CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3163|Reply: 9

Coronavirus - Sikap toleransi dan belas kasihan

[Copy link]
Post time 5-2-2020 06:19 PM | Show all posts |Read mode
Edited by addved at 5-2-2020 07:05 PM

Semalam lepas balik kerja saya ada baca artikel di Gulf News berjudul “Chinese Parents in UAE call for tolerance, compassion over coronavirus fears” (Ibu bapa berketuruna Cina di UAE mahu sikaptoleransi dan belah kasihan di sebalik ketakutan terhadap virus coronavirus).Boleh baca artikel di sini https://gulfnews.com/uae/chinese-parents-in-uae-call-for-tolerance-compassion-over-coronavirus-fears-1.69487621.

Kebetulan semasa makan malam padahari yang sama, anak saya yang berumur 13 tahun berkongsi cerita mengenai sikap sesetengah pelajar kelas atasan yang membuli dan menghina secara lisan pelajar-pelajar berbangsa Cina dengan kata-kata kesat seperti “megapa kamu masih berada disini, kamu dan kaum kamu pembawa virus ini”, “pulanglah ke China, kami tak mahu kena virus ini” dan bermacam-macam lagi kata-kata nista yang sangat kurang ajar dan biadap. Saya turut berkongsi cerita yang sama dengan keuarga saya mengenai artikel yang saya baca di Gulf News dan kami sangat tidak bersetuju dengan apa yang berlaku.

Ini berlaku di “international school” di Middle East dan si pembuli rata-rata pelajar dari negara Arab dan “SouthCentral Asia”. Malangnya menurut anak saya, kakitangan sekolah tidak pula diberitahu mengenai insiden ini (mangsa tak buat repot sebab takut dan trauma) dan kami sebagai ibu bapa menggesa anak kami untuk:

1)   Mengetengahkanisu ini ke pihak sekolah agar:


(a)   tindakan sewajarnya dapat diambil ke ataspembuli;

(b)   murid-murid perlu diberitahu apakah implikasiyang akan diambil sekiranya mereka pembuli dan apakah yang perlu dilakukan jikamereka  menjadi mangsa buli;

(c)   kesedaran sivil dapat di terangkan semasa perhimpunanrasmi/ didalam kelas oleh guru kelas mengenai betapa pentingnya sikap toleransi& belah kasihan dikalangan murid-murid diperlukan untuk tidak mengeruhkanlagi keadaan dan persekitaran di sekolah; dan

(d)  pihak sekolah perlu terangkan kepada murid-muridapa itu coronavirus, apakah peranan yang telah diambil oleh pihak berkuasa(screening di airport, penerbangan ke China dihentikan seketika, etc.), apa yangperlu dilakukan, etc.


2)   Jikabeliau nampak lagi kes pembulian ini supaya beliau pergi kepada mangsa danmenjadi kawannya dan bukan lawannya.

Dua hari sebelum kami berkongsi cerita mengenai issue pembulian ini, anak saya yang berumur 5 tahun terlibat dalam acara sukan disekolahnya dan rakan-rakan kelasnya terdiri daripada pelbagai bangsa dari pelbagai negara. Rakan-rakan dari negara China bersama-sama ibu bapa mereka turut serta dalam acara ini dan kami semua (ibu bapa) bersama guru-guru dan rakan-rakan pelajar yang lebih besar turut memeriahkan  lagi acara ini dengan memberi sokongan dan sorakan tanpa bersikap prejudis dan tiada sorang pon diantara kami yang memakai “mask” mahupon megeluarkan kata-kata hinaan dan cacian kepada mereka daripada negara China ataupon mengasak ibu bapa daripada China mengenai wabak coronavirus.

Sikap toleransi dan belah kasih sayang perlu dipupuk dari rumah, ibu bapa memainkan peranan penting untuk membentuk peribadi anak-anak. Bak kata pepatah “kemana tumpah kuah kalua tak ke nasi”kan?

1.     Bagaiman pula di Malaysia? Adakah kes pembuliandan perkauman seperti diatas wujud gara-gara merebaknya wabak coronavirus?
2.     Perlu ke kita disrikiminasi dan bersikap prejudis terhadap sesuatu kaum dan negara (ataupon ethnicity) hanya kerana asal usul virus itu?

Di tempat kerja sayapon ada rakan sekerja berketurunan Cina tapi kami di ofis baik-baik saja dan saya juga tak sanggup melihat mereka (kaum Cina) didiskriminasi dengan kata-kata hinaan dan kejian lebih-lebih lagi kerana hal ini.

Saya bukan wartawan, saya hanya seorang manusia yang hanya berkongsi cerita dan mahu mendengar pendapat anda sahaja kerana sebagai “human being”, saya sangat terasa dan terkesan dengan cerita anak saya dan juga artikel di Gulf News.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2020 06:26 PM | Show all posts
toleransi?????



pandai pula minta toleransi
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2020 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang betul macam2 kekejaman komuniti China keluar time wabak ni

Tapi bila sampai giliran kita nanti bolehkah melayu islam adopt better attitude dgn kesan wabak? Rasanya tidak

Sama je cara kita react. Mesti tutup jalan, pukul infected person & hospital sesak
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2020 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 5-2-2020 07:33 PM
Memang betul macam2 kekejaman komuniti China keluar time wabak ni

Tapi bila sampai giliran kita n ...

kekadang tak perlu tunggu epidemic of this magnitude utk boleh sampai nak kena belasah....

contohnya...hang sendiri...

kan????

kes hang apa jadi????

jadi sarkis kah???
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2020 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 5-2-2020 06:26 PM
toleransi?????



dia lupa 9-11 agaknya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2020 12:15 PM | Show all posts

Itu la kan ... sesetengah orang memang macam ni, mesti ada yang extreme macam KKK tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2020 03:08 PM From the mobile phone | Show all posts
addved replied at 13-2-2020 12:15 PM
Itu la kan ... sesetengah orang memang macam ni, mesti ada yang extreme macam KKK tu

when FEAR outweighs pertimbangan nilai kemanusian dlm diri kita......atau ianya lebih pada its all about me and my immediate family FIRST, nothing else matters.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2020 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
BALA atau UJIAN?????

Dlm tenang...dunia berperang......berleluasanya kerakusan ,penindasan dan pergelutan kuasa...
Bila diturunkan musibah seumpama ini olehNYA ,baru kita lihat bagaimana  manusia ini sebenarnya boleh bersatu...demi kemaslahatan bersama.....ie bersatu mengembleng tenaga menangani gejala penyakit bahaya yg sedang melanda hampir seluruh dunia ketika ini....

Tidak TUHAN menzalimi hamba2NYA kecuali manusia itu sendiri yg menzalimi diri mereka..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2020 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
[youtube]XAi3VTSdTxU[/youtube]

Do we ever realised what we have done????

atau kita sengaja menanti sehingga diturunkan musibah sebelum kita mula menyedari kezaliman yg telah kita sendiri telah lakukan pada diri sendiri???

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2020 04:13 PM | Show all posts
tarbiah aje diorg,
pasal islamphobia xde plak toleransi,
pasal racis xde plak toleransi,
bagi diorg kesedaran,benda2 tu bukan kita semua nak,
diorg pun xnk penyakit tu terjadi,
same mcm kita xnk diskriminasi,
pada aku la kat malaysia xde masalah sbb melayu india dah faham mengenai diskriminasi,
cuma bangsa lain mcm arab tu xtau la sejarah diorg bab diskriminasi cmne,
mungkin diorg masih x belajar lg pasal islamphobia...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:40 AM GMT+8 , Processed in 0.066575 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list