CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1993|Reply: 1

realme 5s Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia, Dengan 48MP!

[Copy link]
Post time 13-12-2019 04:56 PM | Show all posts |Read mode
realme Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran rasmi model terbarunya, realme 5s dengan 48MP AI Quad Camera dan juga bateri berkapasiti 5000mAh. Ini adalah tawaran berkelas flagship dengan kualiti fotografi definisi ultra tinggi dan prestasi bateri yang gagah. Penambahan ahli keluarga kepada siri kelima realme ini memberi satu lagi pilihan yang bersesuaian dengan kehendak rakyat Malaysia.

“Sejak pelancaran siri kelima realme baru-baru ini, ianya diterima baik rakyat Malaysia dan kita juga mendapat banyak maklum balas positif.  Paling menjadi tumpuan bagi siri realme 5 adalah ia merupakan produk pertama dalam julat harganya dengan ciri quad kamera. Untuk kali ini, kami melihat realme 5s sebagai satu lonjakan ke hadapan bagi segmen harganya, dengan reka bentuk yang menarik juga prestasi yang diidamkan pengguna,”kata Tiffany Teh, Pengurus Jenama realme Malaysia.







realme 5s - 48MP AI  Quad Camera PowerHero
Kali ini, realme telah meningkatkan lagi sistem kamera dengan konfigurasi 48MP AI Quad Camera yang baharu. Ini membawa pengguna ke tahap pengalaman fotografi definisi ultra tinggi. Berbanding dengan produk sebelumnya iaitu realme 5, 48MP AI quad-kamera yang baru dinaik taraf boleh mengambil gambar 4 kali lebih jelas, menggunakan sensor ISOCELL GM1 dengan resolusi setinggi 8000x6000. Dalam tetapan yang terang, kameranya boleh merakam gambar dengan terperinci, kelihatan semula jadi dan jelas walaupun ketika zooming atau cropping.

realme 5s juga menyokong fungsi pengimejan inovatif yang lain, termasuk Super Nightscape 2.0 dan ChromaBoost. Ciri-ciri ini digabungkan dengan teknologi AI dan ISP yang ditingkatkan (Image Signal Processor) dan Spectra 165.

Kelebihan realme 5s adalah dapat merakam video resolusi 4K melalui sudut ultra 119°. Selain itu, ia juga menyokong video perlahan dalam 240fps dan resolusi 720P. Kini sesiapa sahaja boleh mengambil gambar dan video seperti profesional dengan mudah dengan ciri imej realme 5s yang dipertingkatkan melebihi tahap harga yang ditetapkan.


Model ini dikuasakan oleh cip pemproses 11nm Qualcomm Snapdragon 665 dengan bateri sebesar 5000mAh memastikan prestasi yang utuh dan jangka bateri yang hebat. Bagi skrin, realme 5s didatangkan dengan skrin sebesar 6.5-inci, memberikan pengalaman tontonan video dan permainan yang lebih baik.






Tampak moden dan bergaya, realme 5s boleh didapati dengan corak warna klasik hologram dengan reka bentuk potongan berlian. Ia boleh didapati dengan warna Crystal Blue dan warna baharu Crystal Red.







Secara eksklusif, realme 5s akan mula dijual di pengedar sah realme seluruh negara https://myrealme.my/locate-us/ bermula 14 Disember 2019. Manakala, bagi pembelian secara online, realme 5s akan dijual di Shopee http://bit.ly/realme5smy bermula 19 Disember 2019.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang acara dan promosi kami, ikuti kami di halaman Facebook dan Instagram di @realmemalaysia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2020 12:15 PM | Show all posts
sebulan lalu dah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.085754 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list