Edited by FOTHER-MUCKER at 26-1-2020 02:08 PM
Wanita terperangkap di dapur 2 hari gara-gara kucing mengamukFMT Reporters -
January 26, 2020 2:00 PM
Kebiasaannya haiwan peliharaan yang dibela akan lebih manja daripada haiwan terbiar yang bukan milik sesiapa.
Ini kerana haiwan peliharaan akan dijaga dengan baik dan diberi makan secukupnya. Namun ia berbeza dengan seekor kucing yang “membuli” tuannya dengan menyerang sebaik sahaja ingin keluar daripada dapurnya.
Wanita di bandar Arjánguelsk, Rusia berkata akibat daripada itu, dia terperangkap di dapur selama 2 hari kerana kucingnya mulai naik berang dan cuba ingin menerkamnya.
Selepas beberapa jam terperangkap dalam dapurnya, wanita berkenaan merancang untuk keluar, namun setiap kali dia cuba untuk berbuat sedemikian, kucing itu yang sentiasa mengintainya dari koridor akan menyerangnya.
Wanita itu berjaya diselamatkan selepas seorang lelaki yang berjalan berhampiran pangsapurinya, ternampak dia bersandar di tingkap dapurnya. Sedar kehadiran lelaki itu, wanita berkenaan melambai tangan untuk meminta bantuan.
Menurut kenyataan polis Rusia seperti dilaporkan portal berita, Daily Mail, pihak berkuasa terpaksa naik ke pangsapuri tersebut melalui tingkap dapur sebelum menangkap kucing itu menggunakan selimut.
Kucing itu yang dipanggil dengan nama manja Fluffy Beast itu berjaya ditenangkan sebelum dikembalikan kepada wanita berkenaan. Tidak diketahui apa yang membuatkan si kucing mengamuk. Wanita itu juga dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/01/26/wanita-terperangkap-di-dapur-2-hari-gara-gara-kucing-mengamuk/
|