CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5299|Reply: 64

[Jenayah] JIZZZ...! KLONG! KLONG! Kebimbangan Covid-19 Sehingga Kehidupan Tertekan Dan Nas

  [Copy link]
Post time 29-3-2020 11:55 AM | Show all posts |Read mode
Edited by AceHand at 29-3-2020 12:01 PM

[AceHand SPECTaceLAR]

Posting bawah ni bukang aku punya... Tapi saja mau kongsi sebab rasanya ia sesuai kat sini dan boleh bagi manfaat untok semer yang pandai membaca... Kopi pes dari wasep dengang kebenarang...

Kebimbangan Covid-19 sehingga kehidupan tertekan dan nasihat untuk diri

Tatkala kita berada dalam situasi ‘terkurung’, kerana Perintah Kawalan Pergerakan, kemungkinan bagi kebanyakan dari kita merasakan bosan, dan ada yang sampai tak tentu arah. Mahu tak mahu, wabak Covid-19 ini bukannya wabak yang melanda di satu-satu tempat sahaja, bahkan wabak ini dah melarat ke seluruh dunia, dan di banyak tempat pihak berkuasa mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan, ada juga tempat dikenakan ‘Total Lock Down’ atau Larangan Pergerakan secara penuh.

Dalam keadaan begini, tambah pula dengan risiko jangkitan wabak yang dimaklumkan sangat mudah berjangkit, dan begitu bahaya, maka sudah tentulah cara kehidupan kita akan berubah. Bahkan mungkin ada di antara kenalan kita yang sudah dijangkiti, atau ada yang meninggal akibat jangkitan wabak ini, maka sudah tentu kita meyakini benarnya musibah ini sedang melanda di negara kita, di tempat kita!

Bagi yang dijangkiti, ini bukanlah penamat kehidupan anda. Bagi yang merasakan ada risiko kemungkinan dijangkiti, ini adalah masa untuk muhasabah diri. Bahkan untuk semua kita, sebenarnya kita sepatutnya selalu muhasabah diri, periksa diri sendiri, apa yang kita lakukan seharian? Adakah kita berasa yakin diri kita ini termasuk dalam pengakhiran yang baik (husnul khatimah)? Tepuk dada, tanya Iman….

Bagi teman-teman yang dijangkiti, ini merupakan satu ujian. Bagi yang beriman dengan Al-Quran, kita meyakini bahawa:

Tidak ada musibah yang menimpa melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (At-Taghabun, 11)

Jaga diri, ikut nasihat pakar, ikhtiar berubat, tawakkal pada Allah. Tingkatkan amal ibadat, moga Allah merahmati kita dengan kehidupan yang lebih baik semoga disembuhkan oleh Allah. Nabi Ayyub A.S. merupakan seorang nabi yang diuji dengan ujian kemudaratan yang sangat besar pada kesihatannya, baginda tetap istiqamah bergantung kepada Allah walaupun sehingga ditinggalkan ahli keluarga, sehinggalah sampai ketetapan Allah maka baginda pun sembuh.

Pengekangan penularan wabak Covid-19 ni memerlukan pengasingan, ahli keluarga sahabat handai, jiran tetangga semua tak boleh mendekati, tinggallah diri sendiri untuk lebih bertawakkal pada Allah.

Cukuplah Allah untuk (menolong) kami dan Dia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami). (Aali-‘Imran, 173)

Bagi yang mengalami trauma kerisauan yang melampau, kerana timbul kebimbangan risiko jangkitan, kerana kemungkinan pernah ada kontak dengan golongan tertentu yang dikatakan positif Covid-19, ingatlah bahawa hakikatnya kita tidak tahu pun sebelum ini yang wabak seperti ini berlaku pada zaman kita. Apabila kita terus menerus menyalahkan orang itu, orang ini, golongan itu, golongan ini, ketahuilah kita hanya membuatkan diri kita semakin kusut. Kehidupan kita menjadi semakin sempit, sempit-sesempitnya sehingga tenggelam dalam khayalan apa yang akan berlaku pada diri kita, pada keluarga kita, pada orang lain….

Hakikatnya kita hanya ada sedikit kudrat yang ditetapkan oleh Allah, setakat mana kemampuan kita, setakat itu sahaja ujian yang Allah berikan pada kita. Kita tidak mampu menghalang wabak ni menular dari awalnya, ini sudah jadi ketentuan Yang Maha Berkuasa bahawa wabak ini berlaku dengan izin-Nya. Sama juga kita tidak ada kemampuan untuk menghalang diri atau keluarga kita dari mendekati suspek yang mungkin positif, dan jika ini telah berlaku, ia merupakan taqdir untuk kita. Apa yang kitab oleh buat, dalam lingkungan kemampuan kita dengan usaha dan kudrat yang kita ada, adalah dengan ikut nasihat dari pakar tentang cara-cara pencegahan, dan juga ikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dalam usaha membendung wabak ini. Perdana Menteri sendiri pun berdoa kepada Allah, mohon pertolongan Allah, kerana sesungguhnya setiap ketetapan Allah itu pasti berlaku. Kita berusaha, dan mohon yang baik-baik dari Allah, semoga Allah kurniakan yang terbaik untuk kita.

Baru-baru ini tular dalam media sosial tentang seorang staf USM yang positif Covid-19, yang mengalami gejala yang teruk sehingga dimasukkan ke hospital. Disamping berita tular itu ada juga terselit berita yang tak benar. Saya (penulis) merupakan kenalan beliau (kira rapat juga lah), dan kini beliau telahpun sembuh dan telah dibenarkan keluar dari hospital pada 23/03/2020. Boleh dikatakan ajaib, tidak ada seorang pun ahli keluarga yang positif Covid-19, termasuklah isteri yang merawatnya sebelum beliau dibawa ke hospital. Juga setakat yang diketahui semua kenalan dan staf USM, yang ada kontak terus dengan beliau, semuanya negatif Covid-19. Umum diketahui Covid-19 ni sangat ‘contagious’ (mudah berjangkit), akan tetapi ia tidak berlaku pada keadaan yang semua orang sangka berlaku. Ini adalah ketentuan Allah Yang Maha Menentukan.

Akhir sekali saya ingin berkongsi hadith berikut:

Sahih Bukhari, Kitab At-Tibb (Perubatan)
وَقَالَ عَفَّانُ حَدَّثَنَا سَلِيمُ بْنُ حَيَّانَ، حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ مِينَاءَ، قَالَ سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ، يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏
لاَ عَدْوَى وَلاَ طِيَرَةَ وَلاَ هَامَةَ وَلاَ صَفَرَ، وَفِرَّ مِنَ الْمَجْذُومِ كَمَا تَفِرُّ مِنَ الأَسَدِ

Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: Tiada ‘Adwa (tiada penyakit berjangkit menular dengan sendirinya - melainkan dengan izin Allah), juga tiada Tiyarah (menganggap nasib malang atau sial sehingga tidak beramal), juga tiada Hamah (kepercayaan jahiliyyah tentang penjelmaan semula), juga tiada Safar (kepercayaan malang atau keramat dalam bulan Safar), dan jauhilah dari penyakit kusta seperti menjauhi dari singa.

Tiada penyakit yang berjangkit dengan sendirinya, melainkan dengan izin Allah. Ini bukan bermakna tiada penyakit berjangkit seperti wabak, kerana telah thabit dari hadith lain bahawa jika kita tahu sesuatu tempat ada ta’un (wabak), diperintahkan kita untuk tidak masuk ke tempat tersebut. Jika wabak telah sampai ke tempat kita, jangan kita keluar dari tempat kita, ini sama seperti kuarantin.

Apa yang ditekankan dari hadith di atas, bila ada wabak, keyakinan kita bukannya penyakit itu boleh berjangkit dengan sendirinya, melainkan ia hanya boleh berjangkit dengan izin Allah. Apabila kita ada keyakinan yang betul sebegini, di samping beramal dengan perintah jangan masuk ke tempat yang diketahui ada wabak, dan kuarantin di tempat kita bila diketahui ada wabak di tempat kita, maka kita akan lebih tenang dan redha ketentuan Allah, dan InshaAllah  dalam setiap keadaan apabila kita mentaati Perintah Allah, perintah Rasul dan Ulil Amri (pemerintah), akan ada kejayaan walaupun mungkin bertentangan dengan kehendak dan logik pemikiran kita.

WAllahu a’lam
-MNM-
29/03/2020


Jizzz... Klong! Klong!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2020 11:56 AM | Show all posts
Terima kasih untuk peringatannya, semoga dipermudahkan urusannya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Mekasey abang atas perkongsiang..
Tetiba mengidang nak makang bege lak
Haishhh

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Bege masak sendiri tak susah hehee

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq Abam Ostaz Bod Agama atas perkongsian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Awal2 perintah PKP dilakukan.
Ibu aku yg paling terkesan, fikirkan keadaan abg aku kat Spore nun dengan
Nenek aku yg tinggal sorg2 kat kampung, nak ambil nenek tak smpat sbb kebetulan nenek baru balik dari Cameron..dia kena kuaratin diri dan tak nak kami dtg ambil.
Ibu aku ada hypertension, jadi bila dia tenguk tv, internet dia jadi takut, stress, tertekan
Bila dpt tahu PKP dilanjutkan lagi smpai 14April dia tak tentu arah..aku n bapak mmg takut ibu aku 'tumbang'
Jadi kami tak kasi ibu tnguk tv ke apa
Hari2 kasi ibu video call dgn abang aku.
Skrg dah nak masuk minggu ke 2 keadaan ibu aku dah makin membaik
Caranya..
Puasa, solat berjemaah sama2.,time berbuka puasa tu rasa happy sgt2
Aku yg akan keluar pergi ke pasar utk beli brg keperluan.,bapak teman ibu kat umah.
Bila balik dari pasar or opis aku akan cerita hal yg baik2 kat ibu aku.
Skrg nampak ibu lebih tenang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2020 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Madel replied at 29-3-2020 12:06 PM
Awal2 perintah PKP dilakukan.
Ibu aku yg paling terkesan, fikirkan keadaan abg aku kat Spore nun de ...


Waaa moden giler nenek ko pegi cameron tak ajak anak2 cucu hehee...

Jgn risau. Apa pon berlaku ada hikmahnya...
Tq sbb jaga mak baik2
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
TravellingBear replied at 29-3-2020 04:10 AM
Waaa moden giler nenek ko pegi cameron tak ajak anak2 cucu hehee...

Jgn risau. Apa pon berlak ...

Nenek tak gi sorg2, gi rombongan dgn makcik
Kitaorg marah makcik, time2 covid19 masih nak jejalan..
Tapi alhamdulillah dah masuk 2minggu ni..nenek iols sihat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2020 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Stay at home
Stay safe
Stay sane everyone!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
dok melarang mak jangan kluar dulu.
dia dok kg kan. dah terbiasa dari muda. p urut org, org jemput kat umah.

mujor kg umah nya jarak2 ada laman kebun sendiri.

kita ni haa, terkurung kat umah.

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa relate nya natang ni dengan Isu Semasa ????

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Madel replied at 29-3-2020 12:13 PM
Nenek tak gi sorg2, gi rombongan dgn makcik
Kitaorg marah makcik, time2 covid19 masih nak jejalan ...

Aku ada mslh mcm mak ko... Mcm pg td aku rsa mcm xdaya jee sb bgn2 masuk forum.... Hr ni spnjang hr tdo... Huwaaaaaa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Korang semua perlu lihat 1-2 bulan ke depan
Apabila kemuncak wabak melanda amereka eropah India indon,  bolehjadi ramai manusia mati,  ekonomi runtuh katanya. Barang korang makan spt bawang kentang tepung itu datang dari mana. Pergila tanam ternak apa yg patut
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih. Begitu lah kita saling mengingati.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 29-3-2020 04:16 AM
Apa relate nya natang ni dengan Isu Semasa ????

Tahu xpa ummah memang dramatik sis..segala nak berjujuran ..kena naik van pergi kuarantin pun menangisss  satu family...haiishhb lemah lemahhb..mcm mana nk beat penyakit kalau sikit2 mengisssss.morale rendah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa oummah suci perlu meratib ..anggap jah ini penyakit dan penyakit ada ubat...just takes time and effort...bersemangat sikit boleh tak...lemah sngt wehhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2020 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
msdummy.2018 replied at 29-3-2020 05:30 AM
Aku ada mslh mcm mak ko... Mcm pg td aku rsa mcm xdaya jee sb bgn2 masuk forum.... Hr ni spnjang h ...

Aku pun pesan kat bapak
Mana2 wasap pasal covid19 yg dia dpt dari group2 kariah surau, persatuan taman ke apa..jgn tunjuk or cerita kat ibu
Bapak baca pastu delete.
Mak ada hypertension, sat lgi dtg lak anxiety disorder ke apa..payah eh.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2020 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
famri7 replied at 29-3-2020 01:45 PM
Tahu xpa ummah memang dramatik sis..segala nak berjujuran ..kena naik van pergi kuarantin pun mena ...

and ummah juga berjujuran bila tgk kaabah kosong.padahal diorg nak sanitized area tu
takkan nk menyembur2 chemical time org sibuk tawaf bagai
in short, meleis dan airmata mmg berpisah tiada
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-4-2020 01:10 AM | Show all posts

Hmmm...

[AceHand SPECTaceLAR]

Sapa yang ripelai awal aku kasih rate spesel... Sempena ngan musem ni jer yer... Lambat naseb lar...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2020 01:18 AM From the mobile phone | Show all posts
AceHand replied at 2-4-2020 01:10 AM
[AceHand SPECTaceLAR]

Sapa yang ripelai awal aku kasih rate spesel... Sempena ngan musem ni jer y ...

Aku baru bace. Xdapat la ye. Eniway. Up kan imun badan je utk lawan covid.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:46 AM GMT+8 , Processed in 0.316369 second(s), 58 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list