CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: R2D2

[Tempatan] COVID-19. Rakyat bersedia mental, fizikal tempoh PKP/MCO/RMO dilanjutkan. Asalka

  [Copy link]
Post time 7-4-2020 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Saiya setuju... Janji duit jalannn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2020 01:52 PM | Show all posts
yups

bukan untuk kes 0 - tapi kes stable as in below 100 ke ape ke

cer ingat DG Dr Noor Hisham cakap

bukan nak wipe out total - ini best lah jalau berlaku

tapi nak memutuskan chain of transmission , nak putuskan rantaian jangkitan tu supaya kes kes berkurangan sampai tahap yg manageable

tapi kalau 0 baguslah


Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2020 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 7-4-2020 10:15 AM
Eeeehhhh takyah2.

Yang bebetul perlu concern, bebudak SPM ngan STPM je.

UPSR pun kalau tak amik pun boleh g tingkatan 1 kan.
So baik gomen batalkan je peksa PT3 n UPSR tahun ni sbb mak pak yg nak tangguh ni risau kot terjejas result exam anak depa kang caner nk post kat fb huhu
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2020 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 7-4-2020 02:31 PM
UPSR pun kalau tak amik pun boleh g tingkatan 1 kan.
So baik gomen batalkan je peksa PT3 n UPSR t ...

Yeap. Sekarang dah takda istilah tahan naik darjah/tingkatan macam dulu if gagal/tak amik peksa awam.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2020 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 7-4-2020 02:33 PM
Yeap. Sekarang dah takda istilah tahan naik darjah/tingkatan macam dulu if gagal/tak amik peksa aw ...

Tulaa boleh je kot anggap 2020 takde peksa. Hahh so takyah stress kalau org tanya berapa ko dapat. Sbb semua org tak amik peksa tu hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2020 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
setuju smbg lg gi pkp... nk g keje pun takut lg ni... ank nak anto tadika pun was2 lg...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2020 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Upsr atau mana2 peperiksaan besar.. soalan setakat silibus sehingga last kelas semasa sebelum exam..tak perlu nak test semua ikut silibus asal
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2020 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
enchantedlurve replied at 7-4-2020 10:05 AM
i setujuk extend, nak2 sbb nak puasa ni kan.. mmg la kkm ckp jgn berhimpun.. boleh sure ke, xde yg m ...

Kan.. Confirm penuh shopping mall bila kerajaan mansuhkan pkp 14hb ni tapi suruh jaga jarak bagai (ni sah2 la susah nak buat). Nak2 lagi duit bantuan baru je masuk. Atas alasan nak caru baju raya la hapa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2020 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
amyza82 replied at 7-4-2020 10:21 AM
Extend aje. Org malaysia bukannya boleh percaya, even dalam pkp pun degil nak mampus, curi2 keluar,  ...

Kat frenlist fb iols dah ada berangan nak g bercuti ke luar negara habis pkp ni. Konon nak simpan duit bantuan utk beli tiket
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2020 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
10/4/2020 baru umum sambung ka tak kan?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2020 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 7-4-2020 02:36 PM
Tulaa boleh je kot anggap 2020 takde peksa. Hahh so takyah stress kalau org tanya berapa ko dapat. ...


Hari ni sy insof baca ni:




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2020 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
relaxjek replied at 7-4-2020 12:43 AM
Kalau extend x keje gaji jalan mmg laa seronok..mcm geng2 pusat taska.. Ni yg masih kena keje dari r ...

Emmmmmmm betul. Aku pun rasa benda yang sama. Dengan sekolah sekolah private yang bayaran pun masih kena bayar penuh lagi. Garu kepala gak la dibuatnya. At least kurangkan sikit yuran.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2020 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
TerataiMelur02 replied at 7-4-2020 08:19 PM
Kat frenlist fb iols dah ada berangan nak g bercuti ke luar negara habis pkp ni. Konon nak simpan  ...

What? Dapat bantuan pulak tu..boleh pergi bercuti??? Waa dicanang canang ya
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2020 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
isseliparjepun replied at 8-4-2020 12:51 PM
What? Dapat bantuan pulak tu..boleh pergi bercuti??? Waa dicanang canang ya

Biasalah bila sejenis semua benda nak d letak kat media sosial sampaikan tak sedar jerat diri sendiri sama mcm kes jual surgical mask yg d ambil dari hospital tu la.

Alangkan anak berak pun post kat socmed ni kan lagi plan nak bercuti2.

Tapi ada sorang dua tegur suruh padam status sbb nanti viral kene kecam pulak. Nasib la mengikut kata jugak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2020 05:42 PM | Show all posts


PKP: Tempoh mungkin dilanjut, rantaian jangkitan belum terputus


KUALA LUMPUR: Kerajaan dijangka melanjutkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sama ada sehingga hujung bulan ini atau pertengahan Mei, kerana rantaian jangkitan COVID-19 masih gagal diputuskan sehingga kini.

Pakar virologi, Prof Dr Sazaly Abu Bakar, berkata walaupun tiada peningkatan ketara kes harian, namun jumlah kumulatif mingguan kes baharu COVID-19 sejak PKP dilaksanakan pada 18 Mac lalu, masih menunjukkan peningkatan.

“Untuk melihat sama ada kita berjaya mengekang penularan COVID-19, data mingguan kes baharu wabak ini mesti menunjukkan penurunan.

“Namun sejak minggu pertama pelaksanaan PKP hingga minggu ketiga, jumlahnya masih bertambah, sekali gus menunjukkan keberkesanan PKP tidak seperti yang diharapkan walaupun ia berjaya mengelakkan peningkatan ketara.

“Kita boleh lanjutkan sampai selepas Aidilfitri, tapi jika lanjutan PKP tetap gagal kekang penularan COVID-19, maka ia tak bermakna, malah beri impak negatif pada ekonomi negara. Perkara lain perlu dilakukan di samping lanjutan PKP,” katanya kepada BH, hari ini.

Berdasarkan kes harian yang diumumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah kumulatif pada minggu pertama PKP dilaksanakan adalah 951 kes (18 Mac-24 Mac), meningkat kepada 1,142 pada minggu kedua (25 Mac-31 Mac) dan 1,197 pada minggu ketiga (1 April-7 April).

Dr Sazaly berkata, golongan tidak bergejala atau bergejala minimum yang dijangkiti COVID-19, adalah penyumbang kegagalan memutuskan rantaian wabak dalam komuniti kerana mereka tidak tahu sudah dijangkiti, sekali gus tidak membuat pemeriksaan di hospital.

Jelasnya, jumlah kes baharu yang diumumkan setiap hari juga tidak boleh dijadikan sandaran utama bagi menentukan kejayaan PKP kerana ia bukan data terkini, sebaliknya diumum selepas mendapat hasil ujian saringan yang mengambil masa kira-kira seminggu untuk diperoleh.

“Kalau hari ini diumum ada 150 kes baharu, maknanya mereka ini menjalani ujian kira-kira seminggu lalu serta mungkin dijangkiti sebelum itu lagi, dan mereka mungkin sudah menjangkiti beberapa orang lain dalam tempoh itu.

“KKM perlu laksanakan ujian saringan komuniti menyeluruh di zon jingga dan merah, bukan hanya tertumpu pada yang ke hospital, kontak rapat kes positif dan mereka yang diletakkan dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sahaja,” katanya.

Beliau turut menyarankan KKM meneliti kemungkinan membenarkan individu yang pulih daripada wabak itu untuk kembali bekerja bagi mengurangkan impak ekonomi, kerana mereka sudah memiliki antibodi terhadap COVID-19.

“Malah, jika dibuat ujian saringan komuniti secara menyeluruh, kita juga mungkin akan mengesan individu yang sudah ada antibodi ini dalam badan.

“Ertinya, mereka ini tak tahu pernah dijangkiti COVID-19 kerana tidak bergejala atau bergejala ringan, tapi kemudian sudah sembuh. Mereka ini juga boleh kembali bekerja,” katanya.

Seorang lagi pakar virologi, Prof Emeritus Datuk Dr Lam Sai Kit, berpandangan kerajaan hanya boleh menghentikan PKP sekiranya berlaku penurunan kes baharu selama satu hingga dua minggu, dan bukan sekadar dalam keadaan mendatar seperti sekarang.

Bagaimanapun, katanya, kaedah PKP dilaksanakan boleh diubahsuai dengan membezakan pelaksanaannya antara zon hijau dengan zon kuning, jingga dan merah.

“Bagaimanapun, perlu ditegaskan bahawa individu di sesuatu zon itu tidak boleh bergerak ke zon lain. Mereka (dalam zon hijau dan kuning) mungkin boleh dibenarkan kembali bekerja di dalam zon berkenaan,” katanya.

Dr Lam kekal optimis bahawa PKP berjaya memberi impak positif meskipun tidak mencapai sasaran diharapkan, berdasarkan jumlah kes baharu yang majoritinya di bawah 200, kadar kematian yang kecil serta jumlah kes pulih yang tinggi iaitu lebih 33 peratus.

“Kemasukan pesakit tahap empat dan lima ke unit rawatan rapi (ICU) pula hanya lima peratus, yang menunjukkan kejayaan Malaysia meratakan lengkungan penularan wabak dan tidak membebankan hospital dan fasiliti ICU.
Lagi berita mengenai COVID-19
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2020 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Cina lowyat banyak tak setuju, mcm mana nak bayar mercedes sgn bmw diorang, derang peduli apa covid covid ni, janji business kena masyukkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2020 06:01 PM | Show all posts
chicozinn replied at 6-4-2020 11:44 PM
Urm, setuju kalu gaji bos masih lagi nak cver since da ada ransangan utk sme ni..Xsetuju sbab keje b ...

samo lah.. setujuk kalo gaji.. bos still bole cover... iols bole buat kije dari rumah.. byk bende yg online.. tapi dari segi documentation lotih acik oitt.. nak plak claim2 org punye yg iols perlu submit physical document.. finance requirement haiyoooo kesian depa elaun tertangguh2.. finance lembap.. bila dah mco maka byk la claim org yg pending atas meja dia.. bila suh check.. kata sume doc kat office.. hurm.. wtf betul.. iols cuma org tgh..

keje dari ghomah ni.. rilex nye sbb x yah jadi f1 hari1 anto anak and terus zoom gi keje.. tapi part lain acik lotih gilos... masak x renti2.. anak acik kocik2 lagi sume tgh kuat makan.. bila dah siap masak.. mak ngadap pc kene set system bermcm2.. kene hari rilex mmg rilek.. kene hari busy.. mmg x sempat mkn... balas email.. send document .. bab keje umah.. jemur kain .. sapu  umah.. siap meja makan.. budak2 bole tolong buek.. tapi kene pantau..

cikgu cekgi plak x renti bagi homework... kang screen shot 1-1 reply kat che gu... 3 anak 3 syllybus kaw... tu blom lagi mak berputaq memikirkan cara nak explain dgn anak subject2 tu... tu 1 hal juge.. dulu iols pantau keje mesti kene siap je.. ni plak nak suh anak bukak 1-1 page yg che gu suh bukak.. blom lagi google form la.. utube online learning la... kalu che gu ajar 1 kelas 1 subject sekali harung.. ni makmak.. kene ajar 1 anak at least 4-5 subject.. 3 anak dah bape kepala nak pk.. hadoiiiii bertabah la....

iols dilema.. dari segi security.. mmg iols nak mco disambung demi kesejahteraan sume family yg ado.. dari other side iols nak masuk opis balik... iols is stress dok umah uwaaaaa dilemaaaa

[eh iiols jadikan ruang confession pulak] sorry mod
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2020 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju extend mco
Do it once and for all..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2020 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 8-4-2020 08:29 AM
Hari ni sy insof baca ni:

Aku sokong 100% apa yg dia katakan.usah nak  byk songeh , serba tak kena.dah nanti satu keluarga  pupus  mcm kes kat Serawak tu baru insaf. mangsa tu  pun bkn saiah dia tp ada phk yg  cilaka jadi punca.sebaik nya truskan saje pkp ini sampai betul betul dah reda.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2020 06:37 PM | Show all posts
tak setujuuu
I've had enough of this shet
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.055187 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list