Penerima Anugerah Influencer 2019 (IAM 2019) dalam kategori Usahawan di Monaco, pada lewat October, Neelofa atau nama penuhnya, Noor Neelofa Mohd Noor telah melahirkan kebimbangan tentang nasib para pekerja dan perniagaan.
Mana tidaknya, pelakon, hos dan usahawan popular yang mengakui memiliki sebuah perniagaan yang melibatkan para pekerja lebih 60 orang, agak terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020 akibat wabak COVID-19 yang sedang melanda negara ketika ini.
"Macam-mana halangan," ujarnya ketika berbual bersama rakan seperjuangannya Nabil Ahmad di media sosial.
"Ok lepas tu, bestnya kain sampai kat port kita tak boleh lepas kain and then kita kena bayar lagi denda sebab kita store kat sana."
Diperkenalkan pada September 2014, koleksi tudung sedia dipakai Naelofar Hijab popular dalam kalangan penduduk tempatan. Menurutnya lagi, dia kini sedang mengambil langkah berjimat cermat untuk membayar gaji pekerjanya.
Koleksi tudung Naelofar Hijab dijual dalam talian ke lebih 37 negara termasuk Perancis, United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Arab Saudi, Norway, Emiriah Arab Bersatu, Singapura dan Brunei.
Dilaporkan pernah mencatatkan jualan sebanyak RM50 juta dengan pasaran antarabangsa menyumbang 10 peratus daripada perolehannya.
"Aku pun macam berkira sikitlah.....', ujarnya kepada Nabil.
Post time 1-4-2020 06:19 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Allah uji sket je dah merempan macam2 retis ni smpai lupa kesenangan yg Allah bgi bertahun2. Tamak dan selfish. Aku pun heran tgok, acik2 pprt yg miskin tegar xde pun mgelupur mcm dorang.
Post time 1-4-2020 06:22 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Masa nilah boleh tgk artis jujur ke tak selama ni.. dok canang jualan berpuluh juta setahun...kalau jualan puluhan juta sethn ..utk bayar gaji pekerja 2 bln ni x ada terjejas mana ibarat mcm bayar bonus jelah..
Post time 1-4-2020 06:29 PMFrom the mobile phone|Show all posts
tajuk mengundang clickbait tul kan, hahahaha
rata- rata bisnes turut terkesan xkisah laa ko bisnes air, burger tepi highway hinggalah ke bisnes sebesar alam, semua org pun terjejas. Bertabahlah Lopa, as long you x memekak x merintih nak rebut bantuan sudah.