CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mahathirGX

[Tempatan] 35 Kematian di Malaysia COVID-19( Latest death 8)

  [Copy link]
Post time 21-3-2020 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Patronus replied at 21-3-2020 05:52 PM
Dia pelajar msia di korea, blk dr korea join tabligh 27/2-1/3. 2hb dia dh start demam tp ke luar n ...

serius dia selfish tahap gaban. dah tau demam tu boleh plak pg travel blk.ni ngamuk plak kat hospital
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2020 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 21-3-2020 08:26 PM

yg 2 kematian ank berank  kat Swak tu..drp mana puncanya???...katanya xde kaitan ngn tabligh sri petaling tu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2020 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Cassieopeia replied at 21-3-2020 08:33 PM
serius dia selfish tahap gaban. dah tau demam tu boleh plak pg travel blk.ni ngamuk plak kat hospi ...

Mengamuk kat hospital mcm mana? Sbb apa dia plak yg mengamuk?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2020 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
wana89 replied at 21-3-2020 08:15 PM
Ahli dia pergi wuhan, satu church kena quarantine..pastor carrier la masa attend wedding tu :fun ...

Itulah. Yg lagi ngeri, sampai je result dah terlambat. Umur 40. Anak lg struggle.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2020 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by belilies at 21-3-2020 09:13 PM
scorpionkiki replied at 21-3-2020 08:29 PM
Tak...yg kes kelima tu mulanya diaorang ingat sbb low blood pressure. Arwah admitted di private ho ...


Dorg muslim ke? Ikut infografik tu deyols bwh kluster tabligh. Tp masa iols tau news tu rasa cam deyols kluster church, assumed deyols cainis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2020 09:16 PM | Show all posts
pu3_rania replied at 21-3-2020 07:11 PM
Setuju sgt dgn hang
Pemimpin PH pula asyik berkecamuk rebut kuasa dan syok sendiri sampaikan byk  ...

Geng PH   tak  menganggap benda   ni kritikal      setakat   arahan    kawalan pergerakan    aje   ....kontrol     penduduk       guna  polis ...
Tapi   sekrg  ni    negara   MKN   yg   control    dah  ....   penggunaan  tentera    dibolehkan   


Bawah Arahan 20 MKN ada 11 jenis bencana termasuklah bencana Pandemik penyakit berjangkit dimana Nadma dan seluruh aparatus keselamatan termasuklah tentera boleh di kerah untuk membantu

https://web.facebook.com/wratacticalist/posts/440746723006672?__tn__=K-R
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-3-2020 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Susah org degil ni
Termasuk Mak aku dgn runner dia

Aku ngan husband punya lah berjagajaga waktu keluar
Tetiba datang si runner datang rumah dan mak aku bg si runner masuk tanpa pengetahuan aku
Duduk sebelah2 sbb ada benda yg nak ditunjukkan si runner kepada mak aku

Aku dok atas
Dengar suara borak2
Ingat kan anak bujang aku
Mula2 perlahan dan x dengar suara Mak aku
Dalam 5 minit
Baru aku turun
Pi halau si runner tu
Siap dia kata dia askar - kuat la konon tu
Aku cakap stayhome stayhome
Yg kau berjalan kenapa
Dah dah balik balik

Adoiiii marah sungguh aku tadi
Bukan aku x bercerita kat mak aku
Siap dia boleh bgtau kat runner yg aku takut
Ehhh aku cakap ni bukan takut
Ni penyakit bahaya

Adoiii dah lah dok sebelah2
Dgn runner x pakai mask
Aku bukak kan pintu cepat2 supaya si runner tu cepat keluar

Aku marah kat Mak aku
Aku cakap x tahu dia drpd mana dgn x pakai mask
Aku cakap lepas abis curfew
Pegi lah settle hal rumah sewa dia tu

Oooiiii berbulu sungguh aku
Senang je Mak aku jawab
X tau lah mak
Dgn tonasi malas nak dengar aku bercakap

Bengang oooiiii
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2020 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
scorpionkiki replied at 21-3-2020 08:23 PM
Ya...anak lelaki baru admit smlm...sekali dgn isteri. Yg jd kerisauan ialah diaorang mmg tak ada c ...

Tapi risau la masa yg si ibu meninggal.biasa la kita tetamu dan kenalan slalu akan kontak dekat siap peluk org tdekat yg meninggal utk mcm solidariti.harap yg kontak dekat dgn dorang pun mula kuarantin diri lepas tau kes ni owh.......sedih btl ni sampai 3skali.harap yg anak msh admit tu mampu mlawan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2020 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Hospital pakai test kit apa lambat dpt result.negara lain test kit 30 min dpt result
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2020 09:21 PM | Show all posts
Gadis hidap Covid-19 sayu kehilangan ayah

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ayu-kehilangan-ayah

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Mac 2020 @ 8:55 PM

Ahmad Suhael Adnan
ahmad.suhael@bh.com.my


Syahira (kiri) bersama arwah bapa dan ibunya.  Ihsan twitter Syahira Idris.

SEORANG gadis yang dijangkiti koronavirus baharu (Covid-19), hanya mampu menitipkan doa dari jauh kepada bapanya yang disahkan meninggal dunia akibat wabak itu, hari ini, lapor BH Online.

Menerusi Twitter, Syahira Idris menzahirkan kesedihan kerana tidak dapat membantu menguruskan jenazah bapanya kerana dikuarantin di hospital bersama kakaknya, yang turut dijangkiti pandemik itu.

“Dengan berat hati, ayah saya Idris bin Atan telah pun meninggal dunia. Doakan jenazah ayah dicucuri rahmat.

“Doktor kata ayah pergi dalam keadaan tenang sangat. Terima kasih yang mendoakan ayah selama ni. Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa kalian.

“Seperti dimaklumkan, kami tidak dapat menguruskan jenazah ayah. Saya dan kakak tidak dibenarkan keluar hospital.

“Hanya doa di kejauhan. Adik akan berada di Bahagian Forensik Hospital. Lega bila tahu ayah pergi dalam keadaan yang tenang sangat. Alhamdulillah Ya Allah,” katanya, menjelaskan bapanya bukan antara jemaah tabligh yang hadir ke Masjid Seri Petaling, awal bulan ini.

Nukilan Syahira yang meruntun hati itu, mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen yang rata-ratanya mendoakan arwah bapanya serta mendoakan keluarganya diberi kekuatan moral berdepan kesukaran itu.

Syahira turut memuat naik gambarnya bersama bapa dan ibunya, sambil mengucapkan terima kasih kerana Idris menjadi seorang bapa dan suami yang baik.

“Ayah kini di tempat lebih baik sekarang. Kami sayangkan ayah, tapi Allah lebih sayangkan kamu,” katanya.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kematian ketujuh, yang juga kes ke-290 dijangkiti Covid-19 membabitkan lelaki berusia 57 tahun, yang mempunyai sejarah perjalanan ke Vietnam dan kontak dengan kes positif Covid-19 daripada kluster tabligh.

“Beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 18 Mac 2020 setelah mengalami gejala demam, batuk dan sakit tekak selama seminggu.

“Keadaan kesihatan beliau kemudiannya merosot sehingga memerlukan bantuan pernafasan pada keesokan harinya. Beliau disahkan meninggal dunia pada 3.22 petang hari ini,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2020 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 21-3-2020 11:52 AM
Shiiitttt viral dah gamba. Masak heols!

xdptla cari gambar dia... jenuh belek twidder td
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2020 09:26 PM | Show all posts
Covid-19: Bapa saudara Muaz meninggal dunia

https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... uaz-meninggal-dunia

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Mac 2020 @ 9:12 PM

Syafil Syazwan Jefri
syafil.syazwan@hmetro.com.my


Idris Atan (kiri) bapa saudara, penyampai radio Kool FM, Muaz meninggal dunia akibat Covid-19.  FOTO Arkib NSTP & Ihsan Twitter  Syahira Idris.

BAPA saudara, penyampai radio Kool FM, Muaz Mohamed iaitu Idris Atan disahkan meninggal dunia akibat jangkitan wabak Covid-19, jam 3.22 petang tadi.

Muaz berkata, perkara itu adalah kejutan besar buat seluruh keluarganya dan menjadi berita yang paling ditakutinya.

"Benda yang paling saya takut terjadi juga. Pak Uda saya iaitu Idris bin Atan kini pergi buat selamanya.

"Kami sekeluarga masih terkejut dengan apa yang berlaku. Begitu cepat virus Covid-19 ini merebak," katanya.

Muaz juga meluahkan rasa simpatinya kepada anggota keluarga bapa saudaranya dan mendoakan kesejahteraan roh arwah dipermudahkan segala urusan.

"Moga Mak Uda, Kak Long, Kak Ngah dan Lokman kuat dalam menghadapi dugaan yang getir ini," tulisnya.

Terdahulu, perkara sama dikongsikan anak arwah, Syahira Idris di laman Twitter.

Menerusi laporan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara petang tadi, Idris adalah antara empat mangsa yang disahkan meninggal dunia hari ini, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat ini kepada lapan kematian.
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2020 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 21-3-2020 09:33 PM

Pergilah pinjam ventilator banyak2 dari china.
pergi la kedai 3d printing ventilator 3d tu.
Atau akan sampai waktu doc pilih sapa perlu hidup sapa perlu mati kah
Malaysian tak ambil pelajaran dari china itali iran
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2020 09:35 PM | Show all posts
anakmak replied at 21-3-2020 09:17 PM
Susah org degil ni
Termasuk Mak aku dgn runner dia

sama mcm kes parents aku pulakayah aku jenis tak tahan duduk rumah
mak aku sempat pulak pesan belikan makeup remover bagai
aku kt kl ni dgr pun stress
rasa nak balik kpg jer
sampai aku masak pun lupa letak garam

baby boomer tak makan nasihat kot
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2020 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Susah kannn!
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2020 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
belilies replied at 21-3-2020 09:12 PM
Dorg muslim ke? Ikut infografik tu deyols bwh kluster tabligh. Tp masa iols tau news tu rasa cam ...

Muslim.....good muslim lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2020 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 21-3-2020 09:29 PM
Pergilah pinjam ventilator banyak2 dari china.
pergi la kedai 3d printing ventilator 3d tu.
Atau ...

Hak ah..dgr kat italy teepaksa guna 3d printing
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2020 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
scorpionkiki replied at 21-3-2020 09:39 PM
Muslim.....good muslim lagi

Ohmy. No wonder deyols letak bwh kluster tabligh. Tapi ada jg nampak comment kat fb kata sbenarnya masih siasat lg
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2020 09:54 PM | Show all posts

BODOH punyer student...
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2020 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Oleh Ammar Zahar


Saya harap semua rakyat Malaysia faham..

Negara kita tak banyak pilihan nak mendepani Covid ni.

Kita bukan macam China. Ekonomi power. Buat hospital baru tak sampai sebulan. Kita? Hospital kita nak buat 2015 pun tak siap2 lagi.

Kita nak lockdown macam negara barat, pasti banyak bisnes lumpuh. Ekonomi kita tengah teruk. Minyak jatuh bawah $30/tong, memang biasa terjadi pada musim2 gawat je.

Kita nak buat mass testing macam Korea Selatan, test kit kita pun bukan ada banyak. Kita tak kaya macam mereka.

Kita nak kena perintah berkurung lama2, siapa nak bayar gaji kita lama2? Kita bukan macam US. Semua dibaginya beribu ringgit sebulan. Kita? Nak dapat RM 600 pun bukan semua orang dapat.

Kita nak pasrah berserah je biar diserang Covid, Dr ngan nurse kita tak cukup nak layan kita. Again, kita bukan China yang siap boleh pinjamkan Dr ke negara lain lagi.

Tapi lagak kita??

Macam negara kita ni ada minyak bawah lantai. Suka hati kita je macam semua orang kena jaga kita.

Cuba tengok carta Covid hari2. Sekarang negara kita ditangga ke-3 ASIA tau?

Ni bukan carta ERA..  

Ni carta paling banyak kes.. Kalau compare kekayaan ekonomi kita dalam Asia, toksah cakap la. Perkembangan ekonomi kat Asia tenggara pun kita kalah dengan Indonesia. Toksah cerita Asia!

Agaknya negara Asia lain tengok kita diorang fikir..

"Serius la Malaysia ni.. Korang boleh handle ke?"

Minyak jatuh teruk..

Duit dah makin jatuh sampai RM 4.30 sedollar.. Politik tak stabil.. Covid-19 pun macam buat main2 je

Negara kita memang jauh tak bersedia berbanding negara2 lain bab ekonomi untuk berdepan dengan Covid-19 ni n kita boleh plaaaaakkk sedap2 mengeteh siap main carrom lagi tu. Amboih!

Jangan terkejut la..

Mungkin sekarang KKM cari kita pujuk nak ajak pergi hospital suruh test..

Kalau kita dah tak mampu n frontliner give up, nanti kita terbiar mati kerass je kat rumah. Orang nak uruskan mayat kita pun takut berjangkit ke dia..

Menteri kesihatan Belanda dah give up dah ni handle Covid-19. Ni kita suka2 kita je kutuk Menteri KKM kita. Macam kita power sangat?

Netizen dah pesan..

PM dah pujuk...

Ini sampai YDPA pun cemar duli nak jaga kita...  

Tolong la..

Kesian kan sikit kat kawan2 yang kerja setiap hari kat hospital. Sampai ada sorang ICU tak pasal2 sebab nak handle kes kita..

Satu je nak pesan..

Kalau kita tak boleh nak tolong orang, jangan pulak kita jadi jenis yang menyusahkan orang. Boleh?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.113805 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list