Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh dan salam sejahtera.
Saya berharap ahli-ahli BERSATU dapat bersabar dan bertenang dalam menghadapi situasi terlucutnya keahlian lima orang bekas ahli BERSATU iaitu YB Tun Dr Mahathir Mohamad, YB Dato’ Seri Mukhriz Mahathir, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, YB Dato’ Amiruddin Hamzah dan YB Dr Maszlee Malik.
Mereka tidak dipecat daripada parti. Sebaliknya perbuatan mereka melanggar perlembagaan parti telah menyebabkan keahlian mereka terhenti dengan serta-merta.
Saya sendiri tidak mengambil tindakan terburu-buru walaupun terdapat banyak desakan supaya tindakan terhadap mereka diambil lebih awal.
Saya mahu berlaku adil kepada semua pihak dan memastikan apa sahaja tindakan yang dibuat mestilah berlandaskan perlembagaan parti. Tiada mana-mana individu yang mengatasi perlembagaan parti.
Saya yakin dan percaya BERSATU akan terus teguh. Kita telah menghadapi banyak cabaran dari awal parti ini saya tubuhkan. Kita telah menempuh banyak duri dan ranjau dalam perjuangan. Yang penting kita tidak berjuang demi mana-mana individu, tetapi demi agama, bangsa dan negara kita.
Tentunya kita berasa dukacita dengan pilihan yang dibuat oleh YB Tun Dr Mahathir untuk tidak berada bersama-sama kita dalam wadah dan haluan perjuangan parti sepertimana yang telah diputuskan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi.
YB Tun bersama pengikutnya yang lain memilih untuk terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan walaupun parti memutuskan sebaliknya. Jika itu pilihan YB Tun, saya ucapkan selamat maju jaya.
Kita berdoa kepada Allah s.w.t untuk memberikan kita semua segala kekuatan dalam menghadapi zaman yang sukar ini dengan penuh tabah dan beristiqamah serta dibimbing kita dengan segala tawfik dan hidayah-Nya.
Marilah kita rapatkan saf bersama saya untuk terus perkukuhkankan Kerajaan yg telah kita tubuhkan demi masa depan Malaysia yang lebih aman dan sejahtera.
TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
Presiden merangkap Pemangku Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Post time 30-5-2020 03:25 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tahniah PM8. Awak dah berjaya lakukan apa yg Tun Musa, Ku Li, Tunku, Hussein Onn, Anwar tidak berjaya lakukan, merampas kuasa dari Orang Tua kutuk tersebut
Post time 30-5-2020 04:10 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Sian TSMY ni.. lps tun.. wak jahid pulak keroyok nanti..
Skrg ni hrpkan jemin ali tarik yb pkr join bersatu. Kalo tak. org bn pulak himpit nanti. Sbb yb bn lebih ramai dlm PN tu.
Ini ler nasib parti kecik. Ahli pun tk tau ramai mana sbb dah berpecah belah .
konon dia tubuhkan tapi no keahlian pon 002. atok no 001 okeh.
time tu masa nk cr ahli, org2 bersatu akan cakap ni parti Tun M.
Tak dak sapa akan sebut ni parti yidin. sapa nk join kalau dgr nama yidin time tu
Harap hentikan komn seperti ini. Nak tambah tacang boleh ke sini : https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1161229 atau https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=forumdisplay&fid=1
Post time 31-5-2020 06:32 AM