Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
1234Next
Return to list New
2993
View
62
Reply

[Dunia] 1,700 kakitangan perubatan dijangkiti COVID-19

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 12-2-2020 04:33 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 15-2-2020 01:25 AM

500 kakitangan hospital di Wuhan dijangkiti Covid-19
12 Februari 2020

BEIJING - Kira-kira 500 kakitangan hospital di Wuhan, China sah dijangkiti wabak koronavirus (Covid-19) pada pertengahan Januari lalu.

Kebanyakannya adalah kakitangan di Hospital Wuhan Xiehe dan Hospital Renmin iaitu masing-masing mencatatkan 100 kes dan 50 kes.

Keadaan ini menyebabkan hospital mengalami kekurangan kakitangan di samping menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pekerja hospital mengenai kesihatan masing-masing.

Menurut sumber tidak mahu namanya dikenali berkata, walaupun pihak berkuasa ada melaporkan jangkitan yang berlaku dalam kalangan kakitangan hospital, namun ia tidak merangkumi secara keseluruhan.

"Bahkan, para doktor dan jururawat diminta supaya tidak menguar-uarkan perkara tersebut kepada masyarakat umum.

"Larangan itu bagaimanapun tidak dapat dijelaskan, namun pihak berkuasa sedang meningkatkan moral kakitangan perubatan.

"Lebih-lebih lagi apabila Dr Li Wenliang meninggal dunia akibat jangkitan virus tersebut seminggu selepas menerima amaran daripada pihak polis," lapor South China Morning Post.

Tambahnya, perkara ini membuktikan dan merupakan penanda penting bahawa mudahnya virus itu disebarkan dan boleh menyebabkan risiko kepada hospital.

Sementara itu, seorang doktor di hospital utama di Wuhan yang enggan namanya dikenali berkata, ramai kakitangannya sedih apabila melihat Imbasan Tomografi Berkomputer (CAT) rakan-rakan yang dijangkiti novel Covid-19.

"Kami di sini amat merayu sumbangan derma barangan keperluan perubatan terutamanya sut bahan berbahaya (Hazmat).

"Kawasan kuarantin yang menempatkan kakitangan perubatan yang sakit ketika ini juga sudah penuh. Terlalu ramai rakan kami yang jatuh sakit kerana tiada perlindungan sepenuhnya," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2020 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Bertabahlah....
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2020 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
hmmm.. harap takde kejadian ludah2 dekat staff sana..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2020 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu aku kata.. China byk menipu data kematian yg sebenarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2020 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya.. Sedih sungguh baca hal depa ni... Kadang kaka tak sanggup nak tengok video yg depa share
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2020 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Dasyat eh nk pi keje pon takot..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2020 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Takutnya...mudah merebak virus ni..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2020 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Mudah terkena kepada pemakan babi ja sbb virus tu ada dlm babi. Org2 Islam khususnya dan yg reti jaga makan insyaAllah tak kena. Org cina sgt terdedah dgn virus ni. Begitulah kata sumber dari KKM.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2020 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
lovelytouch replied at 12-2-2020 05:38 PM
Mudah terkena kepada pemakan babi ja sbb virus tu ada dlm babi. Org2 Islam khususnya dan yg reti jag ...

Tp rsnye kat wuhan tu ada gak pesakit Muslim yg kene.. Ada bc ari tu.. X tau dah pulih ke x..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2020 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 12-2-2020 04:45 PM
Sebab tu aku kata.. China byk menipu data kematian yg sebenarnya.

Uols dapat info dari Mana...dari Hospital Sultanah Bahiyah ke?

So jumlah sebetulnye berapa?

Najib betul bersalah ke tak?
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2020 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu la. Walaupun pakai full PPE pun belum tentu selamat. Bertabah jela demi tugas dan tanggungjawb
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2020 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
tak dapat bayangkan betapa kritikalnya keadaan disana, terpaksa berkerja dalam masa yang sama terpaksa mempertaruhkan keselamatan diri sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2020 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam mana agaknya nurse yang kena ludah haritu tu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2020 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
lovelytouch replied at 12-2-2020 05:38 PM
Mudah terkena kepada pemakan babi ja sbb virus tu ada dlm babi. Org2 Islam khususnya dan yg reti jag ...


Punya la menipu sumber KKM tu. Cuba Melayu Muslim pi Wuhan sekarang - akak nak tengok kebal Covid 19 ka idok.

Fyi kat Borneo pun sebenarnya tegar pemakan babi dan benda eksotik, but why tadak virus hapa kena so far? Pilis la do not blame babi for eberiting.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2020 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 12-2-2020 07:45 PM
Punya la menipu sumber KKM tu. Cuba Melayu Muslim pi Wuhan sekarang - akak nak tengok kebal Covi ...

Babi mmg penuh virus dlm dagingnyq uols kecuali uols sejenis bangsa pemakan babi jua..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2020 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah. Dah la penat, stress, tak cukup makan...memang immune jadi rendah. Kesian kakitangan kesihatan sana
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2020 09:04 PM | Show all posts
lovelytouch replied at 12-2-2020 05:38 PM
Mudah terkena kepada pemakan babi ja sbb virus tu ada dlm babi. Org2 Islam khususnya dan yg reti jag ...

memandai2 je ko ni dik... siap ber insyaallah tak kena macam yakin sangat... sekali kena baru kau tahu langit bumi ni tinggi ke rendah...
tak pasal2 nanti ada yang lurus bendul percaya sampai pergi wuhan sana sebab yakin sangat dia tak makan babi jadi dia takkan kena virus...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2020 09:07 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 12-2-2020 07:45 PM
Punya la menipu sumber KKM tu. Cuba Melayu Muslim pi Wuhan sekarang - akak nak tengok kebal Covi ...

dengan yakinnya letak - Sumber KKM
kenapa tak letak terus - Sumber Hadis / Quran

sama je orang semua tahu jugak memang tak sahih...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2020 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 12-2-2020 09:04 PM
memandai2 je ko ni dik... siap ber insyaallah tak kena macam yakin sangat... sekali kena baru kau  ...

Yihh kau akaq bukan confident cuma nak bagi korang semangat untuk hidup yihhhh pegi cuci tangan sana!
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2020 09:26 PM | Show all posts
lovelytouch replied at 12-2-2020 09:21 PM
Yihh kau akaq bukan confident cuma nak bagi korang semangat untuk hidup yihhhh pegi cuci tangan sa ...

ok hakaq.... tapi info ni tak helokk hokkeh sebab virus ni benda serius...
baik hakaq bagitau azwan ali bakal di saman malu dan kalah saman dan now dia tengah melopong lari dari malaysia ketakutan.. lagi orang rasa bersemangat nak hidup menunggu kejatuhan heolsss....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.139519s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list