran Honolulu, Hawai berusia 30 tahun sedang menuju senarai top 10 bintang Youtube paling kaya dunia dengan rancangan popular, Markiplier.

Dengan jumlah 23 juta langganan, rancangan bernilai $12.5 juta (RM52.14 juta) itu lebih kepada permainan video seram dan indie seperti Amnesia: The Dark Descent atau Slender: The Eight Pages.


5. Logan Paul

Seorang vlogger terkenal yang sentiasa mencuri tumpuan ramai termasuk siri pengembaraan terbaharu di Jepun yang cukup kontroversi kerana merakam insiden bunuh diri di Hutan Aokigahara yang terkenal dengan nama The Suicide Forest.

Bagaimanapun, kontroversi itu tidak menjejaskan popularitinya sebagai seorang pelakon dan bintang Internet apabila meraih tiga bilion tontonan dalam tempoh tiga tahun sahaja selain masih menerima 19 juta langganan dengan pendapatan mencecah $12.5 juta (RM52.14 juta).


6. Felix Arvid Kjellberg

Boleh dikatakan masih bergelar pengantin baharu selepas mendirikan mahligai cinta bersama kekasih hatinya dua bulan lalu, pelawak warganegara Sweden itu meraih keuntungan hanya melalui rancangan PewDiePie dengan pendapatan $12.5 juta (RM52.14 juta).

Bintang Youtube berusia 30 tahun itu menerima langganan sebanyak 96 juta apabila menjadi rancangan paling banyak dilanggan selain menjadi pengulas rancangan The Swedish Gaming pun meletakkan beliau sebagai selebriti internet paling kaya dengan anggaran nilai bersih $50 juta (RM208.55 juta).


7. Jake Paul

Adik kepada Logan Paul ini juga tak kurang hebatnya. Dengan pendapatan mencecah $11.5 juta (RM47.9 juta), bakat Jake yang juga pelakon, pemuzik dan produser video Youtube itu mula mendapat pengiktirafan dalam Vine.

Sejak penglibatan dalam Youtube pada 2013 dan beberapa tahun berikutnya, video yang dikongsi menerima lebih 4 bilion tontonan dan tidak ketinggalan, lagu 'It's Everyday Bro' yang dilancarkan 2017 lalu menerima 70 juta tontonan dalam sebulan.


8. Ryan ToysReview

Hanya bermain dengan permainan, superstar cilik itu mampu menjana pendapatan $11 juta (RM45.82 juta) sekali gus menjadikan dirinya satu-satunya kanak-kanak berusia tujuh tahun yang mampu mendapatkan 14 juta langganan dalam tempoh tiga tahun.

Rancangan yang menerima 19 juta langganan itu dikatakan memberi kesan kepada industri permainan berbanding gelombang tsunami dibawa PewDiePie dan setakat ini, video paling popular berjaya menarik perhatian ramai ialah 'Huge Eggs Surprise Toys Challenge' dengan 1.3 bilion tontonan.


9. Smosh

Boleh dikatakan antara saluran Youtube paling lama sejak pelawak slapstick duo, Hecox dan Anthony Padilla menyertai platform itu pada 2005. Bertahun lamanya mereka menghasilkan parodi lucu dan muzik video permainan ikonik sehingga dikenali ramai.

Bagaimanapun, banyak berlaku perubahan drastik selepas Padilla mengumumkan untuk mengundur diri. Pun begitu, Smosh masih mampu mencapai pendapatan sehingga $11 juta (RM45.82 juta) dengan 24 juta langganan. Selepas pengurusan baharu ambil alih, krew lama masih dikekalkan dan kini beroperasi di pejabat Mythical Entertainment's Los Angeles.


10. Lilly Singh

Satu-satunya bintang Youtube wanita yang mempunyai pendapatan $10.5 juta (RM43.74 juta) dengan 14 juta langganan seterusnya menduduki carta ke-10 paling kaya di dunia.

Bukan sahaja seorang vlogger warganegara Kanada, Lilly yang juga seorang produser video komedi dan penyanyi itu menjadi tulang belakang dalam pembikinan Superwoman yang cukup terkenal.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2019 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang ah. Cuba gugel beauty influencers macam Bretman Rock, James Charles segala itu, yang punya followers berjuta walau cakap merapu jah, dari takda hapa2 lansung jadik kaya raya jutawan sampai mampo beli rumah macam yestana segala dalam tempoh kurang dari 5 tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Cuma, Malaysia ini saja akak tatau, dah wujud ka self-made millionaire/s tempatan hasil buat bidyo Youtube jah?
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Asdan replied at 12-12-2019 10:40 AM
tanya sikit, kalau buat video ceramah, boleh jadi youtuber ke ?

Blh..bnyk je org buat.tp ceramah xde la bjuta org tgk..x mcm MLM
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 11:10 AM | Show all posts
Kalau utk market Malaysia, lupakan ajelah sebab kecik sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 11:12 AM | Show all posts
Asdan replied at 12-12-2019 10:40 AM
tanya sikit, kalau buat video ceramah, boleh jadi youtuber ke ?

boleh je jgn bertentang sudah le
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2019 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 12-12-2019 10:47 AM
Cuma, Malaysia ini saja akak tatau, dah wujud ka self-made millionaire/s tempatan hasil buat bidyo Y ...

ramai je mcm alieff irfan, syahmi sazli, kokom
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2019 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg perlu dikejar
jumlah view
jumlah subscriber
dah layak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2019 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat malaysia kekonon shila amzah kaya sbb jadik youtuber. Katanya la. realiti tak tahu
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 11:40 AM | Show all posts
Asdan replied at 12-12-2019 10:40 AM
tanya sikit, kalau buat video ceramah, boleh jadi youtuber ke ?

point utama buat video utk dptkn view yg byk..dan subscribe yg tinggi..
itu saja..jd kena tahu lah selera rakyat msia nak video2 yg mcmana
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 11:41 AM | Show all posts
aku rasa ini peluang yg sangat bagus lah tapi kena usaha supaya dpt hilangkan halangan untuk dapat market yg lebih luas hingga kepringkat dunia.

klu ada anak kecil boleh bagi pendedahan untuk manipulate kelebihan youtube ni supaya mungkin dpt duit sampingan nanti. tak perlu juta2 semua tu buat permulaan.. mula2 dpt skit pun dah cukup.

fikirlah betul2 content mcm mana yg mau dipelopori, jenis2 yg ckp2  merapu ker.. hahaha jgn hairan ckp merapu pun ada orang yg minat dengar sebab terhibur , content ilmu mcm brightside tu ker... review ker etc



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2019 11:47 AM | Show all posts
itu sebab asal video dlm WhatsApp viral je mesti ada yg cepat2 upload dlm YT
satu lagi cara nk create byk video view ialah buat kontroversi
so semakin byk la selebriti semua isu nk diulas walaupun bukan bidang dia
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
RED 666 replied at 12-12-2019 11:21 AM
ramai je mcm alieff irfan, syahmi sazli, kokom

Millionaire ka? Chu sure? Puluh ribu pendapatan bulanan, iya akak pircaya. But untuk sampai tahap millionaire, akak masih skeptikal.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 01:12 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 12-12-2019 10:47 AM
Cuma, Malaysia ini saja akak tatau, dah wujud ka self-made millionaire/s tempatan hasil buat bidyo Y ...

30 juta penduduk...hmmmmm

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 12-12-2019 01:23 PM

Btw, list di atas ni, 2019 punya ka? Sebab if ikut 2018 Forbes, seingat akak, si budak kecik RyanToysReview Youtuber paling kaya di dunia dengan pendapatan 22 juta tahun lepas. Dan motif Jeffree Star takda dalam list?
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 12-12-2019 10:47 AM
Cuma, Malaysia ini saja akak tatau, dah wujud ka self-made millionaire/s tempatan hasil buat bidyo Y ...

1juta average 3k sis
klau subscriber 1 juta rate lain... tp kena ingat yg kaya tu bkn sbb iklan utube la.. sbb pndpt lain.. tukang review produk.. tmbh2 influencer tu...

kat msia standard bodoh mcm alif syukri menangis ikan mati bleh la cover kos balik dgn jual cite bodoh wakaka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2019 01:32 PM | Show all posts
ok nak jadi influencer juga lah.. nak kaya cepat
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Dengarnya youtube nak stop menggaji channel yg tak sampai 10k subscribers dalam setahun.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 12-12-2019 01:21 PM
Btw, list di atas ni, 2019 punya ka? Sebab if ikut 2018 Forbes, seingat akak, si budak kecik RyanToy ...

Channel Budak kecik perempuan russia ramai juga org tgk. Ada satu video sampai 150 juta view.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 01:57 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 12-12-2019 01:21 PM
Btw, list di atas ni, 2019 punya ka? Sebab if ikut 2018 Forbes, seingat akak, si budak kecik RyanToy ...

kann why jefrrey star takde dalam list
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:15 PM GMT+8 , Processed in 0.245931 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list