"Wahai menteri-menteri maha tongong lagi maha tak guna yang tak reti buat kerja."
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202001/07/115526iyaaw2mbyywy2yiq.jpg) Kredit foto: IG
Wah, marah benar bunyinya tu. Kenapa Norish Karman bising-bising dengan menteri ni?
Menerusi IG Storynya, pelakon dan usahawan itu rupanya terkilan apabila menteri kesayangannya, Dr Maszlee Malik meletak jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia, baru-baru ini.
Katanya, pengunduran Maszlee itu tidak sepatutnya berlaku.
Aku suara rakyat
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202001/07/115526pkg6bzp0bg61daza.jpg) Kredit foto: IG/Murai
"Apa kata kamu-kamu tu letak jawatan.
"Tak malu ke dengan 'yang muliahati' Dr Maszlee yang bekerja betul-betul tapi terpaksa letak jawatan," persoalnya.
Menteri kesayangan dah letak jawatan
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202001/07/115526ebz4c45ccdvsz949.jpg) Kredit foto: IG
Sebelum ini, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin juga menyuarakan pandangan sama apabila menyifatkan terdapat menteri lain lebih layak mengundur diri berbanding Maszlee.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202001/07/115528ccrb0ay8qcse331r.png) Kredit foto: Twitter
Siapa lagi kongsi pandangan sama dengan Norish? - CARI |