CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2994|Reply: 7

e-Tunai Rakyat

[Copy link]
Post time 16-1-2020 03:52 PM | Show all posts |Read mode
Korang dah claim ke e-Tunai rakyat tu RM30?


3 ewallet je yg boleh pakai Grab, Boost dan TnG. Syarat - syarat 18 tahun ke atas & pendapatn kurang drpd RM100,000 setahun.


Dia punya etunai tu pun boleh claim guna sampai 8 Mac tak silap, klu tak burn camtu je.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2020 05:22 PM | Show all posts
Aku kena tunggu 5 hari. Tapi ade kwn - kwn yg dah dpt.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2020 05:39 PM | Show all posts
minahremp replied at 16-1-2020 05:22 PM
Aku kena tunggu 5 hari. Tapi ade kwn - kwn yg dah dpt.

Klu dah verify sebelum 15hb dah boleh terus dapat. Klu baru semalam buat mmg kena tunggu beberapa hari bekerja.

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2020 04:10 PM | Show all posts
tak claim pun, malas hehe..nak salinan ic lah bagai kan
lepas tu info2 semua tu mungkin dia orang akan guna ke lain
lainlah 300rm baru ada mood sikit nak claim

ada artikel tentang ini

Betul Ke Hanya Kerana RM30, Info Private Kita Tergadai? Peguam Perjelas Apa Sebenarnya Kerajaan Boleh Buat Dengan Data E-Wallet

Sejak semalam, sebanyak 320,000 daripada 380,000 permohonan bagi program e-Tunai Rakyat katanya telah diluluskan dengan lebih RM10 juta dibelanjakan pengguna pada hari pertama perlaksanaannya melalui 3 e-wallet di negara ni, lapor Berita Harian.

Meskipun mendapat respon yang memberangsangkan, ada pulak di kalangan netizen mula berspekulasi bahawa RM30 dari e-Tunai Rakyat tu sebenarnya ‘nilai’ untuk gadaikan data privasi kita kepada kerajaan. Hah pulak? Biar betul ni?

“RM30 #etunairakyat tu sebenarnya bukan free. Kamu bayar dengan private information kamu”


Menurut perkongsian seorang netizen di Twitter, data private kita katanya tergadai dek kerana tebusan pemberian RM30 ni.


Nama penuh, alamat rumah, no kad pengenalan, nombor telefon, bank dan lain-lain dakwanya akan dijual kepada syarikat dalam dan luar negara yang bakal gunakan info ini untuk keuntungan mereka.

Malah katanya lagi, semuanya terkandung dalam terma dan syarat seperti yang dinyatakan di bawah. Korang ada baca tak benda ni sebelum mendaftar?

“Data yang diambil daripada pendaftaran e-Tunai Rakyat ini adalah untuk program e-Tunai Rakyat sahaja”

Meskipun posting ini mendapat pelbagai respon, seorang peguam, Syahredzan Johan telah menjelaskan bahawa notis privasi data yang dinyatakan dalam terma dan syarat platform e-wallet ini sebenarnya bukanlah seperti yang korang sangkakan.

Data yang diambil daripada pendaftaran e-Tunai Rakyat ni hanyalah untuk program e-Tunai saja dan kita sebenarnya tak ada pun beri kebenaran kepada sesiapa untuk jual data kita.


Syahredzan Johan
@syahredzan
Saya teliti notis privasi data ini dr @SoyaCincauBM, yg siar semula notis bagi TnG ewallet. Jelas bahawa data yang diambil daripada pendaftaran e-tunai rakyat ini adalah untuk tujuan program e-tunai rakyat sahaja dan anda tidak beri kebenaran utk jual data anda pada sesiapa.

“Kerajaan sudah ada data anda”

Malah seorang pengguna Twitter lain menjelaskan bahawa untuk apa kerajaan ‘mencuri’ data-data tersebut kerana sudah jelas-jelas lagi mereka mempunyai data kita sejak dari awal.

Tujuan kita memberi data-data tersebut kepada platform e-wallet adalah untuk memberi ‘confirmation’ kepada identiti kita. Jadi platform e-wallet ni semua memang tak boleh jual personal data kita kerana kalau mereka buat juga kiranya perkara ni illegal lah.


Sumber: Twitter
Namun pada masa yang sama, peguam Syahredzan Johan juga ada menyebut yang kalau korang rasa tak selesa dengan isu data peribadi ni, tak perlulah daftar e-wallet dan ambil wang RM30 tu.



Sumber: Twitter
So apa pendapat anda? Nak daftar dan claim RM30 atau tak payah daftar? Admin dah apply tapi status masih pending ye. So sama-samalah kita menunggu…

Baca: “Ramai lagi orang susah” – Michael Ang Bagi Cadangan Duit RM30 ‘e-Tunai Rakya’ Patut Diberi Kepada Yang Lebih Memerlukan


sumber


Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2020 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
x boleh nk apply sbb apps x boleh nk recognise muka sekarang dgn ic .. haha.. ic buat baru 8 tahun lps masa tu muka bulat..sekarang muka kurus. hukhuk mcm mano nk claim.. burn mcm tu he lah
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 02:50 PM | Show all posts
no komen.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2020 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
rm30 utk ic dgn selfie...tak boleh palang lak tu...so pass je la...
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2020 10:32 AM | Show all posts
Aku redeem kat ewallet Boost weh, dapat la RM8 shake, ade yg dapat RM888 tu yg menyebabkan aku cuba nak calim kat app dia hahaha...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.372497 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list