CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9912|Reply: 146

[Tempatan] COVID-19. Rakyat bersedia mental, fizikal tempoh PKP/MCO/RMO dilanjutkan. Asalka

  [Copy link]
Post time 6-4-2020 09:44 PM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 10-4-2020 08:39 AM

Pungutan suara: Ramai berpendapat tempoh PKP wajar dilanjutkan | Astro Awani
3 minutes

KUALA LUMPUR : Ramai dalam kalangan pembaca Astro AWANI berpendapat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijangka berakhir pada 14 April ini wajar dilanjutkan.

Berdasarkan pungutan suara yang dilakukan Astro AWANI di Twitter pada Ahad, 79.7 peratus daripada 30,849 responden memilih untuk tempoh PKP dilanjutkan lagi, sementara 20.3 peratus lagi berpendapat sebaliknya.

Trend yang sama juga dilihat di aplikasi Telegram apabila 85 peratus daripada 3,200 responden mahu tempoh tersebut dilanjutkan.

Undian Wajarkah PKP ini dilanjutkan? mula dibuka pada pukul 3.30 petang Ahad sebelum berakhir pukul 6 petang Isnin.

Pandemik COVID-19 kini merekodkan lebih 1.17 juta kes dengan 64,551 kematian di seluruh dunia.

Di Malaysia, setakat jam 12 tengah Isnin, sebanyak 131 kes positif baharu COVID-19 direkodkan yang menjadikan kumulatif kes positif adalah sebanyak  3,793 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebelum ini memberi amaran bahawa Malaysia bakal berdepan dengan tsunami wabak itu sekiranya rantaian virus itu gagal diputuskan dalam tempoh PKP ini.

Rata-rata daripada responden menyifatkan tempoh PKP perlu dilanjutkan selepas melihat angka pesakit COVID-19 yang semakin meningkat.

"Selesaikan terus PKP supaya kes jangkitan terbaharu sifar, sekiranya PKP tidak dilanjutkan, semua akan berbalik kepada rutin harian dan ia akan meningkatkan risiko jangkitan itu," tulis Che Wan Abdul Hafiz sebagai reaksi di laman sosial Facebook.

Seorang lagi netizen, Puteri Hasnida memberitahu, adalah mustahil untuk memastikan orang ramai tidak berkumpul seperti mengadakan kenduri dan menyertai perhimpunan awam melainkan PKP dilanjutkan.

Katanya, selagi Malaysia tidak menyaksikan penurunan, ibu bapa juga tidak akan yakin untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

Di sebalik senario itu, tidak kurang juga yang menyatakan kebimbangan mengenai pembayaran gaji.

"Bahaya kalau kena lanjut lagi. Tak tahu berapa lama syarikat boleh tanggung," kata Akmal Aziq Baharin dalam Twitternya.

Seorang lagi netizen, Nadraja Gopala Krishnan turut membangkitkan persoalan yang sama.

"Mereka yang kerja kerajaan tentunya tidak ada masalah, gaji tetap berjalan. Senang cerita. Bagaimana pula dengan pekerja swasta?' soalnya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2020 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya setuju.

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2020 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 6-4-2020 09:54 PM
Saya setuju.

Setuju yang mana chuols
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2020 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
sy pun takut woo..vaksin xde..kuar mco lagi seminggu..nk kerja jumpa org..takut woo.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2020 10:31 PM | Show all posts
setuju pkp dilanjutkan. kalau 14hb ni berakhir pun ramai masih takut2 nak pergi ke tempat awam. kes baru masih ada setiap hari maka virus masih aktif.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2020 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
miszclassique replied at 6-4-2020 10:29 PM
Setuju yang mana chuols

Kalau lepas 15 hb ni balik ke rutin harian, rasa macam tak berbaloi pengorbanan selama sebulan ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2020 10:56 PM | Show all posts
lepas update bantuan prihatin petang tadi, iols rasa selamat sikit kalau pun nak extend tempoh PKP sebab bos pon dah tak pening nak cari dana tambahan untuk bayar kos operasi bla3...so iols setuju!
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2020 11:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Vaksin setahun baru dpt.. nk tunggu vaksin jawabnya kita hidup kais pagi mkn pagi, kais ptg mkn ptg la ramai2.. yg plg penting sebenarnya adalah perubahan rutin seharian dan disiplin diri. Nk keluar rmh cuma ikut keperluan cth pergi kerja, then terus blk. Jaga jarak 1 meter radius dgn org lain. Tak boleh pegang muka, mulut, mata, hidung sekiranya tidak basuh tgn. Sentiasa basuh tgn. Sentiasa jaga kebersihan. If semua org follow, inshaAllah tak perlu mco or lockdown, tutup sekolah je sbb budak2 susah nk control. But very unlikely lah boleh buat knowing attitude org malaysia ni mcm mana. Bgtau sorang je dlm kereta persendirian pun still tak boleh follow dan argue dgn polis. So how
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2020 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Urm, setuju kalu gaji bos masih lagi nak cver since da ada ransangan utk sme ni..Xsetuju sbab keje byak giler tergendala n bole pitam bila msuk ofis blik nih..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2020 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 6-4-2020 11:00 PM
Vaksin setahun baru dpt.. nk tunggu vaksin jawabnya kita hidup kais pagi mkn pagi, kais ptg mkn ptg  ...

Peratus org nak ikut cam ko ckap ni very minimal la kaka..lain la rakyat jepun time kena tsunami jalan raya utama terbelah pun bila bantuan makanan smpai rakyat dorang siap beratur lagi. Kat sini beria tolak langgar bahu berebut roti cm sok nak kiamat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-4-2020 11:47 PM | Show all posts
budak2 sekolah dlm kelas pun mana boleh nk buat sosial distance 1 m.
kalau budak2 ada kontak rapat parents yg positif, habis satu sekolah kena kuarantin
itu sebab kali ni kena pastikan kes betul2 ZERO
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2020 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju je extend lagi sbb kes positif pun masih tinggi lagi. Extend 2 minggu lagi tgk macam mana. Mrmang ler perit tapi kalau pkp habes 14hb takut kes spike rasa macam sia2 je pkp 4 minggu
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2020 12:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Hakak setuju...harap by end of april if possible...hakak nak pi interview...the co dah hold from 18/3 lagik....i need a job! Semoga Allah permudahkan utk akak
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2020 12:10 AM | Show all posts
bermimpilah nak kembali ke rutin harian...terlalu optimistik.

kembali ke rutin macam mana?
naik bas, solat jemaah, pergi pasar, perhimpunan sekolah, konsert.. semua kena ubah.
selagi tak ada vaksin, nak kembali jalani hidup normal memang payah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2020 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
setuju kalau sambung.
bkn aku xsuka kerja tp rsa sedih kes kematian semakin meningkat.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2020 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Kes yg active masih ada lg everyday..elok le extend..iols kuar g pej pos sblh umah pn dh rasa blk virus melekat..padahal kuar dlm 10minit je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2020 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
fliphair8 replied at 6-4-2020 04:01 PM
Hakak setuju...harap by end of april if possible...hakak nak pi interview...the co dah hold from 18/ ...

Inshallah sister. Semoga dipermudahkan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2020 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau extend x keje gaji jalan mmg laa seronok..mcm geng2 pusat taska.. Ni yg masih kena keje dari rumah sambil kena jaga anak pastu nak ajar hal sekolah anak lagi sambil buat keje ofis.. Nak kena masak lagi.. Yg bestnyee geng2 pusat taska laa.. Dah laa x keje jaga budak pastu minta bayar full payment pulak.. Gomen kena buat sesuatu laa.. Kena laa adil.. Mcm bayar separuh ke..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2020 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
jujurin akak suka je extend mro ni
bukannya apa.....akak menyampah tgk muka2 bos babi kt opis tu yg bg bonus dgn x adil bln feb hari tu
akak doakan bos akak mampos kene covid sbb aniaya staf
tp kesian lak dgn org yg depend pd gaji hari
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2020 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Setuju extend. Walaupun naik kerja nanti iols ada bos baru. Waaaa..kerja menunggu tapi kalau tak extend, iols takut nak masuk office
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.123816 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list