CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6170|Reply: 66

[Tempatan] Tiga beranak hampir kebuluran tiada wang belanja, update #56 Alhamdulillah banya

  [Copy link]
Post time 3-4-2020 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by BomBoLoniS at 4-4-2020 11:59 AM

GUA MUSANG: “Beras habis dan mak cik tiga beranak hanya bergantung kepada biskut kering cicah teh-o untuk alas perut,” keluhan Hasnah Che Mat, 58, di Kampung Perasu, dekat sini.

Beliau berkata, keadaan itu dihadapi selepas tiga hari pelaksanaan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penularan coronavirus (COVID-19) bermula 18 Mac lalu.

Katanya, perbelanjaan hariannya bergantung kepada upah menoreh getah tetapi tidak boleh berbuat demikian kerana arahan supaya berada dalam rumah.

“Lebih menyedihkan, bapa sedang sakit tua terlantar rumah hanya mampu disediakan teh-o dan biskut kering sahaja untuk dia makan tiga kali sehari.

“Kami hanya menumpang tinggal di rumah usang milik tuan kebun getah itu tanpa ada kemudahan air dan elektrik,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Perasu, hari ini.

Hasnah berkata, dia mengambil upah menoreh getah bersama suaminya, Ahmad Azmi Jusoh, 58, manakala bapanya, Che Mat Bakar, ditinggal seorang diri di rumah.

Katanya, sejak pelaksanaan arahan PKP itu dia tidak mengambil upah menoreh hingga wang yang disimpan hasil menoreh getah kehabisan.

“Mak cik hanya dapat upah menoreh getah sekitar RM500 sebulan, itu pun getah yang dijual sebulan sebelum dilarang menoreh untuk belanja makan,” katanya.

Katanya, selain belanja makan, wang itu juga dibelanja untuk membeli lampin pakai buang untuk bapanya yang sakit tua dan tidak boleh bergerak.

“Mak cik juga risau dengan harga getah sekerap yang menurun sehingga RM1.60 sekilogram sekarang sudah tentu turut menjejaskan pendapatan,” katanya.

“Bagaimanapun, kami bersyukur sudah mendapat bantuan makanan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Ab Aziz Yusof,”katanya.

Ab Aziz ketika dihubungi mengesahkan sudah mengambil perhatian terhadap tiga beranak yang kehabisan makanan kerana arahan PKP.

Sumber : Berita Harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2020 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
setel dah..dh ada bantuan.
kena rajin riki riki sesapa yg benar benar perlukan bantuan mcm meka ni..duk dlm kebun getah xdak sematfon nak update kesusahan. ni kalau ikutje sesapa yg mohon tanpa usul periksa kena cari yg benar benar susah kalau tak itu yang jadi isu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 10:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Akhir org tau kisah dia kerana dia tak tau masa Pkp, tak boleh keluar rumah tapi di benarkan menoreh utk buat sarung tangan getah ,dan pekebun sawit dibenarkan utk minyak masak .
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 10:40 AM | Show all posts
time ni, ketua kg, ketua masyarakat kena aktif skit la...

maklumkan kpd Pejabat Daerah, YB ADUN/Parlimen...

aku percaya kerajaan x akan biarkan kumpulan ini terbiar...cuma ketua masyakarat tu kena aktif skit...korban skit diri tu time mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Dimasa2 mcm ni,ketua kg/penghulu/penggawa etc sebaiknya cakna dgn nasib penduduk setempat..harap korbankan sedikit masa utk jenguk dan amik tahu golongan yg memerlukan..mgkn skrg ni langkah agak terhad tapi pasti ada dapat maklumat(via whatsapp cthnya)dari sesama penduduk yg kenal sesiapa yg perlukan bantuan..segerakan kalau dana ada ditangan..
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 11:15 AM | Show all posts
Alhamdulilah...terbela juga nasib diorg ni.

Cerita camni patut tepek kat kepala retis tak sadar diri & set acah2 kaya lagi merempan bila org2 susah dapat bantuan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2020 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 3-4-2020 10:40 AM
time ni, ketua kg, ketua masyarakat kena aktif skit la...

maklumkan kpd Pejabat Daerah, YB ADUN/P ...

Ada iols.tgk di fb
Orang dok sound ketua kampung dok umah aje..
Orang susah xmau ditengok
Sapa.nak borang jumpa dia..
Kalau lah ramai cm tu..sampai bila.bila bantuan xsampai
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 3-4-2020 10:40 AM
time ni, ketua kg, ketua masyarakat kena aktif skit la...

maklumkan kpd Pejabat Daerah, YB ADUN/P ...

kan ketua kg/mpkk ke ape tu la kan yg kena cakna penduduk kawasan dia, kadang2 bantuan ni ramai nak memberi, sasaran je tak jumpa. ujung2 yg tak berapa layak ambil bantuan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2020 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jazaa100 at 3-4-2020 11:36 AM
bakingsoda replied at 3-4-2020 11:26 AM
kan ketua kg/mpkk ke ape tu la kan yg kena cakna penduduk kawasan dia, kadang2 bantuan ni ramai na ...


Memang mcm tu ....

Aku pernah cadangkn jat sorang ketua kg, semua org  kg tu amik insuran berkelompok....sorang rm17 je setahun....mcm tu lah....nanti klu ada kematian, waris dpt rm2k utk uruskn jenazah...dia tanya aku, hbis...saya dpt apa?....

Barbie nya pangaiiii..   
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 11:36 AM | Show all posts
cmf_shalom replied at 3-4-2020 10:40 AM
time ni, ketua kg, ketua masyarakat kena aktif skit la...

maklumkan kpd Pejabat Daerah, YB ADUN/P ...

bab ketua kg ni memang ramai xleh di harap....

mkcik aku janda anak 4 kontang kanting xdpt bantuan... ketua kg duk rekomen nama geng2 dia jer... beras sekampit xpenah hulur lebih lagi time nk raya tu.... satu hari org JKM dtg melawat kg haaa kantoi umah geng2 tok ketua sume ade astroook.. piring pasang kt dapur kekonon xnmpk... mane tau org JKM nk lalu belakang umah kan... ramai jgk nama kene potong jkm... tp tetap tok ketua x rekomen nama makcik aku ni.... skrg anak dh besar2 apply direct BSH xyah harap tok ketua dh....




Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
binipopeye replied at 3-4-2020 11:36 AM
bab ketua kg ni memang ramai xleh di harap....

mkcik aku janda anak 4 kontang kanting xdpt ban ...

Dia geram kot dia ngurat mcik kau tak layan
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 3-4-2020 11:35 AM
Memang mcm tu ....

Aku pernah cadangkn jat sorang ketua kg, semua org  kg tu amik insuran ber ...

jadi ketua kg sbb nak ngap dulu dana sumbangan gamaknya, ketua kg ni sape yg pilih sebenarnya eh..ketua kg aku pon who are yusss tak kenal
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 11:46 AM | Show all posts
jazaa100 replied at 3-4-2020 11:38 AM
Dia geram kot dia ngurat mcik kau tak layan

makcik aku ni putih melepak.. masa muda senyum mata sepit cina... xkan laa smpi ke tua mau dendam...

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 11:52 AM | Show all posts
bakingsoda replied at 3-4-2020 11:41 AM
jadi ketua kg sbb nak ngap dulu dana sumbangan gamaknya, ketua kg ni sape yg pilih sebenarnya eh.. ...

tu lah kan.... pemilihan ketua kg ni kadang sesuka geng2 mejid... yg layak xterpilih... pilih geng2 dia jaaa...

yg betul2 susah ujung kg xdpt g mejid itu tok ketua pandang serong & tak layan... org betul2 susah mampu smpi surau dekat2 umah jaaa...

Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Come on lah pas. Dah jadi kerajaan pusat kot. Negeri kelantan bukan negeri pembangkang lagi..Xkan benda macam ni pun nak d
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni kerja ketua kampung, kawasan dia tak kan tak tahu/ amik tahu ada orang susah ke tak. Lain la kalu orang tu duk dalam hutan sorang2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2020 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 3-4-2020 11:24 AM
Ada iols.tgk di fb
Orang dok sound ketua kampung dok umah aje..
Orang susah xmau ditengok

Ketua kampung ramai khinzir sebegini. Ada tu, bantuan dari gomen dah dapat tapi dia amik persen banyak, kat orang kampung bagi sikit. Layak dapat Covid 19 sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
binipopeye replied at 3-4-2020 03:36 PM
bab ketua kg ni memang ramai xleh di harap....

mkcik aku janda anak 4 kontang kanting xdpt ban ...

Aku dulu.. Jiran sbelah baik dgn JKKK.. Jebonnya nak dpt bantuan piring astro boh rumah aku.. Kami minta bantuan x dpt alasan kata ada astro.. Mujur bapa kwn aku tlg dptkan bantuan JKM.. Arwah bwa JKM tengok sendiri keadaan rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
musim pkp ni sapa2 yg btul2 susa thap xda duit nak mkn..  jgn malu jgn segan..  letak je no acc..  mgkin ada yg nak mnyumbang jugak tu..   xpyah kecam2 .. xda pksaan pun nak derma
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2020 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 3-4-2020 11:24 AM
Ada iols.tgk di fb
Orang dok sound ketua kampung dok umah aje..
Orang susah xmau ditengok


ketua kampung pon jawab ore ramai," yg #stay at home tu..korang x reti ke"....hahaha....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.485349 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list