John Wick 3 : Parabellum telah ditayangkan tahun 2019 di seluruh dunia. Penulis berkesempatan menontonnya dan jujur, saya tertarik dengan jalan ceritanya. Hal ini membuatkan saya tertarik untuk menonton 1st dan 2nd installment kepada filem ini. Ternyata, filem pertama untuk trilogi ini, iaitu John Wick 1, sudah berjaya menarik perhatian saya. Mari penulis kongsikan pendapat mengenai filem ini.
John Wick (Keanu Reeves) bersama anjingnya, Daisy
SUMBER : Dead Dogs, Gun fu And Keanu Reeves: How 'John Wick Chapter 1&2' Deconstructed The Action Genre, thefilmera.com
John Wick ialah bekas pembunuh upahan profesional yang telah bersara selama lima tahun. Dia memutuskan untuk bersara kerana ingin bersama dengan seorang wanita yang juga merupakan isterinya, Helen. Malang baginya, Helen telah meninggal dunia disebabkan oleh penyakit yang tidak boleh dirawat. John sangat bersedih atas kematian isterinya. Pada malam hari isterinya dikebumikan, John telah menerima hadiah daripada mendiang isterinya. Hadiah yang berupa seekor anak anjing bernama Daisy itu, datang bersama dengan mesej terakhir daripada isterinya untuk membina hidup baru dan mencari kebahagiaannya sendiri.
Viggo Tarasov, bapa kepada Iosef Tarasov
SUMBER: John Wick - Baba Yaga, youtube.com
John mula membina hidup baru bersama anjing tersebut. Malang pula baginya, anjingnya telah dibunuh oleh seorang lelaki bernama Losef Tarasov yang datang bersama dengan sekumpulan gangster Rusia. Mereka memecah masuk rumahnya untuk mencuri kereta kesayangannya kereta Ford Mustang 1969, menurut sumber bestmoviecars.com. Sangat marah dengan kejadian ini, John tekad untuk membalas dendam dan kembali to his old ways.
Iosef Tarasov
SUMBER: L-R: Toby Leonard Moore as Victor, Alfie Allen as Iosef Tarasov, and Omer Barnea as Gregori in “John Wick.”, vancouversun.com
Penulis tertarik dengan filem ini, bukanlah sekadar kerana watak John Wick ini dilakonkan oleh Keanu Reeves. Diakui Keanu Reeves dapat buktikan kredibilitinya membawakan watak John Wick dengan baik. Tetapi, apa yang lebih menarik perhatian saya adalah wujudnya dua jenis dunia yang berbeza di dalam filem ini. Lebih tepat lagi, culture yang berbeza antara kehidupan John sebelum dan selepas isterinya mati, serta wujudnya culture lain yang ditunjukkan setelah anjingnya mati. Dia menunjukkan personaliti berbeza dan sisinya sebagai seorang pembunuh upahan profesional, dipadankan dengan 3-piece suit serba hitam, menyerlahkan lagi identitinya.
Winston, rakan lama John Wick
SUMBER: Winston, john-wick.fandom.com
Terdapat juga beberapa babak yang saya sukai dalam filem ini. Pertama, ketika John pergi ke sebuah hotel yang dinamakan sebagai The Continental. Dia ke sana untuk berjumpa dengan Winston yang juga merupakan pengurus hotel tersebut. Dari situ, saya dapat melihat sisi kehidupan yang berbeza, seumpama sebuah dunia yang lain daripada yang lain, tidak seperti apa yang berlaku di dunia nyata kita. Antaranya termasuklah transaksi wang menggunakan syiling emas untuk dinner reservation (merujuk kepada servis pembersihan mayat), menempah bilik hotel, serta memasuki bar di The Continental. Dari situ saya tahu yang syiling emas ini memainkan peranan besar dalam dunia John Wick.
"The Red Circle Club Fight Scene"
SUMBER: The Battle Style Behind the 'John Wick' Red Circle Club Scene, filmschoolrejects.com
Daripada aksi tembak-menembak di kelab malam The Red Circle sehinggalah kepada babak kejar-mengejar antara John Wick dengan bekas majikannya, Viggo Tarasov yang cuba melarikan diri daripadanya, filem ini padat dengan aksi dan konflik. Antara elemen yang ikonik dalam cerita ini yang dapat saya lihat adalah pemakaian suit dalam setiap pertarungan. Ya, saya tertarik dengan suit serba hitam serta suit hitam putih yang dikenakan oleh John Wick untuk menjalankan kerjanya. Selain itu, saya lihat John Wick sangat berazam tinggi. Hanya kerana anjingnya dibunuh dan keretanya dicuri, dia sanggup menggadaikan nyawanya sendiri sehingga dendamnya terbalas, iaitu membunuh Iosef Tarasov.
John membunuh Iosef dengan satu headshot
SUMBER: iosef tarasov, Tumblr, tumblr.com
John is a man of focus. Commitment. Sheer will. Something you know very little about. Jangan lupa ya untuk tonton filem ini! Penulis beri 8/10! - CARI |