CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 1344|Reply: 2

Muslim Sri Lanka Marah Kerajaan Wajibkan Pembakaran Mayat Covid-19

[Copy link]
Post time 14-4-2020 10:32 AM | Show all posts |Read mode
Di Malaysia, terdapat garis panduan dan tatacara pengurusan jenazah yang perlu diikuti mereka beragama Islam.


Walaupun negara kini berdepan pandemik COVID-19, namun garis panduan yang disediakan lebih awal secara tidak langsung telah melancarkan urusan negara.





Foto: Al Jazeera




Berbeza dengan apa yang berlaku di Sri Lanka apabila Kementerian Kesihatan Sri Lanka pada selasa lalu mengeluarkan garis panduan dengan menegaskan prosedur standard pelupusan mayat pesakit COVID-19 perlu dibakar.  


Ianya bertentangan dengan garis panduan terdahulu yang membenarkan pengebumian Muslim traditional.

"Mayat yang disyaki meninggal dunia akibat COVID-19 akan dibakar," kata Menteri Kesihatan Pavithra Wanniarachchi.







Tindakan Kerajaan Sri Lanka itu telah membangkitkan kemarahan golongan Muslim yang merupakan minoriti di negara tersebut. Mereka mendakwa kerajaan tidak berperikemanusiaan kerana mengabaikan tradisi keagamaan dan keinginan keluarga pesakit itu sendiri.





Foto: Al Jazeera



Menurut Al Jazeera, tiga daripada tujuh yang telah meninggal dunia akibat penyakit pandemik COVID-19 di negara itu adalah beragama Islam. Mayat mereka dibakar pihak berkuasa walaupun mendapat tentangan ahli keluarga mangsa.


Fayaz Joonus, 46, anak lelaki kepada salah seorang mangsa COVID-19 berkata, bapanya yang mengalami masalah buah pinggang, disahkan positif COVID-19 pada 1 April dan meninggal dunia pada hari sama. Dia dibakar pada keesokan harinya.

"Jenazah ayah saya dibawa menggunakan kenderaan di bawah pengawasan pasukan polis sebelum dibakar. Kami hanya membaca beberapa doa di luar rumah mayat.

"Kerajaan perlu mengeluarkan satu aturan pengurusan jenazah untuk umat Islam di negara ini. Pembakaran bukanlah satu-satunya pilihan. Kami mahu mengebumikan orang tersayang sesuai dengan pengebumian Islam," katanya kepada Al Jazeera.


Amnesty International juga menyeru pihak kerajaan untuk menghormati hak minoriti agama untuk melaksanakan pengebumian mengikut tradisi mereka sendiri.


"ada waktu yang sukar ini, pihak kerajaan perlu bersama komuniti dan tidak sepatutnya memburukan lagi perpecahan di antara mereka," kata Biraj Patnaik, Pengarah Asia Selatan di Amnesty International.


Setakat ini, lebih dari 200 orang telah menjalani pemeriksaan dan disahkan positif COVID-19 di Sri Lanka di mana Perintah berkurung di seluruh dunia telah dilaksanakan. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2020 10:54 AM | Show all posts
sri  lanka dan isu politik yg tak sudah sudah dengan isu isu yg menyentuh sentimen dua kelompok penduduk ni.
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2020 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Begitulah penduduk islam di negara minoriti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
akku
kukuku89akku
Views : 2021 Replies : 0
akku
kukuku89akku
Views : 2728 Replies : 0
PANAS!!!Adik Ipar  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
Burong_HantukPANAS!!!Adik Ipar Datuk Seri Mohamed Na
Views : 77023 Replies : 214
Laii..  Laii..  Alasan Penghakiman DIE SHIT Perogol #GoogleDrive
tumpanglalu74Laii.. Laii.. Alasan Penghakiman DIE S
Views : 28467 Replies : 128
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54759 Replies : 1063
Aisyah Aziz dah kahwin!
RalineAisyah Aziz dah kahwin!
Views : 16291 Replies : 135
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277068 Replies : 1516
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13963 Replies : 16
Selamatkan guru elak terjerat hutang dan bankrap
langkahkaki4525Selamatkan guru elak terjerat hutang dan
Views : 15389 Replies : 6
akku
kukku1234akku
Views : 8183 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2026 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.772542 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list