CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6002|Reply: 45

[Tempatan] Shah Alam jadi bandar terbiar?

[Copy link]
Post time 29-1-2020 10:47 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 28-1-2020 06:49 PM

Shah Alam jadi bandar terbiar?Ainaa Aiman -

January 29, 2020 9:13 AM


SHAH ALAM: Plaza Perangsang antara tempat paling sibuk di Shah Alam dengan kedai dan pejabat yang dipenuhi pengunjung serta pekerja kira-kira 5 tahun lalu, kini hampir kosong.

Plaza Perangsang yang terletak di kawasan perniagaan Seksyen 14 di pusat bandar Shah Alam kini bagaikan bandar hantu kerana kebanyakan bangunan pejabat dan pusat beli-belah tinggi hampir terbiar.

Seorang peniaga baju selama 10 tahun di Plaza Perangsang yang menggelar dirinya Kak Habibullah berkata, perniagaannya berkembang pada mulanya, sebelum pelanggan berkurangan kira-kira 50% dan pendapatannya hanya cukup untuk membayar sewa lot.

Papan menunjukkan bilangan penyewa di Menara Bank Rakyat di Shah Alam.
Seorang kerani di pejabat operasi dan penyelenggaraan bangunan itu berkata, ramai penyewa lot pejabat diminta mengosongkan premis beberapa tahun lalu untuk memberi laluan kepada pengubahsuaian.

“Tetapi pengubahsuaian itu tidak pernah berlaku.”
Plaza Perangsang yang dibuka pada 1988 ialah mercu tanda utama di Shah Alam dan sebuah daripada bangunan komersial tinggi tertua di bandar itu.
Ia direka dan dibina syarikat berkaitan kerajaan, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan anak syarikatnya, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad.
Ia pernah menempatkan Hotel Quality yang merupakan hotel terawal di Shah Alam.

Sesetengah lot pejabat di tingkat atas masih berpenghuni, kebanyakannya disewa Lembaga Hasil Dalam Negeri cawangan Selangor.
Di Menara Bank Rakyat yang terletak beberapa kilometer dari Plaza Perangsang, kebanyakan daripada 23 tingkatnya tidak berpenghuni.


Plaza Perangsang dan bangunan Umno Selangor yang terletak di Seksyen 14 Shah Alam.
Seorang anggota polis yang mengawal bangunan itu mengesahkan banyak lot pejabat sudah kosong.

Beberapa ratus meter dari sana terletak bangunan Bank Negara cawangan Selangor yang sudah terbiar.
“Semua sudah berpindah ke Kuala Lumpur,” kata pengawal keselamatan di sana.

Begitu juga nasib bangunan Umno Selangor tidak jauh dari sana kerana kurang 10 orang bekerja di seluruh bangunan itu.
Pakar hartanah, Ernest Cheong menyalahkan perancangan buruk untuk kadar penyewaan rendah.

Seorang kakitangan di bangunan Umno Selangor di Shah Alam berkata, kurang 10 orang bekerja di bangunan ini.

Beliau berkata, masalahnya ialah bangunan di Seksyen 14 dibangunkan kerajaan negeri, bukannya pemaju komersial yang didakwanya akan mempunyai perancangan bandar lebih baik.

“Langsung tiada jambatan pejalan kaki menghubungkan Plaza Perangsang dan pusat beli-belah PKNS berhampiran.”
Mengulas kekurangan kepelbagaian barangan pengguna di Plaza Perangsang, katanya, pengunjung mungkin tiada pilihan jika gagal mencari barang yang mereka mahu dan keadaan bertambah teruk kerana tiada jambatan pejalan kaki di kawasan itu.

Lobi Plaza Perangsang kini hampir kosong.


Ejen hartanah yang khusus dalam penyewaan pejabat di Seksyen 14, Munirah Mohammad berkata, penyelenggaraan bangunan yang teruk ialah satu daripada punca kadar penyewaan rendah.

“Bangunan ini agak lama dan ketinggian siling sangat rendah.”
Katanya, kebanyakan penyewa berpindah ke bangunan pejabat baru yang diselenggara lebih baik seperti Plaza Azalea, Vista Alam dan Menara Naza.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2020 11:10 AM | Show all posts
yg kerja perancangan bandar buat apa?
ko pg main game cities skyline la
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 11:14 AM | Show all posts
Ahli Parlimen sana lebih minat Kg Bharu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 11:14 AM | Show all posts
Plaza perangsang ni mmg dr dulu deserted je..

12 tahun dulu aku dok quality hotel, mmg xde apa la pun, office je kat situ.
dahla takde lif dari parking. kena angkut luggage dari basement. or mata aku terhijab tak nampak lif.

yang meriah sikit alam sentral tu ha. lagi meriah sebab sri pentas 2 kat situ dulu
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Hampir 3 tahun dah tak jejak sana..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Shah alam tgh korek jalan sana sini nak buat ketapi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2020 11:20 AM | Show all posts
kucingitam replied at 29-1-2020 11:14 AM
Plaza perangsang ni mmg dr dulu deserted je..

12 tahun dulu aku dok quality hotel, mmg xde apa la ...

Adalah lift.
Mmg mata u terhijab.

sekarang ni lhdn aje lah yang buat plaza tu hidup. Last year I pergi lhdn  and nak ke toilet pulak.. so scary toilet di tikt 1 tu. Kalau ada perompak, kalu jerit pun orang takkan dengar.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 11:27 AM | Show all posts
shah alam ni iols suka pergi time bazar raya meriah aje. kadang takde la nak beli na, just saja nak amik feel raya and memeriahkan suasana. haha.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2020 11:28 AM | Show all posts
sejak kecik dok shah alam sampai la dah setengah abad ni gua penah masuk sekali je plaza perangsang, itu pun masa masih ada holiday inn
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 11:33 AM | Show all posts
pusat bandar shah alam mmg dah lama jadi bandar mati pun..pembangunan skrg lebih tertumpu di jajaran federal hiway mcm i-city tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 11:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkan betul2 satu shah alam jadi bandar hantu rupanya satu bangunan je.............
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Zaman uni dulu lecturer selalu buat kelas kat ofis dia di plaza perangsang tu. Masa tu pun dah agak sendu ya. Tapi pkns, plaza alam sentral masih meriah. Anggerik mall takde lah sendu sebab ada tabung haji kan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Mary_jane replied at 29-1-2020 11:45 AM
Zaman uni dulu lecturer selalu buat kelas kat ofis dia di plaza perangsang tu. Masa tu pun dah agak  ...

Anggerik mall pun pernah sendu. Kalau tak silap ada utc kt situ sekrg
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 11:50 AM | Show all posts
shah alam ni sesuai jadi tmpt kediaman je.. commercial centre x sesuai sebab dekat ngn KL dah..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni semua salah BN
salah 1MDB
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak perasan pula sebab jem teruk. Tiap2 dua bulan naik shah alam.

Dah 10 tahun tinggalkan tempat tu. Few years ago biasa pegi bangunan umno, langsung tak perasan apa2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2020 12:36 PM | Show all posts
bertahun2 dok shah alam..
tapi tak pernah naik plaza perangsang tu..
ada apa situ?? bangunan opis je kan..

anggerik mall tu nasib baik dah ada UTC..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 12:39 PM | Show all posts
dengan adanya i city dan aeon mall, alam sentral pun dah lemau, banyak kedai IT dah lari.
eloklah macam tu, shah alam ni jadi sesak dengan pejabat kerajaan, membuatkan jam, harga rumah dan harga makanan menggila. satu lot unit kedai, lebihkurang 10 ribu sebulan sewa, menjadikan penjaja pun ramai.

kemajuan apa yang kita nak kalau suasana tenang, aman dan bersih tu dah hilang.
belum lagi dengan manusia pendatang luar.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 12:47 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 29-1-2020 03:10 AM
yg kerja perancangan bandar buat apa?
ko pg main game cities skyline la

perancang bandar tak salah, depa dah rancang bandar sebaik2nya...x da sapa yg salah...faktor ekonomi, tren pembangunan ke arah lain menjejaskan tumpuan pembangunan kat tempat tuh
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2020 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Laa selalu gak lalu area ni ingat ada org.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 03:13 PM GMT+8 , Processed in 0.650438 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list