CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1318|Reply: 4

[Tempatan] Kerja part time. Khidmat pengiring. Caj RM1,000 sekali iring

[Copy link]
Post time 7-2-2020 11:02 AM | Show all posts |Read mode
Kuda putih untuk 'disewa'




SEKALI iring RM1,000 menjadikan perkhidmatan pengiring haram yang memberikan pulangan lumayan bukan sahaja dilakukan orang awam, sebaliknya turut ‘dikerjakan’ pegawai dan anggota polis bagi mendapatkan wang saku ketika luar waktu tugas.

Bagi melancarkan urusan ‘iringan haram’ itu, pegawai dan anggota terbabit dilapor turut memakai uniform polis selain menggunakan ‘kuda putih’ milik kerajaan.

Mendedahkan perkara itu, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata, pihaknya menyedari ada dalam kalangan pegawai dan anggota JSPT yang melakukan iringan haram itu untuk kepentingan diri.

“Kebiasaannya mereka akan melakukannya pada hujung minggu ketika tidak bertugas untuk mencari duit tambahan.

“Malah, anggota ini sanggup menggunakan motosikal Polis Diraja Malaysia (PDRM) milik kerajaan dan memakai uniform polis ketika menjalankan kegiatan pengiring haram.

“Ini masalah dalaman yang kita hadapi apabila mereka ini membawa orang yang tidak layak mendapat khidmat pengiring,” katanya dalam temu bual khas bersama Harian Metro di Bukit Aman.

Azisman berkata, pihaknya mengesan ada segelintir pegawai dan anggota mengambil upah mengiring van mayat untuk mendapat imbuhan tertentu.

“Ini yang saya akan bersihkan dalam pasukan JSPT di mana kita akan ambil tindakan kepada mereka yang terbabit.

“Malah, ada yang dikenakan tindakan tatatertib dan ada yang dipantau. Namun, saya tidak boleh mendedahkan jumlahnya,” katanya.

INFOGRAFIK


Mengulas lanjut, Azisman berkata, kebanyakan individu yang mendapatkan khidmat haram itu adalah golongan kenamaan (VIP) yang dipercayai mahu mengelak kesesakan selain ingin menunjuk-nunjuk.

“Ada golongan tertentu merasakan dirinya sebagai orang penting, tetapi dia tidak layak pun. Namun kerana banyak wang, dia ingin ada khidmat pengiring.

“Ada kes sebelum ini (iringan orang awam), ada individu tertentu yang baru tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan ingin bermegah, sanggup bayar RM1,000 dapatkan khidmat pengiring haram hanya untuk menghantarnya ke hotel,” katanya.

Katanya, kegiatan itu tidak dibenarkan undang-undang kerana ia membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain kerana mereka ini tidak mempunyai kepakaran, pengetahuan menjalankan tugasan itu di jalan awam.

“Tindakan mereka membunyikan siren dan meminta kenderaan lain memberi laluan juga salah di sisi undang-undang.

“Nasihat saya supaya berhenti melakukan kerja pengiring haram ini kerana JSPT akan memantau dan mengambil tindakan yang tegas.

Orang awam juga diharap boleh membantu dengan merekod video dan gambar mereka yang melakukan kegiatan berkenaan dan kongsikan dengan kami,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Februari 2020

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2020 11:30 AM | Show all posts
eh.. bukan kata sapa nak khidmat ni boleh tulis surat kat pdrm minta ke?

#lopak
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 11:35 AM | Show all posts
wow.. acik kayo acik kayo
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 7-2-2020 11:30 AM
eh.. bukan kata sapa nak khidmat ni boleh tulis surat kat pdrm minta ke?

#lopak

Aku terus terbayang dia juga.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2020 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
anastasia7 replied at 7-2-2020 01:30 PM
Aku terus terbayang dia juga.

sama la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 12:55 AM GMT+8 , Processed in 0.070531 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list