CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2336|Reply: 38

[Tempatan] Pakatan Harapan dijangka merampas semula Putrajaya sebelum Julai

[Copy link]
Post time 30-5-2020 11:39 PM | Show all posts |Read mode

Peralihan kerajaan mungkin sebelum sidang parlimen pada Julai - Salahuddin
Geraldine Tong

Diterbitkan Hari ini 10:35 pm
Dikemaskini Hari ini 10:54 pm

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub memberi gambaran bahawa Pakatan Harapan mungkin dapat merampas semula Putrajaya daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum persidangan parlimen akan datang, yang dijangka bermula pada Julai.

Salahuddin berkata demikian selepas Presiden PKR Anwar Ibrahim memaklumkan dalam hantaran di Facebook bahawa beliau mempengerusikan mesyuarat PH di Petaling Jaya petang tadi.

“Kita membincangkan beberapa agenda mengenai ... perjalanan ke Putrajaya, kita masih mempunyai peluang cerah untuk kembali ke Putrajaya.

"(Kita boleh) tunggu hingga parlimen bermula pada Julai atau kita boleh lakukannya sebelum tempoh tersebut.


"Saya rasa (mengambil alih kerajaan) di luar parlimen juga tidak mengapa, tidak bertentangan dengan perlembagaan," kata Salahuddin kepada Malaysiakini ketika ditanya mengenai mesyuarat tersebut hari ini.

Beliau berkata PH sudah memiliki jumlah sokongan yang cukup untuk membentuk kerajaan baru, yang menyebabkan mereka mengadakan beberapa mesyuarat sebelum hari ini lagi.

"Kami sudah mempunyai jumlah (sokongan). Saya rasa kita hanya akan memaklumkan keadaan kami terhadap Yang di-Pertuan Agong. Saya rasa kita boleh melakukannya,” katanya.

Ketika ditanya sama ada mereka memiliki sokongan 129 ahli parlimen atau tidak, seperti yang disebut-sebut di media sosial beberapa hari lalu, beliau hanya tertawa dan mengatakan itu hanyalah "khabar angin".

Salahuddin berkata bahawa beliau merupakan seorang yang praktikal dan merasakan PH perlu menentukan jumlah yang mereka ada sekarang dan bagaimana untuk terus ke hadapan.

Ditanya adakah ia bermakna mereka akan bertemu dengan Agong tidak lama lagi, Salahuddin tidak memberikan jawapan yang jelas.

"Tunggu dan lihat, okey. Kita memerlukan masa,” katanya.

Semalam, Anwar mengatakan bahawa jumlah sokongan dari 129 ahli parlimen itu masih belum dimuktamadkan.

Anwar juga berkata bahawa perkara itu tidak dibincangkan ketika mesyuarat bersama ahli parlimen PKR sehari sebelumnya, yang tidak menumpukan pada mendapatkan jumlah sokongan tersebut.

Spekulasi tersebar mengatakan bahawa PH, melalui bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan Warisan didakwa telah memperoleh sokongan daripada 129 ahli parlimen untuk merampas semula Putrajaya daripada PN.

Bagaimanapun, pembantu Mahathir, menafikan bahawa bekas perdana menteri itu bertemu dengan Agong pada Khamis.

Kerajaan PH tumbang pada Februari lalu, selepas Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin membawa partinya keluar dari PH, sementara Azmin Ali dan 10 yang lain keluar dari PKR, melalui gerakan politik yang digelar "Langkah Sheraton".

Muhyiddin dan kumpulan Azmin kemudian bersama-sama dengan Umno, BN dan PAS membentuk kerajaan PN.

Sementara itu dalam sesi dialog yang disiarkan secara langsung Facebook malam ini, Salahuddin berkata gelombang perubahan kemungkinan akan bermula di Johor.

"Mungkin bermula di Johor, saya cukup optimis.

"Kenapa tidak kita mulakan Johor sebagai negeri yang akan buat suatu gegaran skala richter 7.3 untuk gegarkan politik Malaysia.

"Jadi segala-galanya boleh berlaku di Johor dan kami sekarang tengah usaha ke arah itu... Tunggu dan lihat. Dari arus Selat Tebrau akan membawa perubahan besar di Putrajaya," katanya.

PN mempunyai 29 kerusi DUN di Johor, sementara PH menguasai 27 kerusi lain. Hanya satu pertukaran sokongan akan menyaksikan dewan undangan negeri tergantung.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2020 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
yawwwwnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Xhbs2 lg....
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
When able to attack, we must seem unable; when using our forces, we must seem inactive; when we are near, we must make the enemy believe we are far away; when far away, we must make him believe we are near

Berapa kali aku ulang.. Jangan guna step no 5..sebab step no 5 tu kalau angpa taraf pakar perang mcm Khalid Al Walid saja boleh buat org lain percaya yg angpa bakal jadi PH 2.0

Paling banyak bising sebenarnya dlm keadaan lemah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahahahahha....

Aku nak gelak ja lah... buang karan pun nak komen pada puak puak percaya diri nih..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
PH : Pakatan Harapan dijangka merampas semula Putrajaya sebelum Julai
rakyat yg dah muak dgn PH : K
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-5-2020 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Then sape PM..
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2020 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiol tengok sajork dari kejauhan sebagai marhaen semut kecil.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2020 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Bung Nuwar berjaya...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Yidin relax2 jah..xde byk bunyi sgt tu..tp percaturan politik die boleh tahan..sama taraf dgn atuk...tapi itulah politik...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 12:01 AM | Show all posts
Silap langkah Parlimen bubar.............
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Serabut la ko ni konek... bila nak mampusssssssssssssssssssss
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Salahuddin ayub ni buat malu orang kubang kerian yang pernah undi heols. Masa dengan pas dulu tak lekang dengan ketayap. Dengan pan hilang ketayap
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul ke nak rampas?
Emtah entah singgah alamanda nak jenjalan je tu..
Tak pon snap pic kat jambatan tu...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Agung ada hak tak .. kalau tak mau laysn?
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 03:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Same old same old...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-5-2020 03:30 AM | Show all posts
tarikh takda kaa?? letak laa 1 tarikh keramat sepert 16 Sept dahulu kala..

Tang Atok, pandai lak puak2 ni suruh bagi tarikh ka apa kaa ... tang perancangan tu takda laa tarikh tapi buat statement penoh yakin...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 03:48 AM From the mobile phone | Show all posts
takutnya kitteww dengar burita ini.. hampir hampir terberak dalam seluar
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 05:10 AM From the mobile phone | Show all posts
ashilalat replied at 31-5-2020 03:16 AM
Same old same old...

Only in this blessed nation.

Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2020 05:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga knight aman bahagia selama-lamanya.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.080265 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list