Koronavirus: Selebriti China mohon maaf promosi sup kelawar tiga tahun lalu
Januari 27, 2020 12:51 MYT
KETIKA angka kematian akibat novel koronavirus (2019-nCoV) meningkat mencecah paras 80, seorang selebriti terkenal China tampil membuat permohonan maaf kerana memuat naik video mempromosi daging kelawar tiga tahun lalu.
Agensi berita South China Morning Post (SCMP) melaporkan Wang Mengyun, hos sebuah rancangan mengenai percutian antarabangsa menulis di laman microblog peribadi yang beliau tidak mengetahui kelawar boleh menjadi pembawa kepada virus itu.
“Saya langsung tidak tahu ketika penggambaran itu berlaku (2017), wujud virus seperti itu. Saya hanya mengetahuinya baru-baru ini,” tulisnya lagi.
Wang berkata video itu dirakamkan di Palau, sebuah kepulauan di barat Lautan Pasifik tiga tahun lalu ketika beliau dan krunya membuat penggambaran mempromosi program pelancongan.
Sewaktu penggambaran, Wang telah mencuba beberapa jenis masakan tempatan, termasuk sup kelawar.
Di dalam video itu, Wang dan seorang lagi wanita China lain mengangkat mangkuk sup itu dan memandang ke kamera sambil tersenyum dan berkata, “Daging kelawar ini sangat segar dan rasanya seperti daging ayam.”
Video itu telah diturunkan, namun kembali dimuat naik ribuan rakyat China lain selepas kes seakan-akan pneumonia mula direkodkan di bandar Wuhan, hujung tahun lepas.
Post time 27-1-2020 09:13 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tinot7 replied at 27-1-2020 08:54 PM
Takde video influencer tapi ada video org mkn kelawar kat tmpt lain
It taste like chicken.. makan ayam je lah kalau macamtu.... Buat apa la nak makan haiwan yang bawa pelbagai virus dan penyakit... Ebola pun boleh datang dari kelawar... Susah nak bagi education dekat puak2 macamni tak habis2 nak ikut tradisi makan benda pelik turun temurun..