CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Straya

Rumah Atuk di Keramat Yang Penuh Misteri

  [Copy link]
 Author| Post time 30-3-2020 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Straya at 30-3-2020 01:21 PM

Australia

Aku dah lama jugak tinggal sini & boleh la aku buat kesimpulan, hantu Kat Australia ni tak menakutkan banding kat Msia. Contoh la,dekat sini mana pernah dengar kena kacau hantu kalau drive kat highway tengah malam atau pagi buta.  Mana ada pontianak,langsuir dengan kain putih kejar orang atau duduk atas pokok mengilai. Tak pernah la dengar hantu sini suka gelak evil atau tegur2 macam kat Msia.

Rumah aku kat sini dekat dengan kubur - Guildford Cemetery. Kubur ni campur muslim & kristian. Malam2 kalau lalu kubur ni tak rasa takut langsung. Cuma kalau  aku drive malam sama anak2 aku, aku ikut jalan lain. Tak lalu kubur ni sebab ada pengalaman tak best jugak la. Nanti aku cerita. Tapi kalau kat Msia,kita lalu ladang getah pun dah takut kan.

Sebelum tempat sekarang,aku pernah tinggal Melbourne 3 tahun tapi tak ada kena kacau apa.Tahun 2011 kitaorang pindah Perth & tahun 2013 pindah masuk rumah sekarang ni.Rumah ni standard macam rumah lain sini, rumah sebuah & 1 tingkat.Rumah ni baru & waktu mula2 pindah tak ada apa2.Aku sibuk unload barang2 dari rumah lama.Makan masa berbulan la baru settle semua.Lepas dah settle barang2 semua,satu malam tu aku tidur tiba2 rasa macam berdebar2 & aku pandang sudut bilik aku nampak macam bayang2 color merah tapi tak jelas sangat.Aku kejutkan husband aku lepas tu bayang tu hilang.

Selepas malam tu,untuk seminggu dua tu aku asyik terbayang  setan dalam bentuk tengkorak pakai baju pengantin perempuan siap dengan veil tengah berdiri kat sliding door luar bilik aku.Tak tau apasal.Tak pernah nampak sebab sliding door tu tutup dengan langsir tapi dapat rasa.Cuba jugak google cari ada murder case ke,pengantin kena bunuh ke apa kat kawasan ni.Tak ada pulak.Lepas 2 minggu perasaan takut tu hilang macam tu aje.

Nanti jap sambung lagi.Anak aku kacau nak makan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2020 01:44 PM | Show all posts
Sedihnya baca kisan unty nisa ni..mcm dapat rasa keperitan dia...semoga Allah letakkan dia ditempat org yg beriman.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2020 02:23 PM | Show all posts
Edited by Straya at 30-3-2020 02:27 PM

Ok sambung balik.

Lepas 9 bulan pindah rumah sekarang ni,aku bersalin anak kedua aku.Aku tak berpantang sangat walau mak aku ada kat sini & teruk kena marah.Lepas 2 minggu bersalin,dah mula rasa bosan terperap kat rumah,ajak la suami berjalan naik kereta.Bawak baby sekali & anak pertama aku.Kitaorang jalan2 pergi beach yang agak jauh dari kawasan rumah aku ni.By the time balik,dah maghrib.Nak balik rumah,husband aku lalu jalan kubur pulak.Aku tak sempat nak warning dia.Husband aku ni tak percaya hantu2 ni konon sebab dia tak pernah kena.Tapi rasanya dia penakut sebab kalau dulu2 sebelum beli rumah,aku teringin nak sewa rumah2 lama.Ada rumah yang ratus tahun kat sini.Dia tak mau.Sama jugak kalau nak holiday,ambik air bnb atau hotel,dia mesti tak mau rumah lama.Cakap aje la takut keh keh.

Malam tu,lepas kitaorang balik,baby aku nangis tak henti-henti sepanjang malam.Mata dia asyik terpandang2 kat atas.Puas aku baca ayat kursi.Last2 mak aku tidur sekali dengan baby & mak aku berzikir sepanjang malam.Dekat nak pagi,barulah baby tidur.Esoknya memang teruk la aku kena marah dengan mak aku.Lepas tu kalau keluar malam dengan budak2,kitaorang elak lalu jalan kubur.Melainkan kalau kitaorang drive sorang2,lalu aje sebab kawasan kubur ni tak seram & short cut.

Cuma sekali aje sepanjang aku 7 tahun dah duduk rumah ni,aku dengar suara. Waktu hari kejadian tu,siangnya mak aku cakap pada anak sulung aku,dia kata tak elok simpan doll sebagai toy.Anak aku dapat birthday present, patung Anna Frozen yang besar.Mak aku cakap kena buang doll ni sebab dalam dia hollow nanti hantu boleh duduk.Anak aku tak puas main lagi dengan birthday present dia jadi dia kata nak buang esok.Malam tu dalam pukul 3 pagi,aku bangun nak minum air.Waktu aku pergi dapur,aku dengar suara perempuan 2 orang berborak.Kuat suara dia macam dalam rumah.Bilik anak aku ni dekat dengan dapur.Aku waktu tu berani2 seram.Lepas dengar suara tu,aku masuk bilik anak aku & cari doll tu.Terus aku pergi luar buang dalam bin sampah.Aku pun tak sangka,berani jugak aku.

Time2 lain yang kena kacau selalu dalam bentuk mimpi atau toys budak2 ni berbunyi. Dalam mimpi selalu benda ni macam bukan berani sangat tapi nak kacau jugak.Contoh,aku nampak budak perempuan dalam mimpi tapi dia tak berani pandang aku,muka tunduk aje.Bila aku nak tengok muka dia berpaling & tunduk tapi time tu jugak aku terjaga & naik bulu roma.

Kalau toys pulak,selalu malam2 berbunyi sendiri dalam 2,3 toys serentak walaupun tak bergerak. Waktu aku tengah type cerita hantu pasal kat UM, tengah seram2 sambil type tu,tiba2 dua toys musical box anak aku berbunyi sendiri.Padahal siang tak pernah pun berbunyi kalau anak2 aku tak main.

Itu aje la cerita kena kacau kat rumah aku sekarang ni.Lepas ni,aku cerita pasal kawan aku pulak.Pengalaman dia lain sikit.Sebab hantu yang kacau dia menakutkan.Lepas tu kerap jugak jumpa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2020 02:36 PM | Show all posts
adila39 replied at 30-3-2020 01:44 PM
Sedihnya baca kisan unty nisa ni..mcm dapat rasa keperitan dia...semoga Allah letakkan dia ditempat  ...



Memang sedih tapi aunty Nisa ni happy go lucky.Tak pernah la nampak dia sedih & nak mengadu nasib.Dia happy aje.Even ada gambar dia dekat hospital tersenyum lebar dengan mak & makcik2 aku lain lepas tau dapat cancer.Teringat2 gelak dia bila dia dah tak ada ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 02:58 PM | Show all posts
Straya replied at 30-3-2020 06:36 AM
Memang sedih tapi aunty Nisa ni happy go lucky.Tak pernah la nampak dia sedih & nak mengadu na ...

selalunya mcm tu sis, org yg nampak happy ni we never know..but ye la i baca i feel very close and terasa sungguh. Al fatihah utk arwah. So dah xde la ya citer hantu lain? btw suami arwah and anak anak ok ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Straya replied at 30-3-2020 02:23 PM
Ok sambung balik.

Lepas 9 bulan pindah rumah sekarang ni,aku bersalin anak kedua aku.Aku tak ber ...

Yang 2 org borak tu in English ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-3-2020 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
adila39 replied at 30-3-2020 02:58 PM
selalunya mcm tu sis, org yg nampak happy ni we never know..but ye la i baca i feel very close and ...

Ya betul.Aunty Nisa ni walau nampak happy2 tapi kalau nak nasihat,my cousins semua pergi ke dia.She was full of wisdom & positivity.
Anak2 & husband dia ok.Cuma dia ada 3 girls yang belum kahwin lagi.Kesian fikir bila nak kahwin nanti mama diaorang dah tak ada.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2020 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
freesia71 replied at 30-3-2020 05:12 PM
Yang 2 org borak tu in English ke?

Tak berapa jelas cakap dalam bahasa apa walaupun kuat tapi macam english
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2020 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Straya replied at 30-3-2020 02:23 PM
Ok sambung balik.

Lepas 9 bulan pindah rumah sekarang ni,aku bersalin anak kedua aku.Aku tak ber ...

Wah Guildford... sbb dulu tinggal dekat Maylands.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2020 10:54 PM | Show all posts
Ingwer replied at 30-3-2020 08:30 PM
Wah Guildford... sbb dulu tinggal dekat Maylands.

Tahun berapa?I tinggal Maylands jugak dulu 2011 - 2013
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2020 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Straya replied at 30-3-2020 10:54 PM
Tahun berapa?I tinggal Maylands jugak dulu 2011 - 2013

Saya dekat Hubert Road. Tahun 2010-2011.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2020 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
TT dah PR ke kat Perth? Sy pernah stay area west leederville dan claremont dulu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2020 10:51 AM | Show all posts
cmf_Maxx replied at 2-4-2020 10:36 PM
TT dah PR ke kat Perth? Sy pernah stay area west leederville dan claremont dulu.

wah leederville & claremont tempat orang kaya..ya dah pr

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2020 12:53 PM | Show all posts

Kawan Aku Tahir


Ni cerita pasal kawan aku pangkat adik2 yang aku namakan Tahir. Dia ni kerja sebagai chef kat perth. Muda 12 tahun dari kitaorang laki bini tapi dia panggil aku kakak. Kitaorang rapat dengan parents dia yang aku panggil kak mahani & abang zahir. Mengikut kak mahani, tahir ni dari kecik lagi,kerap attract hantu. Dioarang ni orang taiping, perak & atuk tahir i ada kilang roti di taiping. Kadang2, kak mahani akan drive van jemput pekerja kilang & hantar ke rumah diaorang masing2.

Tahir waktu tu umur lebih kurang 3 tahun. Kadang2 waktu tengah drive van tu, kak mahani kata ada pontianak terbang kat tepi van sambil pandang tahir & tahir waktu tu dah tergagap sebut hantu hantuu. Ada sekali diaorang ambik gambar ramai2 waktu malam dalam rumah,waktu open house hari raya. Dalam gambar tu nampak ada pocong berdiri sebelah tahir. Gambar tu diaorang buang lepas tu.

Tahun 2007 lepas kak mahani dapat pr, diaorang satu keluarga pindah ke perth. Tahir habiskan high school kat sini & lepas tu ambil diploma in culinary.

Rumah pertama diaorang sewa di kawasan perumahan nama Morley. Sewanya murah jadi sebab tu cepat2 diaorang hantar application nak tinggal sini. Rumah ni 4 bilik & besar tapi menurut tahir dalam rumah tu sentiasa kelam. Walaupun bukak blind masih lagi gelap. Bilik yang tahir tidur tu ada hantu perempuan tua yang selalu kacau dia. Kalau tahir tak ada kat rumah, hantu tu akan merayap kat dapur & kacau kak mahani. Tahir cakap dia ada ambik gambar & nampak hantu orang tua tu siap ada taring tapi aku tak sempat tengok sebab tak kenal lagi dia time tu. Kak mahani kata sekarang kalau lalu rumah sewa tu nampak buruk macam tak ada orang tinggal dengan rumput2 panjang.

Selepas tu diaorang beli rumah di kawasan dekat dengan Ellenbrook. Kawasan ni jauh dari bandar perth. Kalau nak pergi sana, kena lalu swan valley & caversham yang popular dengan pelancong sebab ada ladang anggur,chocolate factory & caversham wildlife park.Swan valley pulak dekat dengan bandar lama guilford & sekolah paling awal di perth ni terletak di guilford. Apa kaitannya? Ni aku nak cerita.

Waktu ni tahir dah kerja kat crown hotel tak silap. Kerja chef kat hotel ni waktu kerja tak menentu. Jadi 1 hari tu tahir habis kerja pukul 2 pagi. Dia pun balik kerja drive macam biasa lalu kawasan swan valley dengan caversham ni. Kawasan sini sunyi jugak malam2 sebab banyak tanah lapang & rumah pun jauh2. Sambil drive, si tahir ni texting kawan dia. Tengah2 text messaging tu, tahir dengar camera phone dia berbunyi. Dia ingat tertekan & buat tak tau aje. Esoknya paginya, dia tengok ada satu gambar dalam phone dia. Gambar tepi jalan kat pokok besar waktu malam. Dia tengok2 balik macam dekat swan valley lepas tu baru teringat yang dia dengar camera phone dia bunyi semalam.

Tahir nampak ada macam figure orang kat bawah pokok tu. Bila zoom in nampak bayang budak perempuan dalam school uniform. Aku dah tengok gambar tu & memang seram gila. Budak tu rambut pendek macam bob haircut, bila zoom in bahagian muka nampak 2 dot hitam kat tempat mata. Uniform dia color hitam paras lutut & peter pan collar warna putih macam gambar kat bawah ni. Yang paling seram, dekat bahagian yang sepatutnya tangan dia, macam bentuk kilat warna merah. Tangan dia panjang sampai ke kaki. Tempat yang tahir terambik gambar tu dekat dengan guildford primary school, sekolah tertua sini yang wujud sejak tahun 1868. Mungkin budak dari sekolah tu?




Tahir ni jenis suka tukar2 kerja & selepas tu dia mintak kerja lain & dapat kat hotel di sebuah pulau. Aku lupa nama pulau tu. Tahir suka kerja sini sebab tempat tu cantik & dia suka colleagues semua tapi tak sampai seminggu, dia quit & balik ke perth. Dia tak tahan kena kacau. Tempat tinggal untuk staff, hotel situ sediakan. Tahir dapat bilik macam rumah sebuah jauh dari staff lain. Tiap2 malam kena kacau. Benda tu ketuk bilik dari tengah malam sampai pagi. Tahir ada tunjuk video memang dengar bunyi ketuk2 tak henti kat pintu bilik dia. Nak mintak bilik lain dah penuh pulak,itu aje available. Jadi tahir resigned & balik. Selepas tu,dia kerja kat aiport.

Tahir ni pernah kena sihir jugak. Ex-tunang dia kat msia hantar hantu siam ke tahir ni sebab sakit hati. Padahal ex-tunang dia ni yang buat hal ada boyfriend lain. Aku tak pernah tengok tahir kena sampuk tapi kak mahani kata, bila tahir kena kacau dengan hantu siam ni, dia boleh tak sedar macam mabuk & siap menari siam. Dalam 2 minggu jugak tahir ni macam tu & terpaksa berhenti kerja. Lepas 2 minggu, berjaya jumpa seorang ustaz melayu yang boleh ubatkan tahir. Lepas tu dia ok & sambung kerja balik.

Sekarang ni dah lama jugak tak dengar tahir ni kena kacau. Sekarang ni dia sibuk nak cari girlfriend, asyik tukar girlfriend & putus. Macam nak balas dendam pada ex-tunang dia pulak.





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Straya replied at 3-4-2020 12:53 PM
Kawan Aku Tahir



Kalau di sana kena gangguan, banyak ke macam ustaz2 yang boleh cari untuk minta bantuan? Ada ke orang non muslim yang minta bantuan muslim untuk gangguan jin dan syaitan ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2020 03:39 PM | Show all posts
MissVixen replied at 3-4-2020 01:46 PM
Kalau di sana kena gangguan, banyak ke macam ustaz2 yang boleh cari untuk minta bantuan? Ada ke or ...



InsyaAllah boleh.Sebab sini komuniti melayu besar.Masjid pun banyak & masjid2 melayu ada kat rivervale,wattlegrove,padbury & kalau jauh sikit masjid rockingham & kattaning.Kalau kes yg libatkan non-muslim tak pernah pulak dengar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2020 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Alaa abih dah ke?? Thanks TT. Jalan cerita mcm dlm buku. Best!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-4-2020 02:27 PM | Show all posts
ice98 replied at 11-4-2020 05:17 PM
Alaa abih dah ke?? Thanks TT. Jalan cerita mcm dlm buku. Best!


Thanks.Ha’ah kira dah habis dah cerita.Thank you sudi baca sampai habis.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2020 11:03 PM | Show all posts
Cerita menarik. Jalan cerita senang faham. Aku merempit baca dari page 1 smpai habis.  Jarang aku nk comment, sbb selalu silent reader.  Cerita bukit keramat menarik, sbb aku dulu pernah site kt mindef. So kalau jalan2 kt gurney tu, tau la, selalu lalu kalau nk pegi jelatek atau setiawangsa. Aku pun jenis suka tgk bangunan lama, banglo lama. Selalu fascinate dengan classic architecture and the story behind.
Jalan Kent depan mindef tu, banyak baglo lama, design zaman P.ramli, aku suka tengok.  
Kalau biasa jalan semarak, Ada satu banglo besar, berdepan bangunan jupem kat jalan perumahan gurney. Besar gila.. sebijik je kt situ. Skrg dah kena roboh, dah naik Semarak Residences kt tapak situ. Sayang betul.

Cerita pasal tahir, duduk oversea pun boleh kena sihir. Jauh betul Jin siam tu merantau.  Org dengki busuk hati, syirik ni mmg bersepah. Santau Trump kan bagus, ada faedah sikit.
Al Fatihah utk Aunty Nisa.

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2020 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Habis dah khatam..best cerita sis..Al fatihah untuk aunty nisa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.217852 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list