View: 1297|Reply: 9
|
[Tempatan]
Di Kuching pulak, lagi kes remaja nyaris kena rogol dengan datuk tiri
[Copy link]
|
|
Remaja perempuan tingkatan dua nyaris dirogol datuk tiri
Disember 12, 2019 23:58 MYT
KUCHING: Seorang remaja perempuan berjaya menyelamatkan dirinya daripada menjadi mangsa nafsu serakah datuk tirinya selepas menggigit suspek ketika cuba dirogol.
Kejadian dilaporkan berlaku di rumah suspek di Taman Matang Jaya di sini sekitar jam 3 petang Rabu, ketika pelajar tingkatan dua itu sedang bermain telefon bimbit di ruang tamu.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata susulan laporan yang dibuat mangsa semalam, suspek berusia 58 tahun yang merupakan sub-kontraktor pembinaan jalan sudah pun ditangkap pada Khamis.
Katanya, suspek melakukan perbuatan terkutuk itu dengan menolak mangsa sehingga terbaring dan terus menarik baju ke paras dada serta meraba bahagian sulit mangsa.
"Suspek telah mencekup mulut mangsa dengan tangan kiri dan terus menindihnya di atas katil.
"Mangsa meronta-ronta lalu menggigit lengan kiri suspek menyebabkan dia bangun lalu beredar keluar rumah tanpa berkata apa-apa," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Aidil berkata selepas kejadian, mangsa terus menghubungi ibunya yang sedang bekerja bagi menceritakan mengenai kejadian dan ibunya kemudian membawanya ke Balai Polis Gita untuk membuat laporan.
Menurutnya, mangsa merupakan anak sulung daripada dua adik-beradik, manakala suspek merupakan datuk tirinya dan mempunyai dua orang isteri.
Katanya semasa kejadian, hanya mangsa dan adiknya yang berumur 10 tahun berada di rumah manakala neneknya tidak berada di situ. |
|
|
|
|
|
|
|
Jijik laa datokk .. |
|
|
|
|
|
|
|
Ganas nye. Isteri dah la 2 . Pi la tambah ada 2 quota lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Ee bodoh. Dah la baru 58 tahun. Traumanye lah si budak tu |
|
|
|
|
|
|
|
jantan ni, apa yang dia fikir |
|
|
|
|
|
|
|
Syabas nak
Berkat xputus usaha melawan, terbantut terus niat si tua kutuk tu |
|
|
|
|
|
|
|
Byk kes sumbang mahram di sarawak selain di kelantan & t"ganu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Pink_Purple replied at 13-12-2019 11:20 PM
jantan ni, apa yang dia fikir
Jantan2 sangap ni pikir sx jah.. Jenis tak da benda nak dibuat.. Layan porn..
Sampai sanggup rosakkan ahli keluarga |
|
|
|
|
|
|
|
Ed_Lyn replied at 15-12-2019 06:25 PM
Byk kes sumbang mahram di sarawak selain di kelantan & t"ganu...
Kata si Arvind, ni semua terjadi sebab pengaruh dari Malaya.. ikutkan kat sana baik2 aja.. tapi tu la, sana mudah sangat terpengaruh dengan apa yg terjadi di Malaya ni..
dan rasanya, pakcik ni mesti suka makan ikan. Sumpahan ikan bak kata ARSEdan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni mesti orang Malaya ni!!
Orang sabah serawak semua hidup toleransi sesama kaum boleh minum Kopi makan nasi semeja.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|