View: 2119|Reply: 9
|
Perniagaan Rugi, Wanita Jadi Tokan Untuk Langsai Hutang Ceti
[Copy link]
|
|
Peniaga wanita ditahan mengedar dadah untuk melangsai hutang. Harian Metro melaporkan, sudah lebih 10 bulan suspek berusi 23 tahun itu mengedar dadah di Kuala Perlis, Kangar.
Menurut laporan, wanita berkenaan ditahan dalam satu serbuan ketika dia selesai berniaga di gerai kecilnya, 8 malam tadi.
Turut sama dirampas adalah 4.8 gram dadah bernilai kira-kira RM800 yang diisi dalam 14 potongan straw kecil.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202001/23/122826ftbbo2utzqzq7wqj.png) Gambar hiasan
“Seolah menyedari dia akan ditahan, wanita terbabit menangis dan mengaku terpaksa menjadi tokan dadah akibat menanggung kerugian dalam perniagaan selain mempunyai masalah hutang dengan ceti haram.
“Dia juga mengaku bebanan hutangnya semakin kronik apabila terpaksa meminjam dengan beberapa ‘along’ bagi menyelesaikan masalah bebanan hutang perniagaan,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, Superintendan Chan Ngai Ho.
Selain mengedar, dadah itu juga digunakan untuk diri sendiri.
Suspek direman lima hari bermula hari ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya 1952. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Macam ni hukuman ke tali gantung ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Hmm kesiann. Mcm2 jenis org dgn bermacam2 jenis masalah hidup. Semoga kita semua kita jumpa jalan penyelesaian dari setiap ujian dan dugaan hidup yg menimpa. |
|
|
|
|
|
|
|
husna_amal replied at 23-1-2020 12:37 PM
Macam ni hukuman ke tali gantung ke?
Tak.....
Bawah 10gm tak hukum gantung |
|
|
|
|
|
|
|
Orang dalam kesusahan dan dalam keadaan amat terdesak tampa sokongan sesiapa pasti akan ambil jalan tu utk selesaikan masaalah tampa berfikir panjang akibat darinya, hinggalah dia tertangkap |
|
|
|
|
|
|
|
Artemesiaa replied at 23-1-2020 12:54 PM
Orang dalam kesusahan dan dalam keadaan amat terdesak tampa sokongan sesiapa pasti akan ambil jalan ...
Susah nak menahan diri daripada tidak berhutang lagi2 nak besarkan co. 5 tahun pertama belum lagi buat untung
Terjebak dengan peminjam wang berlesen tu amat senang. Cepat lulus |
|
|
|
|
|
|
|
ikan bilis konpem..kalau jerung lepas la kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
mahal bnda ni kan..x sampai 5gram pn dh rm800..patut org sanggup berbunuhan dan ke tali gantung
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tokan dadah berpengalaman...bila di serbu perkara yang pertama sekali di buat adalah buang dadah tu ke tepi.
Malaysia punya law dadah. kalau dadah tu di temui kat dalam seluar atau kita tengah pegang. atau dalam bonet kereta mmg
payah nak lepas. tapi kalau kita lepaskan...( bungkusan depan mata tapi tangan tak pegang ) . hukuman biasa je.
|
|
|
|
|
|
|
|
Selain mengedar, dadah itu juga digunakan untuk diri sendiri.
hmmmm tak jadi nak kesian ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|