CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1421|Reply: 7

[Dunia] Bapa nak bagi 300 ekor babi jika sanggup kahwin dengan anak gadisnya

[Copy link]
Post time 13-12-2019 12:22 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 13-12-2019 12:23 PM

Bapa tawar 300 ekor babi jika kahwini anak gadisnya


Pelik tetapi ia perkara benar, apabila seorang bapa bersungguh-sungguh mencari lelaki yang sanggup berkahwin dengan anak perempuannya yang memang cantik.

Namun dalam kecantikan itu, terdapat satu masalah yang mungkin dihadapi iaitu Zhang Zhiyuan merupakan gadis yang menternak babi.

Terletak di wilayah Henan, China dan bapanya turut meletakkan tawaran kepada mana-mana lelaki dengan memberi 300 ekor babi kepada pemuda yang sanggup menikahi anak gadisnya.

Sin Chew Daily melaporkan, lelaki itu bertindak demikian kerana bimbang tiada siapa mahu menikahi anaknya yang bekerja sebagai penternak babi hitam di daerah Luanchuan.

Dek kerana kerjaya yang kurang popular itu, Zhang Zhiyuan masih belum memiliki pasangan.
Zhang Zhiyuan merupakan pelajar berkelulusan universiti dan pulang ke kampung halaman untuk mengembangkan perniagaan keluarganya.

Namun, permintaan tinggi babi hitam di pasaran membuatkan gadis cantik berusia 24 tahun itu tiada masa untuk bercinta.
Sehingga kini, Zhang Zhiyuan menguruskan hampir 2,000 ekor babi yang diternak di ladang keluarganya.

Ditanya mengenai ciri-ciri lelaki idamannya, Zhang Zhiyuan berkata, dia tidak memilih asalkan bakal suaminya mampu mengangkat babi.
Kisah bapa mencarikan pasangan buat anak gadis mereka bukan pertama kali dilaporkan di media.

Pada Mac lalu, seorang bapa yang juga usahawan durian menawarkan wang tunai 10 juta baht (RM1.28 juta) termasuk asetnya kepada mana-mana lelaki bertuah yang boleh memikat hati anak perempuannya untuk dijadikan isteri.

Anont Rotthong dari selatan wilayah Chumphon menulis di akaun Facebook untuk mencari pasangan anaknya, Kansita Rotthong, 26, selain mahu
lelaki itu meneruskan perniagaan duriannya.

Tindakan Anont menyebabkan dia dihujani panggilan telefon selain mendakwa kira-kira 10,000 lelaki menunjukkan minat terhadap anaknya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-12-2019 12:23 PM | Show all posts
Klau tukar dgn kambing diri ini sanggup berhijarah ke negara China..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2019 12:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2019 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 13-12-2019 12:24 PM
cc @dodolgemok

Hahahahaah.. Tersedak aku baca.. Hahahha
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2019 12:43 PM | Show all posts
hai pemakan babi tak nak kawin ngan penternak babi?  
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2019 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
sib baik ba alif ba ya..kalau lembu ke kambing ramai dah laki melayu hijrah p sana uncle
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2019 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg dkt Thai Tu, last bapak dia tarik blk offer. Org kecam bapa Tu sbb akhirnya nmpk sgt nk viral utk lakukan bisnes.

Hat kat China ni pun maybe just another business stunt.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2019 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga sampailah jodoh anaknya tu.. Cantik je orangnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.514201 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list