|
Utusan Malaysia
MENURUT Pakar Pemakanan dari DEMC Hospital Shah Alam, Siti Nurhayati Ali, penggunaan minyak masak dalam menyediakan hidangan bagi tumisan mahupun gorengan perlu dihadkan dalam masakan seharian apatah lagi sekiranya minyak yang digunakan itu telah dipakai berulang kali.
Katanya, semasa menggoreng, minyak masak melepaskan sisa toksik dipanggil aldehydes yang mencemar udara dan boleh masuk ke dalam sistem pernafasan manusia.
Sisa toksik ini juga tertinggal di dalam minyak ketika menggoreng. Oleh itu, semakin kerap minyak masak digunakan berulang kali, semakin banyak sisa toksik yang terkumpul.
Makanan yang digoreng menggunakan minyak yang diguna semula akan menyerap sisa toksik aldehydes tersebut.
"Apabila seseorang makan makanan itu, ia mengundang masalah-masalah kesihatan yang serius seperti penyakit atherosclerosis (salur darah tersumbat akibat menjadi keras dan tebal), penyakit hati, penyakit jantung, penyakit alzheimer, parkinson dan barah.
"Oleh kerana itu, sebaik-baiknya minyak masak digunapakai maksimum sehingga dua atau tiga kali sahaja.
"Itupun bergantung kepada perubahan struktur atau kelikatan warna minyak berkenaan," kata Siti Nurhayati.
Beliau menambah, sekiranya minyak berkenaan telah bertukar warna dan kelikatannya, kelihatan kehitaman atau perang kehitaman, minyak berkenaan sebenarnya tidak boleh digunakan lagi dan perlu dibuang.
Siti Nurhayati juga menjelaskan minyak sisa menggoreng haiwan yang berdarah seperti ayam, ikan atau daging seelok-eloknya tidak diguna semula dan terus dibuang.
Ini kerana darah haiwan yang bercampur ke dalam minyak berkenaan akan meningkatkan kandungan karbon dan mengubah struktur asid lemaknya yang berbahaya kepada kesihatan.
"Hal ini berbeza bagi minyak hasil daripada gorengan sayur, ikan bilis, tempe, tauhu, kuih-muih dan sebagainya.
"Minyak masak berkenaan masih boleh dipakai untuk kali kedua dan ketiga asalkan tidak bertukar warna serta segala sisa gorengan didalamnya ditapis dan dibuang," katanya.
Siti Nurhayati mengakui, disebabkan mahu mengurangkan kos, kebanyakan peniaga akan menggunakan minyak masak berulangkali.
Sekiranya peniaga perlu juga menggoreng dalam minyak yang sama, gorengan berkenaan perlu dilakukan dengan cepat dan tidak perlu direndam (di dalam minyak) terlalu lama.
"Sebagai pengguna, kita perlu lebih peka dengan makanan yang dibeli dan perlu bersikap memilih terhadap gerai atau kedai makanan. Jika berkesempatan lihat dahulu sama ada minyak yang digunakan adakah telah bertukar kehitaman.
"Ini kerana minyak yang digunakan berulangkali akan bertukar menjadi gelap akibat pembentukan karbon. Minyak ini berbahaya kerana mengandungi bahan toksik HNE atau 4-hydroxy-trans-2 nonel yang tinggi," katanya.
Siti Nurhayati menambah, bukan hanya minyak yang hangus sahaja membahayakan malah makanan yang hangus seperti contoh sate, roti bakar, charkueytiau atau apa sahaja makanan yang bewarna hitam akibat sisa hangus adalah tidak elok kerana mengandungi HNE.
Pengambilan makanan hangus untuk jangka masa panjang boleh mengundang penyakit keradangan dan kanser di dalam badan.
Siti Nurhayati menerangkan, pada asasnya minyak masak terdiri daripada lemak tepu dan lemak tidak tepu. Lemak tidak tepu pula terdiri daripada dua bahagian iaitu lemak mono tidak tepu dan lemak poli tidak tepu.
Minyak kelapa sawit merupakan lemak tepu namun kebaikkannya adalah stabil digunakan untuk masakan yang memerlukan suhu yang tinggi atau masakan minyak penuh (deep fried) seperti menggoreng ayam dan daging.
"Minyak zaitun sebagai contoh adalah minyak mono tidak tepu. Minyak ini baik kerana ia mudah terurai dan akan meningkatkan kolesterol baik dalam badan.
"Contoh-contoh minyak mono lain adalah minyak kacang, minyak badam, minyak avokado dan minyak bunga matahari. Minyak-minyak ini juga mempunyai omega 3 dan 6 yang diperlukan oleh badan.
"Walaubagaimanapun, minyak tidak tepu ini tidak sesuai digunakan untuk masakan yang memerlukan jangka masa yang lama atau terdedah kepada suhu yang terlalu tinggi kerana minyak ini akan cepat hangus," katanya.
Siti Nurhayati menyarankan agar setiap isi rumah mempunyai dua jenis minyak masak iaitu minyak kelapa sawit dan minyak berasaskan lemak poli tidak tepu atau mono tidak tepu.
Gunakan minyak kelapa sawit untuk menggoreng atau deep fry manakala gunakan minyak berasaskan lemak poli tidak tepu atau mono tidak tepu seperti minyak zaitun untuk menumis atau dijadikan sos salad (salad dressing).
Namun apa pun makanan bergoreng perlu dihadkan kepada tiga kali seminggu manakala bagi hari-hari lain pilihlah cara masakan yang lebih sihat seperti sup, kukus, panggang dan gril. Apabila minyak digunakan terlalu banyak ia juga sebenarnya penyumbang kepada masalah kegemukan badan dan kolesterol yang tinggi. Rosmah Dain 1 gram (gm) minyak = 9 kalori berbanding 1 gm karbohidrat = 5 kalori 1 sudu makan minyak = 15 gram sebab itu 1 sudu makan minyak = 15 gram x 9 kalori = 135 kalori
Cuba bayangkan sekiranya minyak yang digunakan dalam jumlah yang banyak.
Agaknya berapa ratus atau ribu kalori yang kita serap setiap kali makan makanan yang bergoreng?
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
I pakai 1x shj tp mmg minyak laju susut. Unlike my mlm atleast 2 times. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Siapa rosmah dain? Tiba2 rosmah dain 1 gram? Apa pun,bagus article ni. Harus iols forwardkan kepada mak iols. |
|
|
|
|
|
|
|
aku plg takut nk makan benda yg dibakar terus guna api atas makanan mcm cream brulee |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 7-1-2020 04:07 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Supersirap replied at 7-1-2020 03:14 PM
Thanks for the info TT
Welcome.... iols pun baru terbaca article nih..mmg sgt2 informative utk org mcm iols yg sukaaaa sangat deep fry food |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 7-1-2020 04:09 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih infonya |
|
|
|
|
|
|
|
Kakalongmu replied at 7-1-2020 08:09 AM
Kaka pun heran gak..maybe nama pemberi ceramah tu kot...ker Rosmah Mansur
Rosmah mansor tak mungkin 1 gram. Haha. Gurau aje kak ros. Tapi seriously artikel ni cadangkan guna olive oil utk menumis? Iols ingatkan olive oil punya boiling point rendah jadi tak sesuai utk menumis. Just sesuai utk salad dressing. Iols macam pernah terbaca macam tu. Tapi iols pernah menumis guna olive oil, memang sedap sambal iols. Iols guna olive oil sebab masa tu dah habis minyak yg biasa guna.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 7-1-2020 06:00 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
epal21 replied at 7-1-2020 04:55 PM
Rosmah mansor tak mungkin 1 gram. Haha. Gurau aje kak ros. Tapi seriously artikel ni cadangkan gun ...
Memang sedap.. Kaka pakai minyak kelapa pun sedap juga. Wangi bau2 santan gitewww.. Tapi minyak kelapa yang baru ler.. Stock lama bau hapak |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kakalongmu replied at 7-1-2020 10:00 AM
Memang sedap.. Kaka pakai minyak kelapa pun sedap juga. Wangi bau2 santan gitewww.. Tapi minyak ke ...
Minyak kelapa memang wangi kan. Iols guna evco utk masak nasi lemak sihat. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
epal21 replied at 7-1-2020 04:55 PM
Rosmah mansor tak mungkin 1 gram. Haha. Gurau aje kak ros. Tapi seriously artikel ni cadangkan gun ...
Kalau x silap utk menumis sesuai minyak zaitun biasa. Extra virgin olive oil tak sesuai utk tunis tp utk salad dressing..sodapp |
|
|
|
|
|
|
|
dewimalam78 replied at 7-1-2020 12:22 PM
Kalau x silap utk menumis sesuai minyak zaitun biasa. Extra virgin olive oil tak sesuai utk tuni ...
Oh, ye ke. Thanks uols for the info. |
|
|
|
|
|
|
|
Thanks mod for the credits. Ni ada interesting info tentang minyak masak. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
epal21 replied at 7-1-2020 04:55 PM
Rosmah mansor tak mungkin 1 gram. Haha. Gurau aje kak ros. Tapi seriously artikel ni cadangkan gun ...
Chuols silalah gunakan minyak zaitun yg jenis light utk menumis. Kalo guna yg extra virgin tu sygla kan sbb yg jenis tu first cold pressed dari buah zaitun.
So in terms of aroma, taste & fruitiness extra virgin yg paling premium lah kiranya. So elok consume mentah supaya kita dpt semua khasiat dia tanpa apa2 perubahan disebabkan oleh haba kita memasak tadi.
Tapi kalo chuols tak kosser nak beli dua jenis belasah jerla extra virgin tuh buat sauté hehe. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by epal21 at 7-1-2020 02:56 PM
Cookingholic replied at 7-1-2020 02:33 PM
Chuols silalah gunakan minyak zaitun yg jenis light utk menumis. Kalo guna yg extra virgin tu sygl ...
Oh, many thanks for the info. Iols hari tu sebab minyak dah habis so pakai sauk aje olive oil. Rupanya memang utk menumis yg light olive oil tu. Iols beli evco dulu kononnya nak telan masa mengandung,tapi tak tertelan pulak so guna untuk buat n.lemak aje sekarang gara2 tak nak membazir. |
|
|
|
|
|
|
|
epal21 replied at 7-1-2020 10:27 PM
Thanks mod for the credits. Ni ada interesting info tentang minyak masak.
Kecik pic tu sis..huwaaaaaasaa |
|
|
|
|
|
|
|
Macehhhh tt utk info y berguna ni..sblm ni dah pernah taw psl minyak masak seeloknya guna x lebih drpd 3x..tp kalau minyak tu sy guna utk goreng ayam/ikan y diperap dgn kunyit/kicap,mmg guna sekali/dua kali je..y kicap tu selalunya buang terus..hehe |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bagus info ni tt
Haritu ada juga dgr kat radio pasal benda ni.. max 3 kali je bole guna minyak yg penah d pakai |
|
|
|
|
|
|
| |
|