CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13492|Reply: 209

[Tempatan] KKM dah risau. Sejak PKP, setiap hari 4,000 balik dari oversea

  [Copy link]
Post time 31-3-2020 08:00 AM | Show all posts |Read mode
“Masih keluar rumah” - Rakyat Malaysia ‘pulang dari luar negara tapi degil’ jadi kebimbangan KKM, pertimbang tempat kuarantin khas
3-4 minutes

KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mendedahkan masih ramai rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara melanggar perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah atau home/self surveillance.

Sehubungan itu, beliau berkata, terdapat pertimbangan untuk menempatkan golongan tersebut di lokasi kuarantin khas yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Kita telah memantau mereka, ada yang balik tetapi masih keluar dari rumah. Mungkin kita akan lihat bagaimanapun untuk menguatkuasakan tindakan kita, sama ada untuk pastikan mereka duduk di rumah atau kita ambil (mereka) duduk tempat kuarantin khas yang disediakan oleh KKM," katanya pada sidang media, petang Khamis.


Dr Noor Hisham berkata demikian mengenai kebimbangan terhadap gelombang kedua Covid-19 melanda negara ini melibatkan warga Malaysia, yang mana kes mereka adalah kes import iaitu mereka yang ke luar negara bagi tujuan melancong termasuk pelajar Malaysia di luar negara yang pulang ke tanah air.

Beliau berkata, sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) iaitu pada 18 Mac, terdapat lebih kurang 10,000 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dalam sehari.

“Lepas PKP, saya dapat maklumat daripada Jabatan Imigresen, terdapat 4,000 orang (pulang dari luar negara) sehari,” katanya pada sidang media, petang Isnin.


Menurut Dr Noor Hisham, ramai rakyat Malaysia ke luar negara semasa cuti sekolah, baru-baru ini.

"Masa cuti sekolah, ramai daripada kita yang dapat tiket (promosi) Matta Fair dan sebagainya. Dan mereka pergi melancong ke luar negara seperti Indonesia, Jepun, Korea dan apabila mereka kembali (ke Malaysia)... itulah kebimbangan Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Mereka mungkin membawa penyakit tersebut. Jadi, itulah persiapan yang kita laksanakan iaitu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) supaya mereka balik dan kekal duduk di rumah," katanya.

Justeru, Dr Noor Hisham menegaskan bahawa mereka yang pulang dari luar negara perlu menjalani home/self surveillance dengan mematuhi tatacara perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah yang telah ditetapkan.

"Mereka perlu melakukan penjarakan sosial dan mengasingkan diri daripada ahli keluarga atau orang yang tinggal serumah selama 14 hari.

"Anda juga diminta memantau diri atau sebarang gejala dan segera melaporkan kepada kita sekiranya terdapat simptom-simptom," katanya.

Beliau berkata, langkah-langkah pencegahan itu bagi menangani penularan wabak Covid-19, susulan penyelidikan JP Morgan bahawa kadar jangkitan di Malaysia akan mencapai kemuncaknya pada pertengahan April sebanyak kira-kira 6,300 kes.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2020 08:02 AM | Show all posts
Diharap dilaksanakan dgn kadar segera.........

Sehubungan itu, beliau berkata, terdapat pertimbangan untuk menempatkan golongan tersebut di lokasi kuarantin khas yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2020 08:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg baru balik tu, sila dgr nasihat ni:
Justeru, Dr Noor Hisham menegaskan bahawa mereka yang pulang dari luar negara perlu menjalani home/self surveillance dengan mematuhi tatacara perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah yang telah ditetapkan.

"Mereka perlu melakukan penjarakan sosial dan mengasingkan diri daripada ahli keluarga atau orang yang tinggal serumah selama 14 hari.

"Anda juga diminta memantau diri atau sebarang gejala dan segera melaporkan kepada kita sekiranya terdapat simptom-simptom," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2020 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Selfishnya jenis manusia ni..dah tau balik dr obersi, tak nak kuarantin diri
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2020 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Tembak je la lehnat ni
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2020 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Janganlah pentingkan diri


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2020 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
skrg dah brp hb ... drp tarikh farah lee & geng2 tak reti duk diam masa wabak balik.. berkeliaran
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2020 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Lockdown jela terus
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2020 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat stakeout je.

Masa keluar rumah terus masuk saman seribu Dan masuk lokap utk tindakan pendakwaan mahkamah.


Pastu announcekan dlm berita Dan tepek muka bahlul2 ni semua.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2020 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Set2 bodoh. Belajar tinggi2, keluar uni jadi bodoh balik
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2020 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
highcastle replied at 31-3-2020 08:02 AM
Diharap dilaksanakan dgn kadar segera.........

Duit lagi, unless depa bayar kos tempoh kuarantin tu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2020 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Stupid selfish celaka babi betul diorg
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2020 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul juga...buat mcm China tu...dorang malukan org2 yg degil tak nak patuh arahan.....geram btl.....mmg tak jln la klu minta/mohon dorang kuarantin diri sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2020 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Pentingkan diri sendiri bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2020 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam ni punya cerita... sampai tahun depan PKP. Tak kerja tak sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2020 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Belajar tinggi2 pun bodoh apalagi yang srp pun tak lepas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2020 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Gam depa kat dinding.. Aiyooooo..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2020 09:20 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2020 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg benarkan pulang tu kenapa
Siap hegeh nak bawa pulang bagai
Lock betul2 la sempadan
Xleh keluar xleh masuk

Menyampah tul laaa
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2020 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
ni blm lg yg gomen nk sponsor rm50 juta bwk balik.... diorg ni patut sumbat dulu dkt NS tempat kkm kuarantin rkyat balik wuhan dulu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:27 PM GMT+8 , Processed in 0.365225 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list