Antara punca peningkatan kes buang bayi di negara kita adalah kerana kurangnya kesedaran dan bantuan kepada wanita yang hamil luar nikah. Lebih teruk, mereka membuat keputusan menggugurkan kandungan dengan mengambil pil gugur janin pula.
Fynn Jamal berkongsi di instagramnya mengenai cubaan seorang penjual pil haram memujuk bakal pembeli sambil memburukkan beliau.
![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202004/21/010108b9zdrq90wrzd3dzz.png) Kredit Foto - Instagram Fynn Jamal
Oleh itu, Fynn meminta bantuan warga maya mengesan bakal pembeli itu.
"... Saya meminta sesiapa mengetahui lokasi Puan @rizqinthahirah secara tepat untuk DM saya. Habuan akan diberikan untuk yang terawal membantu dengan info lengkap.
Mohon dipanjangkan ke Facebook, Twitter mana-mana sampai dijumpai. Selamatkan bayi-bayi yang tidak berdosa. Selamatkan biomom-biomom dari menjauh dari pintu taubat. terima kasih.
Yang benar, perempuan mandul yang gila; Fynn Jamal, " tulis Fynn di ruang kapsyen.
Tinjauan mendapati, akaun Instagram dan Twitter wanita berkenaan sudah tidak dapat dikesan dipercayai sudah dinyahaktif sejak isu ini dibangkitkan.
Pengambilan pil gugur tanpa pengawasan pengamal perubatan boleh menyebabkan rahim terkoyak, pendarahan tidak normal dan jangkitan kuman selain boleh membawa maut jika tidak dirawat.
Sampai hati ada lagi pihak yang tidak bertanggungjawab hanya memikirkan keuntungan semata-mata tanpa mempedulikan mudarat pada orang lain. - CARI |