CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: R2D2

[Tempatan] Angkat sumpah jawatan TYT Melaka 5 Jun ini. Nama calon masih misteri

  [Copy link]
Post time 27-5-2020 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Dovahkiin replied at 27-5-2020 12:55 PM
Dah confirm, Tun Ali Rustam.

Huhh muka sama juga yang naik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2020 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Tun khalil ni baik orgnye..lembut je..tp dh nmpk xsihat sgt..
Sblm ni kn org dok kata nk tyt asal org mlk..xnk dh import dr negeri lain..
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2020 12:43 AM | Show all posts
yang sakit sakit tu takyah lah lol.. suruh rehat jer.. .. apapun time pendemik takyah lah berpolitik..bukan ke kehulu hilir pemimpin dan penyokong Pn nasihat gitu..ni dah lain.. lol..berlain lain pulak.. nasihat tak serupa bikin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-5-2020 03:55 PM | Show all posts
Mohd Ali ambil watikah 3 Jun depan
28 Mei 2020


MELAKA - Bekas Ketua Menteri, Tan Sri Mohd Ali Rustam dijangka akan mengambil watikah sebagai Yang Dipertua Melaka yang baharu pada 3 Jun depan.

Pelantikan anak jati Melaka sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka ketujuh itu akan melakar sejarah tersendiri sebagai anak Melaka pertama memegang amanah itu bagi menggantikan Yang Dipertua Negeri keenam, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob, 82, yang akan menamatkan jawatan terpenting di negeri ini pada 4 Jun.

Sumber rapat yang dihubungi berkata, setakat ini, Mohd Ali dan seluruh keluarga sedang menjalani perintah kuarantin di rumah selama 14 hari sebelum istiadat mengangkat sumpah jawatan Yang Dipertua Negeri Melaka di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 5 Jun ini.

"Saya dimaklumkan satu nama sahaja yang ada iaitu nama Tan Sri dan sekarang beliau dalam tempoh kuarantin agar istiadat mengangkat sumpah bagi jawatan itu berjalan lancar.

"Dijangkakan pada 3 Jun ini, Tan Sri Mohd Ali akan ke Kuala Lumpur untuk mengambil watikah sebelum majlis angkat sumpah berlangsung 5 Jun ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd Ali dilahirkan pada 24 Ogos tahun 1949 di Kampung Bukit Katil dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Katil dan SK Semabok.

Beliau mendirikan rumahtangga bersama Puan Sri Hajah Asmah Abd Rahman pada 1985 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.

Semalam, media melaporkan istiadat angkat sumpah jawatan Yang Dipertua Negeri Melaka akan berlangsung di Balai Istiadat, Kompleks Seri Negeri Ayer Keroh pada 5 Jun.

Yang Dipertua Negeri Melaka kemudian akan mengangkat sumpah dan menandatangani Surat Cara Sumpah Jawatan sebelum menyampaikan ucapan.

Istiadat akan diteruskan dengan lafaz taat setia oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali diikuti bacaan doa oleh Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil.
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 02:12 AM GMT+8 , Processed in 0.051241 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list