CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5557|Reply: 30

[Politik] Anwar bakal PM selamanya ?

  [Copy link]
Post time 8-2-2020 06:18 PM | Show all posts |Read mode
Anwar: Pakatan Nasional khabar angin, ada unsur penipuan


News  |  Diterbitkan Hari ini 5:16 petang  |  Dikemaskini Hari ini 5:19 petang

Presiden PKR menyifatkan khabar angin berkenaan penubuhan kerajaan baru merangkumi anggota parlimen Bersatu, Umno dan PAS serta sejumlah anggota parlimen parti komponen PH yang lain, adalah satu penipuan.

Anwar juga berkata dakwaan berkenaan jumlah anggota parlimen PH yang akan menyertai kerajaan baru itu "dibesar-besarkan" dan berdasarkan pengiraan peribadi oleh pemimpin pembangkang.

"Mereka kata enam (MP) Amanah (akan lompat), kita periksa, tak betul. Jadi ada unsur penipuan untuk psy-war (perang saraf) mereka.

"(Mereka juga kata) 15 dari PKR, kita periksa, tak betul...Pastinya jumlah itu dibesar-besarkan," katanya ketika ditemui pemberita dalam sebuah program di Negeri Sembilan, hari ini.


Beliau yang juga anggota parlimen Port Dickson itu membangkitkan usaha mengaitkan khabar angin itu dengan Bersatu dan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

"Ini tak baik...Perkara ini tak pernah dibangkitkan (oleh Mahathir)," katanya berkenaan khabar angin gabungan "Pakatan Nasional" yang dikatakan melibatkan Bersatu dengan Umno dan PAS.


Jika ia dibangkitkan, kata Anwar lagi, anggota Majlis Presiden PH akan terbuka untuk menyuarakan pandangan.

"Pelbagai isu termasuk dasar PH dan peralihan (kuasa) dibincangkan (sebelum ini), jad itak benar kalau kata pemimpin PH menikus dan tak berani bersuara," katanya lagi.

Spekulasi berkenaan penubuhan kerajaan baru itu meledak minggu lalu selepas Lokman Noor Adam, ketika itu anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno, mengecam presiden parti itu Ahmad Zahid Hamidi kerana didakwa mahu mengikut PAS untuk bekerjasama dengan Mahathir.

Beliau juga mendedahkan rakaman audio yang dikatakan sebagai milik Zahid, yang menyarakan hasrat untuk menyelamatkan Umno kerana tidak mahu parti itu "tertinggal di belakang".


Lokman Adam
Lokman dipecat daripada Umno semalam. Walaupun tiada sebarang sebab dinyatakan, ia berpunca daripada pendedahan rakaman audio tersebut.

Semalam Zahid memberitahu Malaysiakini bahawa spekulasi berkenaan hasrat Umno untuk bekerjasama dengan Bersatu hanyalah khabar angin dan langsung tidak dibincang dalam mesyuarat MT semalam.

Diminta mengulas perkara itu, Anwar hanya berkata ia sesuatu yang baik jika Zahid menafikannya.

"Ketika PRU 2018, PH memang menonjolkan Mahathir sebagai calon perdana menteri, dan calon perdana menteri berikutnya Anwar.

"Mandat rakyat atas perkara itu, jadi mereka (BN) tak boleh kata kita hijack. (Persetujuan) Itulah yang diterangkan kepada rakyat," katanya.

Terdahulu, Zahid didakwa cuba membawa pemimpin Umno dan PAS untuk bekerja dengan Mahathir. Perkara itu dikatakan dibawa dalam satu mesyuarat Muafakat Nasional.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang menghangatkan lagi spekulasi itu apabila menyatakan parti itu "secara dasar" setuju dengan pembentukan Pakatan Nasional sebagai gagasan baru kerajaan perpaduan.

Single Polls, Total 54 Users voted View Voters

Poll is finished

5.56% (3)
5.56% (3)
51.85% (28)
12.96% (7)
3.70% (2)
20.37% (11)
Your User group have no permission to vote

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-2-2020 06:18 PM | Show all posts
K'jaan pintu belakang? Ikut tingkap pun boleh asal patuh perlembagaan, kata PAS
M Fakhrull Halim

Diterbitkan Hari ini 3:19 petang  |  Dikemaskini Hari ini 3:52 petang

Bagi PAS, dalam membuat perubahan terhadap satu-satu kerajaan, tiada istilah pintu depan mahupun pintu belakang.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, asalkan perubahan itu dilakukan mengikut sistem demokrasi, undang-undang dan perlembagaan, PAS menganggap perubahan itu sebagai “sah”, meskipun ia dilakukan menerusi “tingkap”.

“[...] Pintu belakang, pintu depan, bagi kita tak ada istilah itu. Bagi kita mana-mana pun istilah (yang digunakan), perubahan mesti mengikut undang-undang dan peraturan yang ada.

“Contohnya dulu berlaku pertukaran kerajaan di Perak, adakah kita nak kata itu pintu belakang? Sedangkan dari segi undang-undang ia sah.
Iklan


“Maka bagi kita apa-apa peraturan, perubahan yang tidak bercanggah dengan perlembagaan negara dan undang-undang negara, maka itu sah. Sekalipun ikut 'tingkap',” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat bulanan PAS di ibu pejabat PAS Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau diminta pemberita untuk mengulas kenyataan presiden PAS Abdul Hadi Awang dua hari lalu yang menyatakan PAS akan memasuki kerajaan mengikut “pintu depan”.

Jawapan Tuan Ibrahim itu senada dengan jawapan Abdul Hadi yang berkata, asalkan mengikut proses undang-undang yang betul, PAS boleh memilih untuk “masuk Parlimen” mengikut “pintu mana” sekalipun.

“Insya-Allah kita masuk pintu depan,” kata Abdul Hadi, memberikan bayangan bahawa PAS menganggap jalan yang tidak melanggar undang-undang sebagai “pintu depan”.

Dalam pertukaran kerajaan negeri Perak yang dipetik Tuan Ibrahim, Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS sendiri bersama PKR dan DAP, hilang penguasaan terhadap Perak setelah tiga wakil rakyatnya berpaling tadah dan memberi sokongan kepada BN.

Ketika itu, Perak diterajui Menteri Besar Mohamad Nizar Jamaluddin dari PAS (kini Amanah) diminta meletakkan jawatan bersama barisan exconya oleh Sultan Perak, setelah timbalan perdana menteri ketika itu Najib Razak mengadap sultan sebelumnya.

Sehari kemudian, pada 5 Februari 2009, Zambry Abd Kadir dari BN mengangkat sumpah selaku menteri besar Perak yang baru menggantikan Nizar di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar, dengan menyaksikan lebih 3,000 hadir berdemonstrasi di hadapan istana menentang pelantikan tersebut.

Isu pembentukan 'kerajaan pintu belakang' dengan PAS mula timbul apabila sekeping gambar memaparkan pertemuan antara Mahathir dengan Abdul Hadi dan Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, bulan lalu.

Pertemuan itu turut disertai isteri Mahathir, Dr Siti Hasmah Mohd Ali, serta individu yang dekat dengan perdana menteri, Khairuddin Abu Hassan.

Ia meledak apabila 3 Februari lalu, bekas ahli majlis tertinggi Umno Lokman Noor Adam mendedahkan rakaman audio dan mendakwa Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi mahu mengikut PAS menubuhkan pakatan kerajaan, bagi mengetepikan DAP.

Spekulasi itu dinafikan oleh Ahmad Zahid yang menyifatkan kerjasama Umno dengan Mahathir sebagai khabar angin, sementara Lokman pula dipecat daripada menjadi ahli Umno semalam ekoran pendedahan rakaman audio berkenaan.

Perkasa Muafakat Nasional

Ketika disoal pemberita sama ada isu Pakatan Nasional yang diura-urakan sebagai nama pakatan baru tersebut ada dibincangkan dalam mesyuarat, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan yang turut hadir dalam sidang media itu berkata ia tidak dibangkitkan.

“Kita dengar cerita (saja), tak ada bincang. Kita pun tak terlibat.

"Tak ada. Ada ke Pakatan Nasional?” soalnya kepada pemberita ketika disoal tentang pendirian PAS terhadap dakwaan pakatan baru itu.

Manakala Tuan Ibrahim pula berkata, komitmen PAS pada ketika ini hanyalah untuk memperkasakan Muafkat Nasional.

“Hingga setakat ini kami dengan BN, kita hanya wujud Muafakat Nasional, tak ada pun istilah Pakatan Nasional ini.

“Pakatan Nasional ini satu istilah yang tiba-tiba muncul tanpa perbincangan. Bagi kami, kami perkasakan agenda Muafakat Nasional,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Tuan Ibrahim memaklumkan Muktamar PAS Pusat yang akan diadakan 26 hingga 28 Jun ini di Kota Bharu, Kelantan, tidak akan melibatkan pemilihan perwakilan, sebaliknya hanya perbahasan dan perbincangan mengenai perjalanan parti dan isu politik negara.

Untuk rekod, PAS sememangnya hanya mengadakan pemilihan parti setiap dua tahun sekali, menjadikan pemilihan seterusnya sepatutnya berlaku tahun depan.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2020 06:20 PM | Show all posts
PAS mahu bawa usul percaya sokong Dr M di Parlimen
M Fakhrull Halim

Diterbitkan Hari ini 1:58 tengahari  |  Dikemaskini Hari ini 3:52 petang

PAS akan membawa ‘usul undi percaya’ dalam Dewan Rakyat bagi menyokong agar Dr Mahathir Mohamad kekal sebagai perdana menteri sehingga habis penggal.

Hal itu diumumkan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dalam sidang media bersama selepas diputuskan dalam mesyuarat bulanan parti itu di ibu pejabat PAS, Kuala Lumpur, hari ini.

Kata mereka, keputusan itu diambil setelah terdapat beberapa pihak yang “menggembar-gemburkan rasa tidak puas hati” terhadap kepimpinan perdana menteri, namun sehingga kini, tiada usul undi tidak percaya yang dibuat oleh mana-mana pihak.

Tambah mereka, usul itu adalah bagi mengakhiri kemelut berhubung peralihan kuasa perdana menteri yang dakwa mereka “telah mengganggu kestabilan politik dan ekonomi” selain mengganggu perdana menteri untuk terus mentadbir negara.
Iklan


“Usul ini sangat perlu dibincang supaya kita boleh tengok sejauh mana perdana menteri mendapat sokongan daripada ahli-ahli parlimen,” kata Tuan Ibrahim.

“Sepatutnya yang tak puas hati kepada perdana menteri, bawa usul tak percaya. Bila usul tak percaya tidak ada, kita bawa usul percaya. Kalau selepas ini ada usul tak percaya, mungkin kita akan tarik balik usul percaya, akan mengundi usul tak percaya itu untuk menolak (usul),” kata Takiyuddin kemudiannya.

Untuk rekod, sesi Dewan Rakyat seterusnya akan bersidang bermula 9 Mac ini.

Peralihan kuasa perdana menteri dipersetujui sebelum pilihan raya umum ke-14, Mei 2018 lalu, yang menyatakan Mahathir akan menjadi perdana menteri terlebih dahulu sebelum menyerahkannya kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim, namun tempoh untuk peralihan itu berlaku tidak dijelaskan secara spesifik.

Dalam kalangan penyokong Anwar, mereka mendesak Mahathir untuk menyegerakan peralihan kuasa dan memberikan tarikh jelas beliau akan melepaskan jawatan.

Desakan itu semakin lantang setelah PH mengalami kekalahan berturut-turut dalam pilihan raya kecil (PRK) sebelum ini, menyebabkan ada yang mendakwa peralihan kuasa perlu disegerakan.

Bagi penyokong Mahathir dalam Bersatu, dan beberapa pihak dalam PKR seperti timbalan presidennya, Azmin Ali, mereka menyuarakan sokongan agar Mahathir terus menjadi perdana menteri sehingga habis penggal.

Sokongan tersebut turut dinyatakan secara terbuka oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Tuan Ibrahim sendiri.

Biarpun konsisten menyatakan akan mengotakan janji menyerahkan jawatan kepada Anwar, Mahathir juga ada memberi bayangan bahawa beliau tidak akan berundur sebelum selesai Sidang Kemuncak Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) yang akan dianjurkan Malaysia, November 2020.

Mengulas lanjut mengenai hal itu, kata Takiyuddin, mengikut proses yang sepatutnya, sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati dengan perdana menteri, mereka boleh mengemukakan usul tidak percaya yang sekiranya berjaya, akan memaksa perdana menteri melepaskan jawatan, atau menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan parlimen.

“Sekarang ni tak ada usul tak percaya, hanya cakap-cakap kosong sahaja bahawa perdana menteri ini tak mendapat sokongan, dan individu lain ada sokongan untuk menjadi perdana menteri.

“(Disebabkan) tak ada usul itu, kita yang akan bawa usul undi percaya kepada perdana menteri,” katanya.

Ditanya apakah cadangan tersebut akan turut dibincangkan dengan BN, Tuan Ibrahim hanya menjawab ia “akan dimaklum dan dibincangkan kemudian”.

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2020 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Takkanlah sbb bawa kabar angin boleh kena pecat hahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2020 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
arnauld replied at 8-2-2020 06:30 PM
Takkanlah sbb bawa kabar angin boleh kena pecat hahaha...

Persoalan yang membuka minda ni....
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2020 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Pm tepi selamanya

Atau


Bakal pm selamanya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2020 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Maka kempunanlah anwar nak jadi pm.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2020 07:28 PM | Show all posts

PM tepi ...............................................................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2020 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
PM tepi
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2020 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Janganlah sampai dia yang jadi PM.
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2020 08:58 PM | Show all posts
berani bn dan pas nak bergabung dengan atok.

korang tengok macam mana atok kenakan dapigs
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2020 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Move on dan redho sahajalaa bukan boleh ubah dunia pun kalau jadi PM
Kalau boleh tamatkan wabak coronavirus bagai ni takpela jugak.

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2020 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannn..blh mati celik ni sbb kempunan
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2020 09:47 PM | Show all posts
Aku merasakan PAS adalah lalang ditengah2..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2020 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
kemponan la kau nuar oiii
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2020 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
urgh muntah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2020 11:13 PM | Show all posts
tak merasa ler petrol RM1.50/liter..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2020 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat kek bang non siap ade patung dia tunggu tepi bangunan Putrajaya siap ade caption bakal PM..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2020 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Bangnon, bangnon..bila la nak cerdik????

We don't owe you that position ok?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2020 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Plot twist.. atok & bang non dh lama buat perjanjian utk wujudkan drama "Bakal PM 8" dengan niat utk tag team BN & Pas.. Game over party piggy utk next PRU.. Hashtag "Asal DAP jatuh"
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.304318 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list