Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
15017
View
424
Reply

[Tempatan] Kes Rentas Negeri: ' Tolong Jangan Kecam Anak Saya'

[Copy link]

Author: safriehalim    From the mobile phone    Show all posts   Read mode

Author
Post time 21-5-2020 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

KOTA BHARU: 'Tolong jangan kecam anak saya tanpa usul periksa, dia pulang ke kampung untuk bersalin, bukannya semata-mata untuk menyambut Aidilfitri."

Demikian luahan Norazlina Abdul Rahim, 50, ibu kepada wanita hamil positif COVID-19 dari Kuala Krai ketika mengulas mengenai anaknya yang mendapat kecaman daripada netizen.

Anaknya yang berusia 32 tahun, adalah kes positif pertama dikesan di Kuala Krai selepas lebih sebulan Kelantan diisytiharkan bebas wabak itu. Wanita itu dikesan melakukan perjalanan rentas negeri dari Ampang yang berstatus zon merah.

Norazlina berkata, anaknya mempunyai surat kebenaran untuk pulang ke kampung dan dijadualkan bersalin pada 19 Jun nanti.

"Anak saya pulang untuk bersalin memandangkan usia kandungan sudah 35 minggu. Untuk bersalin di Ampang, Kuala Lumpur agak sukar kerana suaminya bekerja dan mereka juga mempunyai anak yang masih kecil berusia tiga tahun.

"Sejak berita mengenai anak saya tular, ramai yang mengecam tindakan anak saya pulang ke kampung, sedangkan mereka tidak tahu anak saya mempunyai alasan kukuh untuk pulang.

"Pada mulanya anak saya agak tertekan sehingga terpaksa nyahaktifkan akaun Facebook untuk sementara waktu.

"Namun kini keadaannya kembali stabil selepas saya dan suami memujuk supaya bertenang dan tidak mengendahkan kecaman itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, anaknya sendiri agak sukar untuk menerima berita memaklumkan dia positif COVID-19 kerana sepanjang di Kuala Lumpur, anaknya tidak ke mana-mana melainkan keluar untuk membuat pemeriksaan di klinik kesihatan.

"Namun saya sentiasa menasihatkan anak supaya menerima perkara ini dengan hati terbuka. Syukur alhamdulillah sehingga kini dia dalam keadaan sihat dan kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

"Malah, pagi ini saya sempat video call (panggilan video) dengannya dan setakat ini dia dalam keadaan baik.

"Namun, doktor memaklumkan mungkin perlu bersalin secara pembedahan memandangkan anak saya positif COVID-19," katanya yang turut memberitahu mereka sekeluarga kini dikuarantin selama dua minggu.

Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata wanita itu disahkan positif COVID-19 apabila berkunjung ke klinik kesihatan ibu dan anak di Kelantan untuk menjalani rutin pemeriksaan.

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@nstp.com.my

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 21-5-2020 01:03 PM | Show all posts
dapat bersalin czer...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2020 01:06 PM | Show all posts
yg singgah byk tempat tu xnak plak mak dia explain
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2020 01:12 PM | Show all posts
nanie replied at 21-5-2020 01:06 PM
yg singgah byk tempat tu xnak plak mak dia explain

Kan? gigih singgah menyinggah sana sini. agaknya mak dia terlupa kot pasal tu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2020 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 21-5-2020 01:24 PM

Ramai yg kecam sebab ura2 aktiviti singgah menyinggah tu dan takde buat self-quarantine. Dari zon merah ke zon hijau yg dah sebulan lebih bebas dpd covid 19 pulak tu. Kes pertama selepas lebih sebulan bebas (kes rentas negeri) harus ler jadi perhatian. Tapi ramai jugak yg tak sanggup nak kecam sebab mengenangkan ada anak kecil dan baby yg belum lahir.

Muda jugak umur mak 50 tahun, anak 32 tahun. Mesti anak sulung ni. Family dan saudara mara start defend dah. Masalahnye orang kita ni makcik, kalau ada yg start defend, lagi teruk kena kecam. Harap makcik banyak kan bersabar dan kuatkan semangat dan ini defend pertama dan terakhir. Semoga anak kecil, baby dan makcik sekeluarga bebas covid dan diberikan kesihatan yg baik supaya dapat jaga cucu2 yang  masih kecil. Harap sangat baby dan anak kecil bebas covid dan sihat
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2020 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca sebelum ni, deyols orang sungai durian. Kat sungai durian ada pondok madrasah. Ramai orang2 tua kat situ. Harap semua selamat.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2020 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga yg terlibat ketika pembedahan melahirkan nanti  tidak dijangkati. Kesian mereka dan keluarga mereka
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2020 01:33 PM | Show all posts
kalau ada yang meninggal disebabkan patient zero KB nie, mak dia nak minta maaf dan tanggung semua ker?

tanya jer..

btw, aktif jugak makcik nie umo 50an nak berpesbuk...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2020 01:39 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2020 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Alasan nk bsalin

Sorry macik...iols dulu bsalin sensorg je kt oversea...anak first plak tu...xde pun omak iols beria suruh balik branak kt Malaysia

Dari sibuk nk bekap anak sendiri...lebih baik mohon maaf je...sejuk sikit hati sskjp
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2020 01:47 PM | Show all posts
adoiiii mak pn blagak x hengat...akui je lh mmg anak mu mokcik pnyebar...elok2 kelate zon ijau dh jd kuning mmg jenis xsei ngaku kecuaian sdri, kalu hok mati nnti lagumano...keluarga jenis selfish n mmg patut dkecam...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2020 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan ibu ini utk bersalin..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2020 01:48 PM | Show all posts
G jahanam la alasan berjela2. Tang merayau sana sini bukak pose nyinggah2 bagai xnk cte plak
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2020 01:49 PM | Show all posts
delia3003 replied at 21-5-2020 01:18 PM
Ramai yg kecam sebab ura2 aktiviti singgah menyinggah tu dan takde buat self-quarantine. Dari zon me ...

aku berdoa derang semua anak beranak positif & mampos. Baru nak ingat bila dah kena. Anak buat salah pun msh nak back up tak tentu hala. Takde sapa larang ko nak beranak ke nak bertelur ke kat Kelantan nun. Yg org pertikaikan tu dah kenapa ko rayau sana sini sebar virus sedangkan sepatutnya blk terus utk self kuarantin. Dr PKP 1 smp skrg msh bebal tubal lagi ke. Tak faham SOP.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2020 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak tanya pada sesapa yg tau.

Kalo COVID-19 yg takde simptom ni, sampai bila dia boleh menjangkitkan pada org lain? Katalah, terkena covid masa 1 Mac. Sbb takde simptom, takde lah cek bagai. Boleh baik sendiri ke? Atau selagi hidup ada je covid tu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2020 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
nanie replied at 21-5-2020 01:06 PM
yg singgah byk tempat tu xnak plak mak dia explain

Biasaklah...takkn nk kecam anak beranak sendiri..padahal mmg salah anak dia pun
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2020 01:52 PM | Show all posts
dengan perut yg memboyot, dengan dtg dari zon merah, dgn laki yg konon front liners, tapi gigih jugak anak mokcik merayap menyinggah ye.

penat semail / dg ratip hari2 kat tv jgn merayap, tapi ank mokcik gigih merayap juga.

sepanjang merayap tu berapa org yg ada contact dgn ank mokcik yg selfish tu.

umo dah 32, ank dh nk msk 2, gigih juga nak mengharap bantuan mak pak jaga bila nk beranak.

harap2 jgn ada terkena kluster beranak ni, sebab nampak bunga2 mmg kewturunan yg selfish.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2020 01:56 PM | Show all posts
Edited by FanTasyCreaTioN at 22-5-2020 03:41 AM

org kecam sebb dok boleh lagi merayau sakan ke sini ke sana ke sini ke sana ke sini
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2020 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Takutnyee.. aku percaya kakak tu mesti risau terjangkit covid tambah sebab dia preknen n ada bby kecik kat rumah.. mesti dia  berkurung je kat rumah & tak  keluar rumah sejak pkp1 melainkan pi klinik utk check kandungan.. tu yang confident je dia pi berbuka puasa ngn sedara mara.

tapi tup tup positif pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2020 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cik_Sally at 21-5-2020 02:00 PM

Mocik duk diam-diam sana.

Anak mocik dan menantu mocik sekali selayaknya dikecam.

Menyusahkan!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list