CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21191|Reply: 153

"Cari Sukarelawan Walhal Caj Peserta Berpuluh Ribu!" - Azizan Osman Di

  [Copy link]
Post time 30-12-2019 10:25 AM | Show all posts |Read mode




Apabila pakar motivasi terkenal, Azizan Osman membuat programnya lalu mengajak bekas peserta menjadi krew sukarela, ada warganet mendakwa itu cara golongan ini menjadi kaya. Bagi mereka, program yang cuma berteraskan air liur, mengenakan yuran berpuluh ribu kepada setiap peserta tetapi mengerah orang bekerja percuma adalah satu kebodohan. Ianya hanya akan mengkayakan lagi puak kapitalis ini!





Twitter





Menurut warganet tersebut, cara syarikat ini bekerja adalah tidak wajar kerana memerah tenaga orang lain semata-mata untuk mencapai cita-cita mereka. Sedangkan dalam masa sama, Azizan sendiri mampu untuk membayar kerana yurannya untuk program premium juga mahal, jadi mengapa mahukan khidmat orang secara percuma?



FB



Biarpun ianya telah diterangkan secara terperinci bahawa tiada sebarang bayaran kepada sukarela, tetapi masih ramai yang ingin menawarkan khidmat mereka, kenapa begitu obses?



  



Dengan tagline "Berkhidmat Kepada Guru", syarikat ini juga mendedahkan peserta supaya berdoa untuk dimakbulkan permintaan mereka. Malahan ada juga yang menceritakan pengalaman buruk mereka ketika berhadapan dengan syarikat ini. Hal ini lah yang membuatkan segelintir warganet menganggap Azizan Osman sebagai penunggang agama!





Twitter





Bagaimanapun, tidak semua mempunyai pandangan sama, ada juga yang menyatakan program tersebut sebenarnya untuk bekas peserta yang pernah menghadiri programnya. Jadi dengan menjadi sukarelawan, mereka akan mendapat ilmu yang sama tanpa membayar, sekadar mencurahkan tenaga sahaja.



FB



Pelbagai pendapat yang dilontarkan oleh kedua-dua pihak. Masing-masing mempunyai hujah tersendiri untuk menegakkan kewajaran kenyataan mereka. Jadi, tepuk dada tanyalah selera ya. - CARI




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2019 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh betul siapa yg taksub dgn geng2 ni termasuk si afnan rosli tu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2019 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
ada lagi ke yg join benda2 gini..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2019 10:42 AM | Show all posts
super bodoh
keje free
org tu gak yg makin penuh poket

yg spend duit byk2 lagila bodo
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2019 10:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Hahahahahha...mamat ni scammer plg besar kat msia.. ritu siakapcencarut tu dok promo kekkonon melayu pertama menang award peringkat global..pdhl byr slot tu utk bg viral..klu bc kt page Aididmuadib si mickey mouse ni mmg penipu..Cobra USA heols smpi skrg xnmpk batang hidung..xpernah tgk heols xmenipu..semua ank didik dia pon mostly scammer cth si kimi yg songlap duit org..yg mmg dah berniaga dan dah berjaya tu..itu based on their on effort..tips given mostly dr buku2 english yg rege below 100 je..
Style mcm dia buat tu..syarikat C buat xcaj harga yahudi mcm heols pon..
Kwn iols dah ade kena tipu dgn pakej premier heols..
Staff dia sendiri dah beberapa org dtg minta keje kt pejabat iols ckp keje dgn mickey ni hazabedah tindas org betul..byr gaji gila ciput..siap xde OT tp workload keje bg mcm si Dato Terlajak tu..10 in 1...bangsa melayu cmni la patut di lenyapkan dr dunia ni..kawen pon dgn kwn uni iols yg kaki caras dan scandal dgn laki org non stop..nak cleanse panggil la habib buat majlis ngaji selawat sikit..lepas tu berjoget2 lagi dlm dewan habis tek2 bgoyang sana sini dgn chicken dance heols.siyesly perosak ugama!
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2019 10:58 AM | Show all posts
biasa la, org yang pernah join program dia tak kan nak mengaku bodoh sbb dah terjoin. harus la back up, kang termalu pulak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2019 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg xblh blah..si golongan puja taksub heols ni..siap xkisah byr mahal cekik darah panggil doktor phD pdhal penipu..

Byr mahal2 atas air liur heols yg xubah pape..
Mmg apa dia ajar 85% ilmu berniaga..tp overprice gila dia caj sbb same thing can be found in any bisnes books out there..

Melayu tak suka mmbaca.Lebih rela Byr mahal2 siap kena taat segala mala perintah mentor(eh dah mcm pengikut clan siap berlumba amik pakej paling mahal konon nak serap segala ilmu heols)

Eh..tkena hypnotized ke apa ni..siap xkisah siapa dia lps dia kantoi title doktor bogus..

Logically..if without title is ok,then kenapa he still nk pakai? Penipu takkan berhenti kencing org..Kebaikan yang sedikit takkan menidakkan penipuan yang banyak..
Fake it until u make it izit?? matlamat xmenghalalkan cara lah..sebab tu byk student ko pon ikut melingkup...sbb xberkat
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2019 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Dari bayar 75k kat Dr Mickey Mouse ni.. Baik lah invest beli buku2 ilmiah dan baca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2019 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Same goes to afnan rosli supporter, masa mufti kl keluarkan kenyataan ada sesetangah ajaran dia menyimpan his follower yg mostly perempuan siap tanya dalil apa yg mufti pakai untuk cakap sesetengah ajaran afnan rosli tu salah..siap cakap lebih percaya afnan rosli dari muftim
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2019 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
legal_jue11: Bodoh betul siapa yg taksub dgn geng2 ni termasuk si afnan rosli tu..


Afnan Rosli tu pun, charge mahal mahal. Ada group Facebook secret punya, charge jugak nak masuk group tu. Sekali lepas kena attack hari tu, didelete nya semua content. Ada yg baru masuk, tak sempat tengok pun video video dlm tu. Rugi mcm tu je. Ramai yg minta refund. Ada yg dah dpt, ada yg masih menunggu dah berbulan-bulan. Whatsapp tak balas.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2019 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada office mate I dulu, pegi program dia ni. Balik tu kemain terangkat dia puji AO ni. Lepas beberapa bulan dia quit kerja sbb terpengaruh dgn AO yg buat bisnes tu lagi bagus drpd makan gaji. Now taktau business dia mcm mana.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2019 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Kawan2 aku engineer dan tak engineer pun sibuk p program dia..dok book slot bagai..biar betik..org pandai pun senang kena manipulate ..like whutttt
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2019 11:43 AM | Show all posts
guna ayat berkhidmat kepada guru....

macam atok la...berkhidmat kepada rakyat konon....tp suh rakyat yg ikat perut....#donepolitik
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2019 11:47 AM | Show all posts
Hari tu kawan aku ada tanya aku.. boleh buat duit ker jadi motivator or kerja2 bercakap ni la.. soalan ni tercetus bila kitorang terpandnag promoboard si Najib Asadok ker apa ntah nama dia.. member aku cakap ramai giler pegi program dia tap 95% perempuan.. jadi aku pun cakap ko tgk la penampilan dia..  lagi satu aku cakap mau tak kaya klu ko charge satu program RM500/orang contoh.. klu 1000 orang mau tak ko dapat 500k (Aku siap tekan calculator..) setakat nak bayau hall hotel 5 star pun takde masaalah... lagi2 jenis muka2 jambu kategori pecah ovari ni.. laku noks
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2019 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
dah nk masuk thn 2020 nih masih ada lg ke percayakan si gemuk nih
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2019 12:31 PM | Show all posts
sarah82 replied at 30-12-2019 11:08 AM
Dari bayar 75k kat Dr Mickey Mouse ni.. Baik lah invest beli buku2 ilmiah dan baca

yang ni setuju 100%..padahal boleh je beli buku motivasi tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2019 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Bergosip at 30-12-2019 12:49 PM

Wait, azizan osman ni dia legit ada pendidikan dalam bidang perniagaan/pemasaran ke? Atau dia ada perniagaan sendiri yang untung berjuta2 sampai dia boleh bagi talk tentang perniagaan ni ?

Saya stalk beberapa page IG pakar motivasi (khusus dalam bidang perniagaan), ada yang tak layak untuk bagi talk.

1. Pakar motivasi bidang perniagaan. Bergroup dengan adik/abang. Ada isteri dan isteri turut terlibat dalan talk. Tapi bila saya stalk account isteri dia. Isteri dia pernah buat bisnes tudung tapi tak maju dan tutup. Kalau dorang memang pakar motivasi dalam bidang perniagaan, mestilah perniagaan isteri dia akan maju dan untung berjuta2 kan. Layak ke dia dan isteri dia bagi talk?

2. Pakar motivasi dalam bidang perniagaan dan ada bisnes baju dulu. Ada kontroversi tentang bisnes baju dia dan akhirnya dia stop dan tutup kedai. What the hell, sebagai seorang pakar motivasi dalam bidang perniagaan tapi tak boleh nak control perniagaan sendiri. Fail. Fail . Layak ke dia bagi talk?

Kepada yang nak berniaga sendiri. Kerajaan pon ada buat program macam ni.
Kenapa ahli perniagaan yang betul2 berjaya tak buat talk motivasi macam ni eh? Yang legit berjaya bukan scam.

Macam dalam scene drama "Kampung People". Laila/Ros jual kek pandan dan baru dapat untung sikit tapi dah sibuk nak ajar orang tentang bisnes. Hahaha, hentaman dalam diam.  
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2019 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
chicozinn replied at 30-12-2019 12:31 PM
yang ni setuju 100%..padahal boleh je beli buku motivasi tu..

Katakan habis 5k sebab beli buku byk kan. Baki tu boleh digunakan sebagai modal perniagaan dan labur kat pelaburan yg menguntungkan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2019 12:47 PM | Show all posts
sarah82 replied at 30-12-2019 12:45 PM
Katakan habis 5k sebab beli buku byk kan. Baki tu boleh digunakan sebagai modal perniagaan dan lab ...

pastu beli buku ni kan dapat pelepasan cukai..masuk program rega sebijik kete @ sebijik rumah ni dpat pelepasan cukai ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2019 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Berkhidmat Kepada Guru? Hahaha.. mamat ni punya next life goal nak jadi mcm Sai Baba pulak ke? OMG!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
[Edisi tahniah] Selamat Pengantin baru Afifah Nasir!
doubleA[Edisi tahniah] Selamat Pengantin baru A
Views : 27720 Replies : 214
Akibat Boros Duit KWSP RM700,000 ‘Licin’ Dalam Masa Tiga Tahun, terpaksa bekerja semula di umur 70 tahun kerana terdapat komitmen besar seperti kad kredit dan pinjaman rumah
YgBenarAkibat Boros Duit KWSP RM700,000 ‘Licin
Views : 19943 Replies : 218
Eizlan Yusuf selamat bernikah
BoomibulatEizlan Yusuf selamat bernikah
Views : 22493 Replies : 135
Suami kecewa isteri yang dinikahi selama ini rupanya lelaki
mojarean_XSuami kecewa isteri yang dinikahi selama
Views : 7450 Replies : 43
PMX kata penjawat awam yang lembab dan bermasalah tidak naik gaji secara automatik.
YgBenarPMX kata penjawat awam yang lembab dan b
Views : 19834 Replies : 24
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 25627 Replies : 175
tajuk apa yg sesuai
Mrperfect2tajuk apa yg sesuai
Views : 7074 Replies : 32
Isteri curang?
Lavender85Isteri curang?
Views : 9501 Replies : 31
comel
rospinkicomel
Views : 7133 Replies : 46

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.074297 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list