Edited by masdiana-ana at 2-1-2020 05:47 PM
Sejak mula ditayangkan akhir bulan disember thn lepas setiap episode Kampung People sentiasa menjadi treading di media sosial.Pada episod ke-10 malam tadi, drama lakonan mantap Elly Mazlein, Rashidi Ishak, Riena Diana, Kamarul Eqifshah, Hun Haqeem dan ramai lagi telah mula bermain dengan emosi penonton.
Mana tidaknya, babak dimana watak Laila lakonan Riena Diana mendapat tahu bahawa Jaafar lakonan Hun Haqeem bakal bertunang membuatkan hatinya berasa terpukul.
Lebih menyedihkan, dia pada awalnya tidak tahu dan perkara itu hanya diketahui selepas membaca kad undangan pertunangan tersebut. Babak tersebut telah rancak dibualkan di media sosial kerana rata-rata netizen berasa sedih melihat Laila yang telah menaruh hati kepada pemuda tersebut.
Oleh hal yang demikian, ramai yang menyamakan situasi dihadapi Laila dengan keadaan realiti masing-masing.
Ada yang berpendapat bahawa babak itu sering terjadi dalam kehidupan sebenar apabila ada sesetengah lelaki yang berbuat baik dengan wanita namun disalah anggap sehingga mengundang rasa cinta yang bertepuk sebelah tangan sahaja.
Drama yang hanya berbaki 3 episod lagi telah menjadi Viral dan bualan ramai kerana jalan ceritanya yang begitu santai dan menyenangkan serta penuh dengan elemen kehidupan sebenar. Ia juga padat dengan gelak ketawa ekoran daripada telatah ‘gila-gila’ barisan pelakonnya.
Jadi agaknya apakah kesudahan hubungan antara jerfer dan laila ?
|