CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2742|Reply: 21

[Tempatan] Update #12, Pihak yang menentang cadangan PSS (Pas Sementara Sabah) perlu tampil

  [Copy link]
Post time 22-1-2020 08:57 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 23-1-2020 03:22 AM

Timb KM cadang hantar pelarian di Sabah ke negara ketiga

https://www.malaysiakini.com/news/507966

News  |  Diterbitkan Hari ini 8:08 pagi  |  Dikemaskini Hari ini 8:10 pagi



Timbalan Ketua Menteri Sabah Wilfred Madius Tangau menimbulkan cadangan untuk menghantar pelarian ke negara ketiga dan bukan mengeluarkan Pas Sementara Sabah kepada mereka.

Ini selepas gabungan kerajaan negeri, yang diwakili oleh Warisan tewas pada pilihan raya kecil Kimanis Sabtu lepas.
Pembangkang telah menggunakan PSS sebagai isu pada PRK itu. BN memenangi pilihan raya kecil dengan majoriti 2,029 undi.

Wilfred, yang mengetuai Upko, rakan sekutu Warisan dan PH berkata kerajaan Sabah perlu prihatin terhadap kehendak rakyat.

"Hasrat kerajaan untuk memperkenalkan PSS adalah mulia.

"Tetapi sentimen majoriti rakyat menentangnya, ini difahami memandangkan apa yang telah dialami dan dilalui Sabah selama lima dekad lalu.

"Hari ini, kita hidup dengan akibat daripada tindakan dan keputusan yang dibuat oleh para pemimpin terutamanya tokoh-tokoh yang tidak bertanggungjawab pada masa lalu.

"Sekarang kita melihat dan mendengar sentimen yang semakin meningkat dalam menentang cadangan kerajaan memperkenalkan PSS," katanya dipetik oleh Sabah News Today.


Mengambil kira kurangnya keyakinan orang ramai, Wilfred mencadangkan supaya pelarian dihantar pulang.

"Jika negara asalnya enggan menerima mereka, maka kemungkinan lain seperti menghantar pelarian ke negara ketiga perlu dipertimbangkan dan diteliti," katanya.

Sabah menyaksikan pertambahan jumlah pelarian dari Filipina pada tahun 1970 akibat konflik bersenjata wilayah selatannya di Minadanoa pada masa itu.

Kebanyakan keturunan mereka, yang lahir dan dibesarkan di Sabah, tidak mempunyai dokumen dan dianggap sebagai pendatang tanpa izin.
PSS bertujuan untuk menangani masalah pendatang tanpa izin di Sabah.

Walau bagaimanapun, rakyat Sabah bimbang jika ini akan menyediakan jalan untuk mereka mendapat kewarganegaraan dan mengubah demografi rakyat negeri itu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2020 09:51 AM | Show all posts
setuju...okbai..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2020 11:39 AM | Show all posts
si suak ni yg hadap nak bantuan rm600 tu kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-1-2020 05:27 PM | Show all posts
Edited by EJALTI at 22-1-2020 09:28 AM

Kerajaan Sabah batal pelaksanaan PSS

https://www.malaysiakini.com/news/508058

News  |  Diterbitkan Hari ini 4:47 petang  |  Dikemaskini Hari ini 4:47 petang



Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal mengumumkan keputusan kerajaan negeri untuk membatalkan pelaksanaan Pas Sementara Sabah (PSS).

Shafie berkata keputusan itu dibuat selepas Warisan tewas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis yang memberi isyarat rakyat menolak pelaksanaan pas berkenaan.

“Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini telah memutuskan supaya PSS dibatalkan setelah melihat dan mendengar suara rakyat.

"Kerajaan negeri akan memaklumkan keputusan ini kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN),” katanya dalam satu sidang media di Kota Kinabalu, hari ini.

Pada 6 Sep tahun lalu, kerajaan mengumumkan untuk melaksanakan PSS yang akan dikeluarkan kepada warga asing yang memegang dokumen IMM13, Kad Burung-Burung dan Sijil Banci di Sabah berkuat kuasa 1 Jun 2020.

Keputusan kerajaan untuk melaksanakan PSS dibuat berdasarkan saranan Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing pada 6 Sept 2019.

Pemegang IMM13 ialah pelarian Filipina yang melarikan diri ke Sabah pada 1970-an. Ia terjadi ketika meningkatnya keganasan puak pemisah di rantau Mindanao yang menyaksikan ramai pelarian daripada rejim Marcos.

Pendatang ekonomi, sebaliknya diberikan Kad Burung-Burung pada tahun 1980-an. Selebihnya, diberikan kad Sijil Banci oleh Pasukan Petugas Khas Persekutuan pada 1990-an.

IMM13 dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen, manakala kad Burung-Burung oleh Jabatan Ketua Menteri (JKM) dan sijil banci oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

BN dalam PRK Kimanis menggunakan PSS sebagai modal ketika mereka berkempen sehingga berjaya mempengaruhi pengundi menolak calon Warisan, Karim Bujang.

Sementara itu Shafie berkata, keputusan untuk membatalkan PSS membuktikan kerajaan pimpinannya mendengar suara rakyat.

"Kita mendengar suara rakyat negeri Sabah, (makan) kabinet negeri Sabah memutuskan supaya kita memaklumkan kepada KDN selaku kementerian bertanggungjawab membatalkan rancangan untuk meneruskan pelaksanaan PSS ini.

"Mendegar apa yang rakyat suarakan bukan hanya setakat Kimanis, malah daripada pihak tertentu," katanya lagi.

Ditanya mengenai kaedah lain yang akan digunakan bagi menggantikan PSS, Shafie menyerahkan kepada KDN untuk menentukannya.
Katanya, kerajaan negeri pimpinannya akan meneruskan usaha untuk menangani kehadiran pendatang tanpa izin (PTI) di negeri itu.

Dalam pada itu, Shafie berkata keputusan mutlak untuk membatalkan pelaksanaan PSS hanya akan ditentukan oleh KDN.

Jelasnya lagi beliau dijangka akan mengadakan pertemuan dengan pihak KDN minggu depan.

Shafie bagaimanapun menolak tanggapan bahawa pelaksanaan PSS akan membawa kepada "projek IC" di negeri itu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2020 05:35 PM From the mobile phone | Show all posts
adakah 'projek ic' benar2 pernah wujud???
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2020 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
diaorg xada ic, jdi xsekolah, padtu buat rumah dlm kelaps sawit bagai, org pun upah diaorg murah sbb diaorg terdesak nk kje
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2020 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Diorg ni datang malaysia, dah laa bawak datang penyakit skali.
Polio pun makin meningkat kat sabah sampai klinik buka utk malaysian/non malaysian cucuk polio FOC jer.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2020 10:02 AM | Show all posts
vespa_oren replied at 22-1-2020 07:31 PM
diaorg xada ic, jdi xsekolah, padtu buat rumah dlm kelaps sawit bagai, org pun upah diaorg murah sbb ...

Jarang sebenarnya org Filipin kerja sawit. Kebanyakkan ramai yg jadi tukang buat rumah.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2020 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian..kalo yg dr 70an dtg patut bagi lah...tapi tapisan kena ketat la...itu pandagan aku la....tp aku bukan orrg sabah so x relevanla pandgan aku
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2020 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Nsb baik kalah br2 ni.. Kalo x bersorak la pati dpt ic... Rakyat Sabah sendiri ramai yg ssh.. Patut bantu rakyat dl.. Ni nak p bg ic ke pati bt pe..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2020 10:22 AM | Show all posts
Adakah dia org akan jadi Rohingya versi pinoy pulak.
Lahir kat malaysia takde IC. Kira org tak ada warganegara.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2020 11:18 AM | Show all posts
Beri idea tangani isu PATI Sabah

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... gani-isu-pati-sabah

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 January 2020 @ 10:41 AM

Hazsyah Abdul Rahman
am@hmetro.com.my


HARIS Alimudin.  FOTO arkib NSTP

PIHAK yang menentang cadangan Pas Sementara Sabah (PSS) perlu tampil memberikan idea membina dalam menangani kewujudan lebih 1.2 juta pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah.

Pengerusi Amanah Sabah, Haris Alimudin berkata, tujuan utama kerajaan negeri mencadangkan pengenalan PSSbagi mewujudkan satu dokumen tunggal yang diiktiraf sebagai pengenalan rasmi pati tanpa mempunyai sebarang kesan kewarganeraan.

Menurutnya, dokumen itu juga diyakini mampu mengatasi masalah pemalsuan dokumen yang sejak sekian lama berlaku di Sabah.

“Pada waktu sama langkah ini juga akan ‘memaksa’ pendatang asing mendaftarkan diri dan memberikan peluang kepada pihak berkuasa mengetahui jumlah sebenar serta keberadaan warga asing di negeri Sabah.

“Malangnya perkara ini sudah dipolitikkan sehingga fakta sebenar dan niat baik kerajaan diselewengkan.

“Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Sabah pada 2018, direkodkan 1.2 juta pendatang asing di negeri Sabah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Haris berkata, daripada jumlah itu 450,000 orang adalah PATI, 250,000 orang diletakkan di bawah pengurusan Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS) iaitu mereka yang terdiri daripada penduduk sementara, anak pelarian yang tidak mempunyai kad IMM13, orang yang mempunyai dokumen tetapi bukan terbitan imigresen, anak hasil perkahwinan orang tempatan dengan pendatang asing tanpa izin dan orang Palauh yang hidup secara nomad.

“Kesan pembatalan cadangan PSS ini akan menyebabkan masalah yang melibatkan pendatang asing sejak puluhan tahun lalu masih tidak dapat diselesaikan khususnya melibatkan PATI yang tidak diiktiraf kerakyatan oleh sebarang negara.

“Pembatalan PSS dijangka akan diikuti dengan operasi besar-besaran menghantar balik semua pendatang asing yang memiliki dokumen tidak diiktiraf dan juga yang langsung tidak memiliki dokumen.

“Pengalaman sebelum ini menunjukkan proses ini akan mengambil waktu yang lama dan kos yang besar kepada kerajaan,” katanya.

Haris berkata, tidak dapat dinafikan bahawa negeri Sabah masih banyak bergantung kepada tenaga kerja asing termasuk PATI dan kesan besar kepada ekonomi negeri pasti berlaku.

“Walaupun tindakan menghantar balik pati merupakan suatu tindakan yang berterusan, sehingga hari ini masalah pendatang tanpa izin belum dapat diselesaikan.

“Tindakan menghantar balik pati ke negara asal adalah tindakan yang memerlukan kerjasama negara asal.

“Sekiranya negara asal enggan menerima atau tidak mengakui PATI itu sebagai rakyat negara mereka, kerajaan Malaysia tidak mempunyai pilihan untuk memaksa mereka menerima pendatang asing ini. Persoalannya bagaimanakah status PATI berkenaan,” katanya.

Menurut Haris, kerajaan Sabah dan persekutuan diharap dapat merangka satu polisi baharu yang holistik dan menyeluruh selepas pembatalan cadangan PSS ini.

Tambahnya, pihak pembangkang yang menentang cadangan ini juga perlu tampil memberikan idea membina dan tidak hanya memainkan isu ini sebagai sentimen politik.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2020 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Original sabah mmg x suka pilak2 ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2020 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
yarid replied at 23-1-2020 10:02 AM
Jarang sebenarnya org Filipin kerja sawit. Kebanyakkan ramai yg jadi tukang buat rumah.

buat rumah dlm sawit, biasa diaorg keje bertukang, jdi pembantu rumah, niaga, nelayan, minta sedekah
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2020 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Bala zaman bn,skrg ph yg kna tanggung..dh ada mekanisme sistematik,pss utk kontrol pati tp dipolitikkan pulak.mmg betul2 pembangang
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2020 09:07 PM | Show all posts
bagi IC biru dan rumah.
serap jadi warga negara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2020 02:13 PM | Show all posts
dolo dolo sewaktu BN jadi kerajaan, macai macai PH kerjanya membantah apa jua cadangan atau initiative kerajaan masa tu...sekarang rasa kau ...bagai mana rasanya kalau dibantah tanpa mencadangkan idea alternative....rasain kau...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2020 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Hantar je la balik negeri diaorang...philipine bukan jauh sgt pun
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2020 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 23-1-2020 09:04 PM
Bala zaman bn,skrg ph yg kna tanggung..dh ada mekanisme sistematik,pss utk kontrol pati tp dipolitik ...

tuk kontrol amendenya??? peluang bg drng masuk ada la....tgk kat STM sini..terkawal ke tak???
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2020 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
tripleid replied at 23-1-2020 09:04 PM
Bala zaman bn,skrg ph yg kna tanggung..dh ada mekanisme sistematik,pss utk kontrol pati tp dipolitik ...

2 tahun dah jadi kerajaan, segala bagai dokumen dalam peti rahsia negara patut dah dapat clearance. Ada lebih 500,000 penjawat awam dekat tangan diorang, apa lagi? Bukan takat tu lagi, dibagi lagi lantikan politik, tua2 keparat diangkat plak jadi elder council mcm alam fantasi. Kerah la.

Staff ada, sumber ada. Apsal jawapan paling baik yg dia boleh pikir adalah masalah kerajaan lama? Ape ke bebal? Solution la hanat!!!

Jadi ape? Setiap kali kerajaan kasik cadangan bodoh kene tunggu pilihan raya baru nak dgr suara rakyat? Tu kereta nasional ke 3 tu? ADUN Parlimen mana nak kene bunuh baru nak dgr suara rakyat? Mcm tu ka?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.070643 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list