CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9206|Reply: 33

[Tempatan] Rose Chan, ratu penari bogel Malaya, dalam kenangan

[Copy link]
Post time 27-5-2020 02:33 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 26-5-2020 10:35 AM

Rose Chan, ratu penari bogel Malaya, dalam kenanganNoel Wong [url=home.php?mod=space&uid=2395945]@ FMT Lifestyle[/url] -

May 26, 2020 1:58 PM


Rose Chan penghibur Malaysia era zaman Tanah Melayu yang menakjubkan dengan persembahannya yang tersendiri. (Gambar Pinterest)

Nama “Rose Chan” memang tidak dikenali langsung dalam kalangan anak muda zaman sekarang.
Namun bagi generasi warga emas, sebut sahaja “Rose Chan” sudah pasti jantung akan berdebar debar mengenangkan kecantikan dan persembahan yang sememangnya mempesonakan.

Rose, pada suatu ketika di zaman awal Tanah Melayu, digelar “ratu penari bogel”.
Persembahannya yang sangat galak amat terkenal, menyebabkan lelaki dari seluruh negara berpusu-pusu ke pertunjukkannya.

Namun siapa sangka di sebalik penampilannya yang memukau dan persembahan atas pentas yang luar biasa, Rose tidak dilupakan kerana jasa dan sifat pemurahnya.

Beliau juga dikenali sebagai “ratu amal”, sering menyumbangkan hasil persembahannya kepada badan amal, selalunya tanpa menyatakan nama.
Hari ini genap 33 tahun Rose meninggal dunia selepas menderita barah pada 26 Mei 1987.
Tetapi hingga ke hari ini, sebut sahaja namanya pasti menimbulkan satu perasaan dalam kalangan generasi warga emas.

Dilahirkan sebagai Chan Wai Chang, Rose Chan seorang penari profesional yang sangat berbakat di awal kariernya. (Gambar Pinterest)


Cecil Rajendra, kawan kepada Rose dan juga seorang peguam, dihubungi FMT bagi menyingkap sisi tersembunyi “ratu penari bogel” itu.
“Rose Chan artis pertama di rantau ini yang masyhur di peringkat antarabangsa. Dia diakui sebagai ‘ratu penari bogel Asia’,” kata Cecil.
Rose begitu mahir dalam seni tarian bogel sehinggakan beliau mewakili negara dalam pertandingan tarian bogel di Paris, serta berkhidmat sebagai pelatih tarian bogel di Jepun.

Menurut Cecil, lagu hit, “Rose, Rose, I love you” sebenarnya ditulis untuknya.
Dilahirkan sebagai Chan Wai Chang di Suzhou, China, Rose dibawa ibu angkatnya ke Kuala Lumpur ketika berusia 6 tahun pada 1931.

Karier Rose Chan berubah apabila baju dalam yang dipakai ketika itu tertanggal. (Gambar Pinterest)


Beliau melalui zaman kanak-kanak yang sukar, membuat pelbagai kerja rencam kerana tidak dapat menghabiskan persekolahan, dan pada usia semuda 16 tahun dikahwinkan dengan lelaki yang lebih tua daripadanya.

Sebelum beliau menceburi bidang tarian bogel, Rose sebenarnya seorang penari ballroom, mahir dalam seni tarian tango, cha-cha, dan samba.
Dua tahun selepas menang pertandingan tarian di Singapura pada 1949, Rose mengasaskan syarikat persembahan tarian tersendiri, The Rose Chan Revue.

“Dia seorang profesional yang lengkap; penari, penghibur, inovator, dan usahawan,” kata Cecil.
“Dia mengurus, mereka, dan beraksi dalam pertunjukannya.”
Bagaimanapun, tidak lama kemudian segalanya berubah sekelip mata secara tidak sengaja.

Sepanjang hidupnya, Rose Chan seorang dermawan yang banyak berjasa kepada banyak badan amal. (Gambar Pinterest)


Dalam satu pertunjukkan di Ipoh, secara tiba-tiba butang branya tertanggal semasa dia sedang membuat persembahan.
Melihat kepada sambutan luar biasa, Rose membuat keputusan untuk mencipta semula dirinya sebagai seorang artis tarian bogel.

Bagi ramai anak muda hari ini, memikirkan persembahan ekplisit seperti itu pernah dipersembahkan di negara ini sesuatu yang sukar diterima.
Tetapi Cecil berkata Rose bukan penghibur haram. Semua persembahannya dibuat secara sah di tempat-tempat yang dibenarkan serta iklan di akhbar nasional.

Cecil berkata Rose menjadi terkenal dengan caranya kerana masyarakat Tanah Melayu ketika zaman Tunku Abdul Rahman jujur, berfikiran terbuka, dan bebas.
Jika tarian bogel biasa dipersembahkan ketika itu, apa yang membuatkan Rose dikenali sebagai ratu tarian bogel?
Cecil menjelaskan bakat menjadikan persembahan rose lebih hebat berbanding persembahan lain ketika itu.

Rose, katanya, juga mengambil ilham daripada penari hebat Hollywood seperti Gene Kelly, Fred Astaire, dan Ginger Rogers.
“Dia betul-betul benci penari bogel yang tidak pandai menari – menggelar mereka tiada standard.”

Meskipun ramai lelaki tergila-gilakannya, hubungan tidak berpanjangan; Rose pernah berkahwin 5 kali.
Menyifatkan masyarakat Malaysia dulu dan sekarang sebagai cuvanis, Cecil menganggap Rose sebagai seorang “feminis ultra”.
“Dia berani dan tidak tunduk pada mana-mana lelaki. Barangkali dia feminis pertama di Tanah Melayu!.”

Personaliti Rose meninggalkan kesan pada Cecil. “Di luar pentas, dia seorang yang baik hati, mesra, dan pintar berjenaka. Tetapi dia juga boleh jadi garang dan dominan.”
Beliau akan berterus-terang apabila menyuarakan pandangannya dan tidak boleh terima perkara bukan-bukan yang membazirkan masa.

Selain bakat menari, Rose juga pandai memasak. Beliau juga selalu menganjurkan pertunjukkan untuk mengutip dana bagi badan-badan amal. Sebahagian pendapatannya didermakan untuk kebajikan, dan dia tidak perlu pengiktirafan untuk kerja-kerja itu.

Bagi Cecil, Rose orang yang perlu dikenang kerana beliau menjadikan Tanah Melayu terkenal.
“Seorang feminis, perintis tarian, ratu tarian bogel, dan demi seks – Rose Chan ikon antarabangsa kita yang pertama,” kata Cecil.
“Padanya ada sifat-sifat yang menjadikan seorang lagenda.”


https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/05/26/dalam-memori-rose-chan-ratu-penari-bogel-malaya/



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-5-2020 02:58 AM | Show all posts
Rose, Rose I love you with an aching heart.
What is your future, now we have to part?
Standing on the jetty as the steamer moves away,
Flower of Malaya, I cannot stay.
Make way, oh, make way for my Eastern Rose.
Men crowd in dozens everywhere she goes.
In her rickshaw on the street or in a cabaret,
"Please make way for Rose, " you can hear them say.
All my life I shall remember,
Oriental music and you in my arms.
Perfumed flowers in your tresses,
Lotus-scented breezes and swaying palms.
Rose, Rose I love you with your almond eyes.
Fragrant and slender 'neath tropical skies.
I must cross the seas again and never see you more.
Way back to my home on a distant shore.
(All my life I shall remember, )
(Oriental music and you in my arms.)
(Perfumed flowers in your tresses, )
(Lotus-scented breezes and swaying palms.)
Rose, Rose I leave you, my ship is in the bay.
Kiss me farewell now, there's nothin' to say.
East is East and West is West, our worlds are far apart.
I must leave you now but I leave my heart.
Rose, Rose I love you with an aching heart.
What is your future, now we have to part?
Standing on the jetty as the steamer moves away,
Flower of Malaya, I cannot stay.
(Rose, Rose I love you, I cannot stay.)



Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 02:59 AM | Show all posts
Suggoh bewarna warni hidopnya........
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 03:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Rose chan versi lelaki ada tak?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 03:23 AM | Show all posts
sejujurnya ai kagum dgn sikap pemurah aunty Rose, tp pujian kawan beliyau agak over sampai tak check dulu maksud "ultra feminist". Mendiang pun mungkin tak pernah identify diri dia sebegitu.

seni exotic dancing menghiburkan lelaki adalah benda yg takkan terlintas dlm fikiran sorg feminist yg radikal. bg mereka ianya berbentuk patriarchy dan oppressive. just my 20sen

RIP Rose Chan
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Mati kena breast kanser di gh Ipoh.lapan tahun dia berjuang melawan kanser.
tp nasib dia la ada plk suami baik yg jauh lebeh muda sanggup bela dia hingga padam nyawa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-5-2020 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Maideen. replied at 27-5-2020 02:59 AM
Suggoh bewarna warni hidopnya........

Comment came in immediately after TT.

You didn't disappoint uncle.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 08:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak tunduk pada mana2 lelaki sampai 5x kawen kau....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2020 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni benang memperingati kematian dia ke?
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2020 09:18 AM | Show all posts
kasibiman replied at 27-5-2020 08:47 AM
Comment came in immediately after TT.

You didn't disappoint uncle.

Kihkihkih

I sense a twinge of jealously auntie.......



Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Erkkkk.   
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
terer menari bogel bagai pun smpi 5 kali kawen cerai
apooo???? laki ko bosan ke tgk persembahan ko?
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni ke yg boleh bkk penutup botol mirinda guna kemutan ke apa. Haish lupa plk mcm pernah terbaca je artikel xberpaedah sedemikian rupa kt mastika
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 04:39 AM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 27-5-2020 02:58 AM
Rose, Rose I love you with an aching heart.
What is your future, now we have to part?
Standing on  ...

FM,

Terima kaseh kerana berkongsi lagu itu.

Nak tanya sket. Dengan pemergian Rose Chan, boleh kah lagu itu digunakan untok Rose lain? Prrrrrrrrrrrrrrrrpfffftght


Make way o make way........... for my eastern Rose.........

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 04:43 AM From the mobile phone | Show all posts
rose rose i love you..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 05:35 AM From the mobile phone | Show all posts
lazim replied at 28-5-2020 11:39 PM
Dia ni ke yg boleh bkk penutup botol mirinda guna kemutan ke apa. Haish lupa plk mcm pernah terbaca  ...

Dah boleh mematahkan sebatang timun menggunakan cara yg sama katanya huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2020 06:12 AM | Show all posts
zaman bra bermuncung tirus
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 06:28 AM | Show all posts
kelas sheolss... mesti banyak skandal sebab 5 kali kahwin
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 06:31 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 27-5-2020 03:15 AM
Rose chan versi lelaki ada tak?

Diva aa nak?





Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 06:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Ayat tak agak2, menyebabkan lelaki dari seluruh negara berpusu-pusu ke pertunjukkannya.
Nampak miang betul lelaki dulu2 tapi pastinya tidak termasuk atuk akak.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.077490 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list