CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33682|Reply: 245

Elly Mazlein dapat hadiah kondo dari tunang

[Copy link]
Post time 12-12-2019 12:40 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 12-12-2019 06:20 PM

Kondo hadiah tunang Elly Mazlein

  


KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pengacara, Elly Mazlein, tidak dapat menyembunyikan perasaan terharu apabila menerima hadiah sebuah kondominium daripada bakal suami menjelang hari pertunangan mereka.
Dia yang berkongsi kegembiraan itu dalam satu rakaman yang dimuat naik menerusi akaun Instagram, memaklumkan bakal suaminya turut memberikan sejumlah wang untuk membeli kelengkapan sebagai persediaan hari bahagia mereka.

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 39, ketika dihubungi BH Online berkata, dia masih belum membuat keputusan sama ada mahu mendiami kediaman itu atau sebaliknya.

Namun, dia dan bakal suaminya yang hanya diperkenalkan sebagai Azlan, 29, sudah merancang untuk terlebih dahulu menghiasi kondominium tiga bilik itu.

“Alhamdulillah, bakal suami berusaha membelikan rumah hasil titik peluhnya bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Saya berharap kemanisan ini akan berpanjangan.

“Saya cukup terharu melihat kesungguhan bakal suami, terutama layanan baiknya terhadap saya dan anak, Putri Sara Sefhia. Dia menjadikan saya wanita paling bahagia dengan kehadirannya.

“Saya tidak memilih siapa bakal suami, asalkan dia dapat memenangi hati anak, bapa dan ahli keluarga yang lain. Itu sudah cukup menggembirakan hati saya.

“Paling penting, dia menyayangi saya dan anak dengan sepenuh jiwa, bertanggungjawab dan mempunyai kerjaya tetap. Pada mata saya, bakal suami insan yang terlalu hebat,” katanya yang mengenali jejaka berasal dari Kelantan itu sejak Ogos tahun lalu.

Ditanya mengenai tarikh pertunangan mereka, penyanyi lagu Bakawali itu berkata, perkara itu akan diumum menerusi saluran YouTube, Dunia Elly Mazlein dalam masa terdekat.

“Mengikut perancangan, majlis itu akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), sedikit masa lagi,” kata pengacara program Mentor Milienia 2019 itu.

Sempena meraikan majlis pertunangannya, Elly turut mengambil peluang berkongsi rezeki dengan 20 peminat bertuah yang mengikuti saluran YouTube miliknya.

“Wang tunai RM200 untuk setiap seorang itu adalah cara saya berkongsi rezeki dengan peminat. Mereka yang ingin memenangi wang tunai itu perlu mengikuti saluran YouTube saya.

“Pada mulanya, saya merancang memberikan wang tunai kepada lima peminat bertuah, namun apabila ada rezeki lebih dan ramai yang berhasrat membeli kelengkapan sekolah, saya tambah kepada 20 pemenang,” katanya.

Elly sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia tiga tahun. Mereka bagaimanapun, berpisah pada 15 Oktober 2015.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-12-2019 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Hanya mampu bagi kondom..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh..calon suami Dari Kelantan ke...harap bukan seperti Abe pijo
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 12:44 PM | Show all posts
Da tu nk kawinnye bile. Jangan jadi Zara Zya lak. Kemahen laki belikan adiah last2 kang duit sendiri jugakk yg keluar. Matanglah Eli. Masa ni ko top. Saving la sket.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 12:45 PM | Show all posts
baca boleh...nak percaya tu agak susah
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 01:03 PM | Show all posts
fealefea replied at 12-12-2019 12:44 PM
Da tu nk kawinnye bile. Jangan jadi Zara Zya lak. Kemahen laki belikan adiah last2 kang duit sendiri ...

Aku pun rasa elly yang top up majlis gilang gemilang kelak.
Jangan la membazir. Kalau betul bakal suami terhebat pun jangan la kita lupa.
Elly sendiri ada pengalaman dengan bekas suami.
Nak gembira atau buat apa yang impikan boleh tapi beringat.
Hujung2 bila bercerai tuntut hutang majlis tak bayar lagi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2019 01:09 PM | Show all posts
fealefea replied at 12-12-2019 12:44 PM
Da tu nk kawinnye bile. Jangan jadi Zara Zya lak. Kemahen laki belikan adiah last2 kang duit sendiri ...

Yang ini duit sponsor ..... 100 %


Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 01:12 PM | Show all posts
eeee nak tengok wajahnyaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2019 01:13 PM | Show all posts
MatDeghem replied at 12-12-2019 01:09 PM
Yang ini duit sponsor ..... 100 %

Dgn ex laki dia dulu siap berkereta kuda bagai. Ujong2 tuntut duit majlis bile bercerai.

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
tok laki gomen ke..okay la tu...janji dpat menjamin hdup kak pom pom...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 01:17 PM | Show all posts
laki dia bukan cikgu je ke.. iols susah nak percaya cerita2 ni..
sheols nk puja laki tu tp mcm over lak..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Zmn hidup penuh pancaroba ni.  Eloklah majlis tunang, majlis kawen buat sesederhana yg boleh.. Gittew nasehat dr mak ustajah 1212..sbb 1819 dah ada setad amik
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca tajuk aku xleh nak bersangka baik kondo tu 100% duit laki
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
sorry,x penah ada soft spot kat dia ni..kes mencaras n berangan princess sokmo dia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 01:49 PM | Show all posts
Can these people stop telling the world yang laki/tunang/bf diorang ni byk duit.
Ni memancing byk pihak sebenarnye.
BTW, bukan bakal laki cikgu ke?
Banyak nau duit cikgu bg hadiah kondo, esp untuk org yg belum hakiki jd pasangan hidup
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
ais_kosong replied at 12-12-2019 01:03 PM
Aku pun rasa elly yang top up majlis gilang gemilang kelak.
Jangan la membazir. Kalau betul bakal ...

Bukan staff gomen gred n17 je ke tunang sheols
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2019 01:58 PM | Show all posts
nw111 replied at 12-12-2019 01:52 PM
Bukan staff gomen gred n17 je ke tunang sheols

N17 ke??? adoiiiii...
Dia ni betul2 tak serik.. Time bercinta semua indah.
Dok serumah baru tahu mcm mana perangainya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
kondo ke apartment
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
ais_kosong replied at 12-12-2019 01:58 PM
N17 ke??? adoiiiii...
Dia ni betul2 tak serik.. Time bercinta semua indah.
Dok serumah baru tah ...

Entah... Mcm ada baca somewhere.. Tapi ada yg ckp ticer pulak.. Tapi ikut logic.. Kalau ticer pun at the age of 29, takkan mampu nk bg hadiah condo hokehh... Unless dia dr family kaya or dia ambik loan gomen, beli kondo kat tumpat, then bg hadiah kt pompom
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2019 02:15 PM | Show all posts
ya la tu hadiah

kalau beli cash pastu dia letak nama ko ok la

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 02:33 AM GMT+8 , Processed in 0.174608 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list